PIALA SULTAN <b>SELANGOR</b> EKSKLUSIF HANYA DI TV3 | Dunia <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
PIALA SULTAN <b>SELANGOR</b> EKSKLUSIF HANYA DI TV3 | Dunia <b>...</b> Posted: 25 Sep 2014 02:11 AM PDT Peminat fanatik bola sepak negara bakal teruja apabila pertandingan bola sepak Piala Sultan Selangor kembali untuk kali ke-13 pada 27 September 2014 ini. Perlawanan yang bakal sengit antara Selangor dan musuh tradisinya iaitu Singapura, dan akan disiarkan selcara langsung menerusi stesen Nombor Satu Malaysia, TV3, pada jam 9.00 malam. Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, "Ini bukan kali pertama TV3 diberi kepercayaan untuk menjadi penyiar rasmi Piala Sultan Selangor di mana pastinya pertembungan bersejarah antara pasukan Selangor dengan musuh tradisi, Singapura bakal menyajikan aksi-aksi yang menarik. Berita baik juga kepada peminat bola sepak tempatan, anda boleh menonton di saluran percuma bukan sahaja pada tahun ini malah TV3 akan kekal sebagai penyiar rasmi perlawanan tahunan berprestij ini untuk tahun 2015 juga. Seraya dengan itu, TV3 akan terus berusaha menyajikan lebih banyak lagi program sukan di masa akan datang. Justeru, jangan lupa dapatkan maklumat terkini mengenai program sukan baru yang bakal disiarkan di laman sesawang rasmi TV3." Berhadapan dengan Pilihan Singapura pada edisi kali ini, Selangor bakal tampil dengan wajah baharu apabila hampir keseluruhan pemain mereka pertama kali beraksi dalam Piala Sultan Selangor. Lebih menarik, penyerang paling berbisa Liga Super Malaysia iaitu Paulo Rangel yang dibantu oleh pemain sayap dari Surabaya, Indonesia, Andik Vermansah akan berusaha untuk merobek gawang Singapura. Rekod 26 gol dari 25 perlawanan Paulo Rangel pastinya akan membuatkan pertahanan Sang Singa tidak boleh memandang enteng terhadap cabaran anak buah Dato' Karim Munisar. Pasukan Selangor ini akan diketuai oleh Mohd Bunyamin Umar. Diteguhkan lagi oleh pemain senior S. Kunalan di barisan tengah dan Mohamad Azmi Muslim di barisan pertahanan pasukan itu. Piala Sultan Selangor ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia TV3, terutamanya peminat tegar pasukan bola tanah air. Jangan lupa saksikan perlawanan Selangor menentang Singapura dalam Piala Sultan Selangor secara langsung di TV3 pada 27 September 2014 pada jam 9.00 malam hingga 11.30 malam. Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung di portal video Tonton (www.tonton.com.my/livetv) dan boleh ditonton secara global. Sebagai pembuka tirai, perlawanan antara Veteran Selangor menentang Veteran Singapura akan bermula pada jam 8.00 malam. ![]() | ||||||||||||||
Keputusan Live Streaming Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 Vs Singapura Posted: 26 Sep 2014 10:36 PM PDT 21:50 Keputusan Piala Sultan Selangor 2014 Vs Singapura Pertandingan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Selangor menentang Singapura membabitkan aksi perlawanan pasukan veteran dan pilihan akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu malam Perlawanan melibatkan pasukan veteran akan berlangsung jam 8 malam manakala aksi pasukan pilihan pula bermula jam 9 malam Pertemuan sememangnya dinantikan oleh peminat kerana perlawanan ini pasti akan mengembalikan nostalgia kedua-dua pasukan yang merupakan musuh ketat dalam sukan bola sepak suatu masa dahulu Bagi peminat yang tidak dapat menyaksikan perlawanan di stadium, anda boleh menonton di kaca tv kerana perlawanan 'The Sultan Of Selangor's Cup 2014 akan disiarkan di TV3 bermula jam 9 malam Untuk menonton secara onlive live streaming di internet sila layari atau klik judul pautan yang disertakan
Keputusan Selangor Vs Singapura (Piala Sultan Selangor 2014) Berikut adalah keputusan langsung yang dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan Pasukan Veteran
Pasukan Pilihan
Selangor Juara Piala Sultan Selangor Edisi ke 13
Gol pembukaan perlawanan yang disaksikan hampir 70,000 penonton di Stadium Shah Alam itu, bagaimanapun hadir pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti yang di sempurnakan oleh Paulo Rangel Aksi bertambah rancak apabila Singapura berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-68 melalui sepakan percuma Leonel Felice yang menumpaskan penjaga gol, Farizal Marlias Paulo Rangel muncul sebagai wira Selangor apabila berjaya menjaringkan gol kedua hasil hantaran Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-79, sekali gus mengesahkan Piala Sultan Selangor Edisi 13 kekal milik Pilihan Selangor Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat masa tambahan lima minit yang diberikan oleh pengadil perlawanan. Tahniah Selangor! Video Gol Highlights ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |