Search This Blog

Sunday, November 30, 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA - Bola Sepak Selangor Blog - Bola Sepak Selangor Blog

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA - <b>Bola Sepak Selangor</b> Blog - Bola Sepak Selangor Blog


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA - <b>Bola Sepak Selangor</b> Blog

Posted: 31 Aug 2014 11:34 AM PDT

Sumber: Borneo Post

Sarawak coach says result more important than style

KUCHING: Sarawak head coach Robert Alberts is happy his team edged Selangor PKNS 2-1 on Friday night even if they had to do it the ugly way.

He said it was always good to play attractive football but the bottom line was the result.

The first half of that home match was dour goalless affair with both sides struggling to create chances.

The goals came early in the second half when Sarawak captain Joseph Kalang Tie's long range effort put the crocs ahead.


However, before the celebrations over that goal ended Selangor PKNS captain Mohd Fauzan Dzulkifli equalised to silence the crowd.

The match seemed to be heading for a draw until Muamer Salibasic, who has been plagued by injuries since January, finally scored his first goal of the season in the 80th minute.

After the match Alberts said the players did what they were told to do – keep the play tight and fight for every ball.

"We managed to secure the three points and to me that is a job well done. Everybody worked hard to win and we did it," he added.

However, the win came with a price as team captain Joseph and Mohd Rashid Aya will miss the next match against Perak after accumulating three yellow cards and have to serve the mandatory one match ban.

Joseph, who has just returned to the Crocs' starting lineup against Selangor PKNS after a spell of injury was obviously frustrated and showed his feelings by storming off the pitch after the final whistle.

Alberts seemed unperturbed by the absence of his two first team players as he believed Sarawak had adequate cover for both of them.

"Ashri (Chuchu) can fill in for either Joseph or Rashid's roles and we have the others in the team who are also capable of doing that job in the midfield too. 

We can cope with their absence," he said.

Sarawak's next match against Perak will be played on Friday next week (May 23) at the Perak Stadium in Ipoh before the Super League takes another three-week break.

Perangsang taja Piala DYTM Raja Muda <b>Selangor</b>, Piala Mokhtar <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2014 09:13 PM PDT

Oleh Amin Lin Abdullah

SHAH ALAM, 8 OKT: Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor yang telah dilancarkan di SK Raja Muda, Shah Alam bertujuan untuk mencungkil bakat muda di kalangan pelajar sekolah rendah di Selangor.

Perlawanan Sumbangsih Piala Raja Muda Selangor telah diadakan pada majlis pelancaran di SK Raja Muda di antara sekolah tuan rumah dengan SK Seksyen 24 Shah Alam, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor, Datuk Emran Kadir berkata, "Kejohanan ini merupakan buah fikiran DYMM Sultan Selangor bagi mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan pemain bola sepak muda. Suatu ketika dahulu, Mohd Fitri Shazwan Raduwan, yang kini merupakan salah seorang pemain pasukan bola sepak Selangor, pernah beraksi di pentas kejohanan ini".

emran"Dewasa ini, pemain bola sepak dianggap sebagai profesion dan sumber pendapatan. Tidak mustahil bagi anak-anak muda yang bermain di kejohanan ini untuk muncul sebagai salah seorang bintang bola sepak Malaysia suatu masa nanti", tambah Emran.

Majlis perasmian dan penyerahan cek tajaan bernilai RM80,000 telah disampaikan oleh Mohd Fauzi Mohd Ghazali, Pengurus Kanan Tanggungjawab Sosial Korporat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor).

charity (2)

fauzi2"Perangsang Selangor amat berbesar hati untuk menyampaikan tajaan ini sebagai salah satu sokongan dan komitmen tanggungjawab sosial korporat di bawah program Rangsangan Sukan Selangor (RSS). Selain daripada tajaan kejohanan bola sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor bawah 12 tahun, Perangsang Selangor juga akan menyumbang sebanyak RM120,000 bagi penganjuran Piala Mokhtar Dahari bagi pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun ke bawah di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya" jelas Fauzi.

Fauzi akan menganjurkan Piala Mokhtar Dahari bagi pelajar sekolah menengah Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor melibatkan 558 orang pelajar daripada 31 buah sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Petaling Perdana.

Pasukan yang akan bertanding terbahagi kepada 8 kumpulan dan perlawanan bola sepak akan diadakan secara liga bermula 10 Oktober 2014. Perlawanan akan diadakan di 8 buah
sekolah iaitu, SK Bandar Anggerik, SK Raja Muda (Integrasi), SJK (T) Simpang Renggam, SK Seksyen 9, SK Seksyen 7, SK Hicom, SK Seksyen 19, dan SK Seksyen 27 (1).Perlawanan akhir akan diadakan pada 30 Oktober 2014 bertempat di Padang SUK, Shah Alam.

Bagi 8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir, setiap pemain akan menerima jersi tajaan Perangsang Selangor. Hadiah wang tunai bernilai RM3,000 menanti johan
di perlawanan akhir, RM2,000 bagi naib johan, RM1,500 bagi tempat ke-3 dan RM1,000 bagi tempat ke-4.

SK Raja Muda (Integrasi) telah memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan johan tahun lepas, SK Seksyen 24, dengan keputusan 2-0.

sk muda (2)

HM

<b>Bola Sepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> : 30000 Tiket Percuma - TV9

Posted: 09 Sep 2014 04:06 AM PDT

BERITA TV9 - Bola Sepak Piala Sultan Selangor : 30,000 Tiket Percuma

9 Sep 2014, 07:06pm by nur farhanin

Dijadualkan berlangsung pada 27 September ini, setakat ini sejumlah 30,000 tiket percuma diedar kepada pelajar sekolah.

Ia sebahagian daripada usaha penganjur menghangatkan lagi edisi ke-13 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam 27 September ini.

Siang tadi, pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya antara sepuluh sekolah bertuah di negeri Selangor yang dipilih menerima edaran tiket percuma.

Harapan penganjur, dapat mendekatkan pelajar sekolah dengan mengenali lebih dekat pemain baru dan lama.

Kerana keunikan Piala Sultan Selangor pastinya bukan sahaja tertumpu kepada aksi pasukan pilihan Selangor dan Singapura.

Pertemuan pasukan veteran kedua dua pasukan juga menggamit kehebatan mereka suatu ketika dahulu.

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad adalah penyiar rasmi edisi ke-13 ini.

Tiba-Tiba Anwar Ibrahim Jadi Peminat Nombor 1 <b>Bola Sepak</b> <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2014 11:20 PM PST

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 3 February 2014| Kategori: Utama | 26 Comments »

Oleh Ab Jalil Backer

Politik memang luar biasa. Dalam politik ular boleh makan naga. Dalam Politik cicak mengkarung boleh jadi raja. Jadi tiada apa yang mustahil dalam dunia politik yang ditafsirkan oleh George Orwell, melalui bukunya Animal Farm, sebagai cerminan sifat kehaiwanan dalam manusia.

Justeru tindakan untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah sesuatu yang luar tabie dalam konteks kerangka pemikiran politik. Apatah lagi bila ia dilakukan oleh seorang tokoh politik hebat di Malaysia seperti Anwar Ibrahim. Sama ada mahu mengakui atau tidak, Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik negara paling dinamik dari segi pemikiran dan tindakan politiknya.

Machiavelli Pasti Tabik Pada Anwar

Jika Machiavelli masih hidup, beliau mungkin akan merasa kagum bahawa ada manusia politik yang berupaya mencerna dan mengaplikasikan falsafah politiknya selama berpuluh tahun dengan jayanya.

Hakikat Anwar Ibrahim bermula sebagai pelajar yang bersifat sosialis, kemudiannya berubah kepada politik Islam dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang cenderung dengan perjuangan Islam Pas. Bagaimanapun Anwar Ibrahim berubah 180 darjah dengan menyertai UMNO sebuah parti berasaskan kebangsaan (nasionalis) yang dikecam oleh beliau sebagai parti bersifat "bourgeois" dan tidak mementingkan masyarakat bawahan.

Penyertaan beliau kepada UMNO merupakan satu tindakan politik yang sangat licik dan bijak kerana menyedari bahawa beliau hanya boleh mencapai kejayaan melalui UMNO dan Barisan Nasional. Dalam masa tidak sampai 15 tahun, beliau berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, satu lonjakan yang sangat luar biasa jika dibandingkan dengan pemimpin lain yang lebih kanan dalam parti dan berpendidikan lebih baik dari beliau.

Kejayaan Anwar, selain dibantu oleh Tun Mahathir Mohamad, ialah keupayaan beliau menumpul kekayaan secara senyap bagi membina empayar bala tentera politik sendiri dalam UMNO, MCA, MIC, PAS dan DAP. Pengaruh Anwar ada dalam setiap parti yang saya sebutkan tadi. Malah pengaruh Anwar melampaui "pelobi-pelobi" dalam NGO, ahli akademik dan wartawan tempatan dan luar negara.

Beliau boleh mempengaruhi orang dengan ucapan-ucapan retorikal beliau yang sangat berkesan. Namun pastinya, kejayaan beliau banyak bergantung kepada beliau mengagih-agihkan kekayaan negara kepada orang-orang kepercayaannya yang taat dan setia sehingga sekarang.

Tangan Anwar Dalam Pilihan Raya Kecil Ganti Menteri Besar

Justeru apabila Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding di DUN Kajang dan kemungkinan menjawat jawatan Menteri Besar, ia bukanlah luar biasa sangat.

Anwar pernah merenacana perkara yang sama pada 1997 apabila beliau melihat Tan Sri Muhammad Muhd Taib sudah menjadi nama besar sebesar namanya ketika itu. Maka semua orang tahu Mat Taib akhirnya terpaksa berundur dari jawatan tersebut. Anwar ketika itu Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO mencadangkan agar diadakan pilihan raya kecil agar Abu Hassan Omar dikembalikan ke negeri untuk menjawat jawatan Menteri Besar.

Kali ini Anwar melakukan lagi. Jika kali pertama Barisan Nasional menukar Menteri Besar kerana terpaksa berikutan "skandal kewangan" Tan Sri Mat Taib di Australia; Kali ini tanpa sebarang sebab yang wajar Anwar mahu melalukan perubahan Menteri Besar Selangor.

Sekali lagi penukaran Menteri Besar Selangor terpaksa dibuat bagi memenuhi kehendak hawa nafsu politik Anwar. Jika kali pertama untuk mematikan kerjaya politik Mat Taib yang dilihat sebagai ancaman kepada beliau melalui gerakan "Melayu Baru", kali ini jelas untuk menyelamatkan dirinya dan partinya-PKR.

PKR perlu diselamatkan kerana Khalid Ibrahim hanya menjaga peniaga-peniaga Cina menyebabkan peniaga-peniaga Melayu yang kini bernaung di bawah payung Azmin Ali tidak mendapat apa-apa peluang. Azmin sebagai seorang ahli politik tidak dapat bersabar lagi dengan gaya selamba Khalid dan Faekah mula memberontak.

Anwar sedar pemberontakan Azmin Ali tidak boleh dipandang enteng bukan hanya kerana Azmin merupakan lelaki kesayangan beliau. Tapi lebih serius ialah Azmin mewakili sebahagian golongan Melayu kelas pertengahan yang makin hilang sabar dengan pentadbiran Khalid.

Anwar tidak dapat melantik Azmin kerana Azmin tidak mendapat sokongan DAP yang ditunjangi oleh ahli perniagaan Cina.

Untuk menyelamatkan parti, beliau perlu mencari calon yang boleh diterima oleh Azmin dan PKR serta DAP. Dalam masa yang sama beliau perlukan orang yang benar-benar setia kepada dirinya walau apa pun yang terjadi. Kebanyakan wakil rakyat lain sukar untuk dipercayai kekal setia kepada Anwar.

Dalam masa yang Anwar Ibrahim menyedari, beliau berhadapan bahaya besar di Mahakamah Rayuan. Tindakan kerajaan mengarahkan peguam terkemuka, Tan Sri Shafee Abdullah, mengambil alih tugas pendakwaraya dalam kes liwat beliau menunjukkan kesungguhan kerajaan mencari keadilan untuk Saiful Bukhari.

Anwar mungkin percaya melalui jawatan Menteri Besar Selangor, beliau ada peluang tipis untuk bebas dari kes ini setelah pembebasan beliau sebelum ini sangat menggemparkan. Ini kerana berdasarkan bukti-bukti yang ada, pengakuan mangsa dan saksi-saksi ramai percaya Anwar akan disabitkan kesalahan.

Benarkah Ia Bukan Hal Liwat?

Sahabat beliau, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohammad Redzuan Othman (kiri) menyatakan tindakan Anwar ini bukan berkaitan kepentingan peribadi. Beliau berpendapat, Anwar sudah mangli dengan kes mahkamah kerana menghadapinya sejak 1998 lagi.

"Sejak 1998, Anwar sudah sering keluar masuk mahkamah dan saya tidak fikir langkah bertanding di Kalang untuk mengalih perhatian daripada rayuan pasukan pendakwaan dalam kes pembebasannya dari Liwat II kerana beliau sudah sering keluar masuk mahkamah dan malah pernah dipenjara."

Namun pandangan Redzuan sangat kontradik, kerana sejak kes beliau bersama Saiful terbongkar pada Jun 2008 Anwar berusaha untuk mendapat pelbagai jawatan bagi menjadikan kes liwat beliau sebagai satu kes politik. Beliau mengumumkan dalam proses mengambil alih Putrajaya, terdapat 30 orang wakil rakyat BN bersedia menyertai PKR.

Justeru apabila ditangkap pada 16 Julai 2008 atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari, Anwar menyatakan ini merupakan konspirasi politik menghalang pengambil alihan Putrajaya.

Beliau dilihat mula merancang bagaimana untuk mempolitikkan isu jenayah ini. Pada 31 Julai 2008, isteri beliau Wan Azizah telah meletak jawatan bagi memaksa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan beliau bertanding dan menjadi wakil rakyat. Kononnya ini merupakan persediaan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apakah tujuan Anwar bertanding dalam pilihan raya tersebut jika bukan untuk mempolitikkan kes liwat beliau? Anwar mencanang kononnya beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun yang sama melalui "coup de tat" aman membabitkan "pembelian" wakil rakyat BN.

Justeru jika didapati bersalah beliau akan mengatakan ini merupakan tindakan politik jahat Barisan Nasional. Setelah gagal membentuk kerajaan melalui "coup de tat" aman, Anwar Ibrahim sedaya upaya melengah-lengahkan kes beliau agar menghampiri masa pilihan raya dan akan dijadikan modal politik kononnya ada usaha menghalang Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya.

Setelah gagal menang dalam pilihan raya, Anwar terkejut dengan tindakan kerajaan melantik Tan Sri Shafee sebagai pendakwaraya kes beliau. Beliau sedar bahaya sedang menanti kes beliau dengan kehadiran seorang peguam yang berpengalaman luas dalam kes-kes jenayah.

Justeru beliau memilih beberapa minggu sebelum kes beliau di dengar di Mahakamah Rayuan untuk mengadakan pilihan raya kecil. Apakah ini bukan tindakan politik bertujuan mengenakan tekanan kepada kerajaan dan Mahkamah membabkitkan kes beliau?

Persengketaan Khalid-Azmin sudah diketahui lama sebelum pilihan raya Umum lagi. Namun ia bukan keutamaan kepada Anwar. Mempunyai dua jeneral "berebut kasih sayangnya" lebih baik daripada mempunyai seorang jeneral yang terlalu berkuasa.

Namun kemunculan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya kes beliau menimbulkan suasana kurang senang. Kes Anwar akan dibicarakan pada 12 dan 13 Februari 2014 ini. Justeru, persepsinya Anwar Ibrahim merancang pilihan raya kecil ini untuk menyelamatkan dirinya.

Jika perbicaraan beliau diteruskan, beliau akan mendapat simpati kononnya ini cubaan BN memusnahkan beliau. Jika perbicaraan ditangguhkan beliau akan dapat lebih masa lagi. Melihat sejarah Anwar Ibrahim, sebaik memegang jawatan Menteri Besar, risiko kekacauan dan ketidakstabilan boleh berlaku jika beliau terus dibicarakan.

Inilah mungkin strategi Anwar Ibrahim pada masa ini.

Justeru apa dihairankan bila Anwar Ibrahim kelahiran ceruk Tok Kun, Pulau Pinang, yang bermusuh dengan beberapa Menteri Besar Selangor, tinggal di Kuala Lumpur tiba-tiba menjadi peminat nombor 1 bola sepak Selangor.

Sejak bila Anwar Ibrahim yang kegemarannya bermain polo mula minat bola sepak masih merupakan satu misteri yang sukar dirungkaikan.

Lebih misteri, sejak bila Anwar Ibrahim mengambil alih kedudukan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai peminat Bola sepak nombor 1 Selangor?

Thursday, November 20, 2014

Sedia bantu Red Giants bangkit 'kuasa besar' bola sepak ... - Bola Sepak Selangor Blog

Sedia bantu Red Giants bangkit &#39;kuasa besar&#39; <b>bola sepak</b> <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Sedia bantu Red Giants bangkit &#39;kuasa besar&#39; <b>bola sepak</b> <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2014 11:30 PM PST

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 8 NOV: Kerajaan Negeri akan membantu Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi meningkatkan pencapaian pasukan dalam Liga Super Malaysia (MSL) dan seterusnya mengekalkan Selangor sebagai kuasa besar bola sepak tempatan.

"Memang akan dan perlu membantu sebagaimana dilaksanakan sebelum ini. Kita sedang menunggu beberapa keputusan daripada FAS," kata Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari di sini, hari ini.

fas_logoBeliau berkata, Kerajaan Negeri setakat ini tidak boleh mencampuri urusan FAS dan perlu menunggu peralihan jawatan dalam persatuan itu yang ketika ini masih diketuai bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Presiden.

Katanya, perbincangan dengan beberapa pihak sedang dijalankan bagi memastikan peralihan kuasa itu lancar dan Selangor dapat menyediakan pasukan mantap bagi penghadapi saingan MSL musim depan.

"Saya mendapat maklum balas daripada peminat dan kelab penyokong pasukan, meminta kita terbabit secara aktif atau melaksanakan perubahan dalam penstrukturan pasukan dan pentadbiran FAS.

"Saya berharap penyokong bersabar kerana kita menunggu proses peralihan itu dan semua pihak boleh bekerjasama untuk memastikan pasukan bolasepak Selangor dapat meningkatkan pengurusan dan pencapaian pasukan serta mengekalkan Selangor sebagai kuasa besar bolasepak tempatan," katanya.

Mengenai pembelian pemain, katanya, memang FAS sedang melihat dan menilai beberapa pemain untuk dipertimbangkan bagi mewakili Selangor bagi musim depan.

"Itu masih lagi dalam bayangan, belum lagi jelas sebab apa dinyatakan masih dalam perkiraan FAS. Kita pun belum dapat maklumat jelas apa perancangan mereka," katanya mengulas mengenainya termasuk ura-ura membeli bekas pemain Peranchis, Nicolas Anelka.

EZY

<b>Selangor</b> sedia jalan khas iktiraf Datuk Mokhtar Dahari | Selangorkini

Posted: 14 Nov 2014 10:00 PM PST

Oleh: HAFIZAN TAIB

SABAK BERNAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri merancang pelbagai program bagi memperingati dan memberi pengiktirafan kepada lagenda bola sepak Selangor dan Malaysia, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata sesungguhnya Mokhtar adalah lagenda dan ikon sukan khususnya bola sepak yang menjadi pujaan rakyat dan negara.

Katanya, Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai perancangan untuk dijayakan bagi mengenang jasa bakti Mokhtar serta boleh menjadi tatapan generasi masa kini.

mokhtar pix"Sememangnya, Kerjaan Negeri menganggap Mokhtar Dahari adalah lagenda dan ikon kepada bola sepak Selangor.

"Antara perancangan kita adalah akan menyediakan satu jalan atas nama Datuk Mokhtar Dahari berhampiran Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sudah disiapkan.

"Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) juga baru melancarkan kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari yang menjadi program tahunan bagi mengisi kalendar bola sepak Selangor," katanya kepada Selangor Kini, semalam.

Katanya, ia adalah langkah awal dilakukan Kerajaan Negeri bagi mengiktiraf dan mengekalkan Mokhtar selaku ikon bola sepak dan sukan di Selangor.

amirudin shari"Datuk Mokhtar Dahari adalah imej dan ikon terpenting dalam bola sepak Selangor," katanya.

Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari bermula 10 hingga 22 November ini bagi pasukan bawah 17 tahun bertujuan mencungkil bakat baru.

Pada 13 November lalu, Google Malaysia memaparkan seni lakaran atau 'doodle' Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sempena ulang tahun kelahiran ke-61.

-NFN-

<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog: Senarai Rasmi Perpindahan Pemain <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2014 11:04 AM PST

Sumber: Borneo Post

Sarawak coach says result more important than style

KUCHING: Sarawak head coach Robert Alberts is happy his team edged Selangor PKNS 2-1 on Friday night even if they had to do it the ugly way.

He said it was always good to play attractive football but the bottom line was the result.

The first half of that home match was dour goalless affair with both sides struggling to create chances.

The goals came early in the second half when Sarawak captain Joseph Kalang Tie's long range effort put the crocs ahead.


However, before the celebrations over that goal ended Selangor PKNS captain Mohd Fauzan Dzulkifli equalised to silence the crowd.

The match seemed to be heading for a draw until Muamer Salibasic, who has been plagued by injuries since January, finally scored his first goal of the season in the 80th minute.

After the match Alberts said the players did what they were told to do – keep the play tight and fight for every ball.

"We managed to secure the three points and to me that is a job well done. Everybody worked hard to win and we did it," he added.

However, the win came with a price as team captain Joseph and Mohd Rashid Aya will miss the next match against Perak after accumulating three yellow cards and have to serve the mandatory one match ban.

Joseph, who has just returned to the Crocs' starting lineup against Selangor PKNS after a spell of injury was obviously frustrated and showed his feelings by storming off the pitch after the final whistle.

Alberts seemed unperturbed by the absence of his two first team players as he believed Sarawak had adequate cover for both of them.

"Ashri (Chuchu) can fill in for either Joseph or Rashid's roles and we have the others in the team who are also capable of doing that job in the midfield too. 

We can cope with their absence," he said.

Sarawak's next match against Perak will be played on Friday next week (May 23) at the Perak Stadium in Ipoh before the Super League takes another three-week break.

Saturday, November 15, 2014

Bola Sepak Piala Sultan Selangor : 30000 Tiket Percuma - TV9 - Bola Sepak Selangor Blog

<b>Bola Sepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> : 30000 Tiket Percuma - TV9 - Bola Sepak Selangor Blog


<b>Bola Sepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> : 30000 Tiket Percuma - TV9

Posted: 09 Sep 2014 04:06 AM PDT

BERITA TV9 - Bola Sepak Piala Sultan Selangor : 30,000 Tiket Percuma

9 Sep 2014, 07:06pm by nur farhanin

Dijadualkan berlangsung pada 27 September ini, setakat ini sejumlah 30,000 tiket percuma diedar kepada pelajar sekolah.

Ia sebahagian daripada usaha penganjur menghangatkan lagi edisi ke-13 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam 27 September ini.

Siang tadi, pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya antara sepuluh sekolah bertuah di negeri Selangor yang dipilih menerima edaran tiket percuma.

Harapan penganjur, dapat mendekatkan pelajar sekolah dengan mengenali lebih dekat pemain baru dan lama.

Kerana keunikan Piala Sultan Selangor pastinya bukan sahaja tertumpu kepada aksi pasukan pilihan Selangor dan Singapura.

Pertemuan pasukan veteran kedua dua pasukan juga menggamit kehebatan mereka suatu ketika dahulu.

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad adalah penyiar rasmi edisi ke-13 ini.

Tuesday, November 11, 2014

Bola Sepak : Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015 - Bola Sepak Selangor Blog

<b>Bola Sepak</b> : Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015 - Bola Sepak Selangor Blog


<b>Bola Sepak</b> : Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Posted: 05 Nov 2014 12:43 AM PST

Musim Liga Malaysia 2014 telahpun melabuhkan tirainya pada 1 November lalu dengan pasukan Pahang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2014 menewaskan pasukan Johor Darul Ta'zim FC melalui penentuan sepakan penalti. Kini peminat bola sepak tempatan pastinya memberi fokus kepada pasukan Harimau Malaya yang kini dalam fasa persiapan menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang akan berlangsung pada 22 November hingga 20 Disember akan datang. 

Musim 2014 pastinya merupakan antara musim yang akan dikenang oleh pasukan masing-masing sama ada ianya manis ataupun pahit. Setiap pasukan kini dalam fasa mempersiapkan pasukan masing-masing dengan menandatangni pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2015 yang dijangka akan memulakan sepak mula pada Januari 2015 akan datang. Setiap pasukan yang beraksi sama ada Liga Super 2015 atau Liga Premier 2015 pastinya akan memantapkan pasukan masing-masing bagi saingan akan datang. 

Pengumuman rasmi senarai pemain pasukan pastinya akan diumumkan oleh persatuan bola sepak negeri dan kelab masing-masing. Berikut adalah antara senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2015 akan datang :

Norshahrul Idlan Talaha (JDT FC ke ATM FA)

Bobby Gonzales (PDRM FA ke Perak)

Nor Farhan Muhammad (Terengganu ke Kelantan)

Mohd. Faiz Subri (Terengganu ke Pulau Pinang)

Mazlizam Mohamad (Terengganu ke Pulau Pinang)

Mohd. Ramezey Che Ros (PKNS FC ke Pulau Pinang)

Zamir Selamat (PKNS FC ke Perak)

Mohd. Azrul Ahmad (ATM FA ke Pulau Pinang)

Mohd. Fauzie Roslan (Pahang ke Felda United)
Fauzan Dzulkifli (PKNS FC ke Felda United)

Syukur Saidin (Sime Darby FC ke Pulau Pinang)

Mohd. Farid Ramli (Sime Darby FC ke Pulau Pinang)

Mohd. Failee Ghazali (Sime Darby FC ke Pulau Pinang)

Mohd. Redzuan Nawi (Sabah ke Pulau Pinang)

See Kok Luen (JDT II ke Pulau Pinang)

Mohd. Azinee Taib (JDT II ke Pulau Pinang)

Mafry Balang (Sarawak ke Pulau Pinang)

Sani Anuar Kamsani (Sarawak ke Pulau Pinang)

Mohd. Hafiz Kamal (Pahang ke PDRM FA)

Baddrol Bakhtiar (Kedah ke Pahang)

Nor Hafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan ke Kelantan)

Nor Hazrul Mustapha (Perak ke Kelantan)

S.Chanturu (Sarawak ke JDT FC)

Junior Eldstal (Sarawak ke Selangor)

Norazlan Razali (JDT FC ke Selangor)

Farizal Marlias (Selangor ke JDT FC)

S.Kunalan (Selangor ke JDT FC)

*Amirul Hadi (JDT FC ke Pahang @ ATM FA @ Negeri Sembilan)

Shahrizal Saad (Perak ke Negeri Sembilan)

Azizi Mat Rose (JDT FC ke Negeri Sembilan)

Rizal Zambery Yahya (ATM FA ke Negeri Sembilan)

Rudie Ramli (ATM FA ke Negeri Sembilan)

Fauzi Saari (ATM FA ke Negeri Sembilan)
K.Parthiban (Perak ke Sarawak)
Sabri Sahar (Sabah ke Sarawak)
Mohd. Rasyid Aya (Sarawak ke Felda United)
Lot Abu Hassan (Sarawak ke PDRM FA)

* belum ada pengumuman rasmi mengenai perpindahan ini

Sunday, November 9, 2014

Senarai Rasmi Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015 | ROSSA ... - Bola Sepak Selangor Blog

Senarai Rasmi Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015 | ROSSA <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Senarai Rasmi Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015 | ROSSA <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2014 08:00 PM PST

Liga Malaysia 2015
Senarai Rasmi Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015 Musim bolasepak Malaysia tahun 2014 tamat pada 1 November 2014 dengan Pahang berjaya mempertahankan Piala Malaysia setelah menewaskan JDT dengan sepakan penalti 5-3. 

Ketika Pahang dan JDT baru menamatkan saingan, beberapa buah pasukan terutama Kelantan dan ATM telah membuat perancangan dan persiapan awal dengan melengkapkan pembelian pemain untuk Musim 2015 yang pasti lebih menarik. 
Kelantan yang tewas di peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2014 kepada Kedah telah mengorak langkah awal dengan mengumumkan senarai rasmi pemain Kelantan 2015 di SINI. ATM juga telah mengorak awal seperti dilaporkan di SINI

Musim perpindahan pemain musim 2015 bermula pada 22 September 2014 hingga 5 Disember 2014. 


Jadual Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Berikut adalah Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Segala informasi diambil dari laman berita dan juga facebook.

Senarai Perpindahan Pemain (Rasmi dan Rumor):-

KELANTAN

Syahrul Azwari (HMA) - Kelantan FA
Kepre Brice Herman Tchetche (Ivory Coast)  - Kelantan FA - Rasmi
Ighodaro Christian Osaguona (Nigeria) - Kelantan FA 
- Rasmi
Jonathan McKain (Australia) - Kelantan FA 
- Rasmi
Norfarhan Mohamad (Terengganu FA) - Kelantan FA 
- Rasmi
Abdul Manaf Mamat (Terengganu FA) - Kelantan FA 

Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan FA) - Kelantan FA 
- Rasmi
Hazrul Mustapha (Perak FA) - Kelantan FA 
- Rasmi
Indra Putra Mahayuddin (Felda FC) - Kelantan FA

Nurul Azwan Roya (JDT) - Kelantan FA

SELANGOR
Razman Roslan (Pahang FA) - Selangor FA - 

Rumor (Razman kekal di Pahang)
Junior Elsdtal (Sarawak FA) - Selangor FA

Norazlan Razali (JDT) - Selangor FA

PERAKFaiz Subri (Terengganu FA) - Perak FA - Rasmi
Hafiz Ramadan (Skuad Piala Presiden) - Perak FA
Amirul Azhan (Skuad Piala Presiden) - Perak FA
Mohd Norhakim Isa (Skuad Piala Presiden) - Perak FA
Muhammad Ridzuan Azly Hussam (Skuad Piala Presiden) - Perak FA

Bobby Gonzalez (PDRM) - Perak FA
Zamir Selamat (PKNS) - Perak FA

SARAWAK
Rozaimi Abdul Rahman (Sabah FA) - Sarawak FA


JDT
S. Chanturu (Sarawak FA) - JDT
Farizal Marlias (Selangor FA) - JDT
S. Kunalan (Selangor FA) - JDT
Zubir Azmi (Terengganu) - JDT

ATM
Obinna Nwaneri (Nigeria / Kelantan FA) - ATM 

- Rasmi
Jerry Palacios (Honduras) - ATM 
- Rasmi
Mario Karlovic (Terengganu FA) - ATM

Norshahrul Idlan Talaha (JDT) - ATM

Pulau Pinang
Mazlizam Mohd (Terengganu FA) - Pulau Pinang FA
Mohd Aznie Taib (JDT 2) - Pulau Pinang FA
See Kok Luen (JDT 2) - Pulau Pinang FA
Redzuan Nawi (SabahvFA)  - Pulau Pinang FA
Mohd Azrul Ahmad (ATM) - Pulau Pinang FA
Mohd Remezey Che Ros (PKNS) - Pulau Pinang FA
Sani Anuar Kamsani (Sarawak FA) - Pulau Pinang FA
Mafry Balang (Sarawak FA) - Pulau Pinang FA

PDRM
Hafiz Kamal (Pahang FA) - PDRM


Lot Abu Hassan (Sarawak FA) - PDRM

SABAH El-Hadji Diouf - Sabah FA

PAHANG Baddrol Bakhtiar (Kedah FA) - Pahang FA 

FELDA UNITEDMohd Fauzi Roslan (Pahang FA) - Felda United - Rasmi
Mohamad Rashid Mohamad Aya (Sarawak FA) - Felda United - Rasmi
Mohd Fauzan Dzulkifli (Selangor PKNS FC) - Felda United - Rasmi
Mohd Firdaus Mohd Fauzi (Sime Darby FC) - Felda United - Rasmi

NEGERI SEMBILAN Shahrizal Saad (Perak FA) - Negeri Sembilan
Azizi Mat Rose (JDT) - Negeri Sembilan
Rizal Zambery Yahya (ATM FA) - Negeri Sembilan
Rudie Ramli (ATM FA) - Negeri Sembilan
Fauzi Saari (ATM FA) - Negeri Sembilan



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


SK Subang Bestari juara Piala DYTM Raja Muda <b>Selangor</b> edisi ke-27

Posted: 30 Oct 2014 03:16 AM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 OKT: Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari berjaya merangkul Piala DYTM Raja Muda Selangor Edisi 27/2014 buat pertama kali selepas menewaskan SK Taman Tun Dr Ismail 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang SUK Selangor.

SK Subang Bestari membuka tirai jaringan melalui penyerang, Adam Afiz Zairo Azizi sebelum dia sekali lagi menggandakan jaringan
melalui tandukan hasil sepakan penjuru yang diambil Ketua Pasukan, Mohamad Fariz Abdol Zhafor.

SK Subang Bestari menjaringkan gol ketiga di penghujung separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ketua
Pasukan, Mohamad Fariz Zaiful.

rajamuda2Tiada sebarang jaringan pada separuh masa kedua walaupun SK TTDI cuba bangkit dengan memperkemaskan permainan, namun gagal memecah
benteng pasukan SK Subang Bestari.

Yang Teramat Mulia Tengku Indera Selangor, Tengku Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj yang mewakili DYMM
Sultan Selangor menyampaikan piala pusingan sambil diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda
Selangor, Datuk Emran Kadir dan Exco Pembangunan Ganerasi Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Adam Afiz Zairo Azizi dipilih selaku pemain terbaik perlawanan akhir, sementara Mohamad Fariz Zaiful memenangi anugerah Penjaring
Terbanyak dengan 10 gol.

rajamuda1Penjaga gol terbaik juga dianugerahkan kepada pemain SK Subang Bestari, Mohd Farhan Nordin.

Selaku juara, SK Subang Bestari membawa pulang piala dan wang tunai RM3,000, sementara SK TTDI sekalu naib juara membawa wang tunai
RM2,000.

Tempat ketiga dimenangi Sekolah Integrasi Seksyen 19, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,500 manakala tempat keempat dimenangi
SK Seksyen 9, Shah Alam yang menerima wang tunai RM1,000.

Kejohanan itu ditaja Kumpulan Perangsang Selangor Berhad sebanyak RM90,000.

Kumpulan Perangsang juga akan menaja Kejohanan Bola Sepak Piala Mokhtar Dahari yang julung kali diadakan bermula November ini
sebanyak RM120,000.

Piala DYTM Raja Muda Selangor mula diperkenalkan sejak tahun 1988 hasil cetusan idea hasil cetusan Raja Muda yang ketika itu
merasmikan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam.

Dalam titahnya baginda pada tanggal 24 Oktober 1987 mencadangkan supaya sekolah rendah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA) mengadakan pertandingan bola sepak sebagai aktiviti tahunan.

Baginda juga berkenan mengurniakan sebuah piala pusingan untuk kejohanan itu yang awalnya dikenali sebagai 'Pesta Bola Sepak Piala
DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan'.

Kejohanan kali pertama diadakan pada 6 Julai 1988.

Kini Pesta Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan' sudah menjadi pertandingan elit bagi kawasan pentadbiran MBPJ.

Untuk tahun ini, 32 buah sekolah menyertainya dengan harapan merebut Piala DYTM Raja Muda Selangor.

-NFN-

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA - <b>Bola Sepak Selangor</b> Blog

Posted: 31 Aug 2014 11:34 AM PDT

Sumber: Borneo Post

Sarawak coach says result more important than style

KUCHING: Sarawak head coach Robert Alberts is happy his team edged Selangor PKNS 2-1 on Friday night even if they had to do it the ugly way.

He said it was always good to play attractive football but the bottom line was the result.

The first half of that home match was dour goalless affair with both sides struggling to create chances.

The goals came early in the second half when Sarawak captain Joseph Kalang Tie's long range effort put the crocs ahead.


However, before the celebrations over that goal ended Selangor PKNS captain Mohd Fauzan Dzulkifli equalised to silence the crowd.

The match seemed to be heading for a draw until Muamer Salibasic, who has been plagued by injuries since January, finally scored his first goal of the season in the 80th minute.

After the match Alberts said the players did what they were told to do – keep the play tight and fight for every ball.

"We managed to secure the three points and to me that is a job well done. Everybody worked hard to win and we did it," he added.

However, the win came with a price as team captain Joseph and Mohd Rashid Aya will miss the next match against Perak after accumulating three yellow cards and have to serve the mandatory one match ban.

Joseph, who has just returned to the Crocs' starting lineup against Selangor PKNS after a spell of injury was obviously frustrated and showed his feelings by storming off the pitch after the final whistle.

Alberts seemed unperturbed by the absence of his two first team players as he believed Sarawak had adequate cover for both of them.

"Ashri (Chuchu) can fill in for either Joseph or Rashid's roles and we have the others in the team who are also capable of doing that job in the midfield too. 

We can cope with their absence," he said.

Sarawak's next match against Perak will be played on Friday next week (May 23) at the Perak Stadium in Ipoh before the Super League takes another three-week break.

Karnival <b>Bola Sepak</b> PNSB gilap potensi bakat muda | Selangorkini

Posted: 24 Oct 2014 09:00 PM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 OKT: Karnival Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 2014 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1000 orang termasuk penyertaan 92 pasukan bertanding dari dalam dan luar Selangor.

Penganjuran dengan kerjasama Kelab Bola Sepak PNSB sejajar dengan ulangtahun ke-10 penubuhan kelab itu yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan sukan bola sepak dan sosial negeri.

IMG_4300Karnival yang berlangsung di Stadium Mini Shah Alam, di sini, dirasmikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Emran Kadir dengan menendang bola ke arah pintu gol sebagai gimik perasmian karnival.

Emran dalam ucapannya berkata, Kerajaan Selangor sentiasa prihatin dan akan terus menyokong semua penganjuran aktiviti sukan demi pembangunan negeri.

"Saya percaya program sukan yang diadakan seperti Karnival Sukan PNSB 2014 ini mampu memupuk nilai murni serta meningkatkan mutu kesejahteraan masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi, di samping melahirkan pemain bola sepak bermutu tinggi pada masa hadapan," katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB merangkap Penaung Kelab Bola Sepak PNSB, Datuk Ahmad Omar dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Selangor, Shamsul Shahrizal Badliza Mohd Noor.

IMG_4285Dengan penyertaan 92 pasukan itu, mereka dibahagikan kepada empat ketegori iaitu bawah 12 tahun dan bawah 8 tahun yang berlangsung hari ini, sementara kategori bawah 16 tahun dan bawah 10 tahun berlangsung pada 26 Oktober ini.

Kewujudan Program Akademi Bola Sepak PNSB yang ditubuhkan Kelab Bola Sepak PNSB bertujuan mencungkil dan menggilap bakat baru bola sepak membabitkan kanak-kanak berusia enam hingga 16 tahun.

Dengan kemudahan kompleks sukan yang diselia PNSB di Stadium Mini Shah Alam akan memudahkan lagi pelatih mengikuti sesi latihan yang direncanakan setiap minggu.

-NFN-