Penglibatan Kerabat Diraja Dalam Pasukan <b>Selangor</b> - BolaDaily.com - Bola Sepak Selangor Blog |
Penglibatan Kerabat Diraja Dalam Pasukan <b>Selangor</b> - BolaDaily.com Posted: 08 May 2014 05:41 PM PDT ![]() Tengku Nana & Vateran Selangor Telah tersebar di media sosial khabar angin tentang kemungkinan penglibatan kerabat Diraja Selangor dalam pasukan bola sepak Selangor. Individu yang dikaitkan ialah Tengku Haji Shakirinal' Amin Shah, anakanda kepada Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Tengku Shakirinal atau nama panggilannya Tengku Nana hadir di satu perlawanan persahabatan melibatkan bekas pemain-pemain Selangor di padang SUK ahad lepas. Jika berita ini benar, Selangor akan menjadi pasukan ketiga dalam Liga Malaysia yang melibatkan kerabat Diraja, selepas Johor dan Pahang. Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju. Pihak yang bersetuju merasakan ini lah masanya untuk Selangor melakukan transformasi. Menjadi sebuah pasukan yang diuruskan dengan lebih baik dan profesional bila mana tapuk kempimpinan tidak lagi dipegang oleh orang politik. Yang bersetuju juga mengharapkan akan ada suntikan dana yang lebih besar untuk skuad Gergasi Merah. ![]() Tengku Haji Shakirinal' Amin Shah Ada juga yang setuju, tetapi penglibatan pihak Istana itu tidak terlampau menonjol, cukup hanya dibelakang tabir. Ini pula antara komen terbaik di facebook page UltraSel Curva yang tidak bersetuju penglibatan pihak Istana dalam bola sepak Selangor. Bila difikirkan, ada benarnya juga komen ini.
Adakah spekulasi ini akan menjadi kenyataan? Kita tunggu makluman rasmi dari pihak FAS dan pihak Istana Selangor. Biar siapa pun yang menerajui FAS, tugas utama mereka ialah mengembalikan semula era kegemilangan The Red Giant. Sebuah pasukan yang penuh dengan tradisi kejuaraan.
Apa pendapat anda tentang perkara ini, kongsikan di ruangan komen. Sumber : suarasukan1mas.blogspot.com , fb.com/UltraSelCurva
Related![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment