LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: Sevilla lawan <b>Selangor</b> 26 Mei - Bola Sepak Selangor Blog |
LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: Sevilla lawan <b>Selangor</b> 26 Mei Posted: 20 May 2014 05:57 PM PDT Sumber: Utusan Malaysia SHAH ALAM - Juara Liga Europa, Sevilla bakal bertandang ke ibu negara bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Shah Alam pada 26 Mei ini. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad. Katanya, satu penghormatan besar buat Red Giants dan berasa bertuah kerana dapat berdepan dengan kelab terkemuka Sepanyol itu. "Saya cukup berbangga untuk memberitahu Sevilla sudi hadir ke sini bagi mengadakan perlawanan di sini tambahan mereka baharu sahaja memenangi Liga Europa baru-baru ini," katanya dalam kenyataan akhbar. Tiket bagi menyaksikan itu berharga RM20 dan boleh dibeli di perkarangan Stadium Shah Alam bermula Jumaat ini mulai pukul 3 petang. ![]() |
MB: Saham kelab <b>bola sepak Selangor</b> jejaki langkah MU, Liverpool <b>...</b> Posted: 01 Feb 2014 06:30 PM PST Oleh: AFEEQA AFEERA SHAH ALAM 2 FEB : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.
"Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham," katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini. Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu. Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.
"Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang," katanya lagi. EZY ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |