Search This Blog

Thursday, September 18, 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA - Bola Sepak Selangor Blog - Bola Sepak Selangor Blog

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA - <b>Bola Sepak Selangor</b> Blog - Bola Sepak Selangor Blog


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA - <b>Bola Sepak Selangor</b> Blog

Posted: 31 Aug 2014 11:34 AM PDT

Sumber: Borneo Post

Sarawak coach says result more important than style

KUCHING: Sarawak head coach Robert Alberts is happy his team edged Selangor PKNS 2-1 on Friday night even if they had to do it the ugly way.

He said it was always good to play attractive football but the bottom line was the result.

The first half of that home match was dour goalless affair with both sides struggling to create chances.

The goals came early in the second half when Sarawak captain Joseph Kalang Tie's long range effort put the crocs ahead.


However, before the celebrations over that goal ended Selangor PKNS captain Mohd Fauzan Dzulkifli equalised to silence the crowd.

The match seemed to be heading for a draw until Muamer Salibasic, who has been plagued by injuries since January, finally scored his first goal of the season in the 80th minute.

After the match Alberts said the players did what they were told to do – keep the play tight and fight for every ball.

"We managed to secure the three points and to me that is a job well done. Everybody worked hard to win and we did it," he added.

However, the win came with a price as team captain Joseph and Mohd Rashid Aya will miss the next match against Perak after accumulating three yellow cards and have to serve the mandatory one match ban.

Joseph, who has just returned to the Crocs' starting lineup against Selangor PKNS after a spell of injury was obviously frustrated and showed his feelings by storming off the pitch after the final whistle.

Alberts seemed unperturbed by the absence of his two first team players as he believed Sarawak had adequate cover for both of them.

"Ashri (Chuchu) can fill in for either Joseph or Rashid's roles and we have the others in the team who are also capable of doing that job in the midfield too. 

We can cope with their absence," he said.

Sarawak's next match against Perak will be played on Friday next week (May 23) at the Perak Stadium in Ipoh before the Super League takes another three-week break.

<b>Bola Sepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> : 30000 Tiket Percuma - TV9

Posted: 09 Sep 2014 04:06 AM PDT

BERITA TV9 - Bola Sepak Piala Sultan Selangor : 30,000 Tiket Percuma

9 Sep 2014, 07:06pm by nur farhanin

Dijadualkan berlangsung pada 27 September ini, setakat ini sejumlah 30,000 tiket percuma diedar kepada pelajar sekolah.

Ia sebahagian daripada usaha penganjur menghangatkan lagi edisi ke-13 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam 27 September ini.

Siang tadi, pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya antara sepuluh sekolah bertuah di negeri Selangor yang dipilih menerima edaran tiket percuma.

Harapan penganjur, dapat mendekatkan pelajar sekolah dengan mengenali lebih dekat pemain baru dan lama.

Kerana keunikan Piala Sultan Selangor pastinya bukan sahaja tertumpu kepada aksi pasukan pilihan Selangor dan Singapura.

Pertemuan pasukan veteran kedua dua pasukan juga menggamit kehebatan mereka suatu ketika dahulu.

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad adalah penyiar rasmi edisi ke-13 ini.

<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog: Betah Di Malaysia, Andik Perpanjang <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2014 11:49 AM PDT

PEMAIN Selangor, Paulo Rangel (depan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan pertama ketika menentang Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 3-0. - BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Selangor belum mahu menyerah kalah dalam persaingan liga apabila terus menekan pendahulu Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim selepas membelasah Sarawak 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Skuad Red Giants bimbingan Mehmet Durakovic kini merapatkan jurang kedudukan kepada satu mata hasil dua jaringan penye­rang dari Brazil yang kembali beraksi daripada penggantungan, Paolo Rangel pada minit ke-42 dan 61 serta Ahmad Hazwan Bakri, 65.


Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Pahang mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga setelah membenam PKNS 2-1 sekali gus mengumpul 37 mata.

Tiga mata buat Tok Gajah diperoleh menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh Azidan Sarudin dan tandukan Saiful Nizam Miswan pada minit ke-46 dan 52.

Tuan rumah berjaya merapatkan jurang gol hasil rembatan deras pemain import pelawat, Karlo Primorac, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Sime Darby pula mensia-siakan peluang melonjak ke tangga kelima setelah sekadar mengikat T-Team 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain veterannya, Fadzli Saari menyelamatkan tuan rumah dengan gol minit ke-22 setelah dikejutkan jaringan pemain import pelawat, Patrich Wanggai pada minit kelapan.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, Perak terus gigih untuk keluar dari zon penyingkiran dengan mengejutkan Lions XII 2-0 menerusi jaringan Abdulafees Abdulsalam dan Milan Purovic pada minit ke-17 dan 65.

Persatuan <b>Bola Sepak Selangor</b> main kotor dan masih banyak <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2014 05:37 PM PDT

Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak masalah dalaman rupanya | Gossip Bola Sepak
skip to main | skip to sidebar

Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak masalah dalaman rupanya

Kuala Lumpur: Menjelang pemilihan Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Ke-64 pada 18 Ogos ini, sebilangan besar ahli perwakilan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mendakwa wujudnya unsur penipuan menerusi borang pemilihan yang dibuka Isnin lalu.
Menurut Ketua Gabungan Penyokong Selangor Khairil Mokhtar, seramai 93 ahli gabungan yang hadir bagi mengisi borang pencalonan dihalang pihak sekretariat daripada mengisi nama calon bagi merebut jawatan teringgi FAS sebaliknya mereka hanya diminta meninggalkan tandatangan serta cop rasmi ahli di borang itu.

"Sebenarnya permainan kotor ini berlaku dalam FAS sejak tiga penggal lalu. Sepatutnya kami diberi kebebasan untuk memilih calon paling layak mengisi jawatan tertinggi FAS, namun hak kami selaku ahli gabungan disekat pihak tertentu yang tidak mahu perubahan dalam persatuan.

"Sebab itulah pada pemilihan kongres lalu, FAS sering mengumumkan tiada pencalonan bagi merebut kerusi Timbalan Presiden, sedangkan sebenarnya wujud salah guna kuasa individu tertentu dalam FAS.

"Hasilnya boleh dilihat dalam tiga penggal dulu, berapa kalikah Selangor dapat muncul juara? Padahal, Selangor sebuah pasukan ternama yang mempunyai tradisi hebat dalam saingan liga tempatan, tapi kini kami jauh ketinggalan di belakang pasukan seperti Kelantan, Johor Darul Ta'zim dan Pahang.

"Kali ini, mereka buat hal lagi dengan menghalang kami daripada mengisi nama calon untuk sesuatu jawatan. Mereka sekadar minta kami tandatangan dan cop pada borang saja dan membiarkan nama calon kosong," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menurut Khairil, pihaknya yang mendapat sokongan beberapa bekas pemain skuad The Red Giants tidak akan berdiam diri kali ini apabila merancang mengadakan demonstrasi aman di depan Pejabat FAS bagi menuntut diadakan pemilihan adil pada sesi kongres kali ini.

"InsyaAllah pada petang Selasa ini, kami akan mengadakan bantahan secara aman di Wisma FAS bagi menuntut keadilan. Kami penyokong dan rakyat Selangor mahukan perubahan dalam tampuk kepimpinan FAS," katanya.

Sementara itu, jurucakap kelab Selangor Fanatik Khairul Azwan Anuar pula berkata, difahamkan FAS bakal menjual empat pemain utama skuad Merah Kuning kepada Johor Darul Ta'zim pada musim depan.

Mereka membabitkan ketua pasukan Mohd Bunyamin Umar, Thamil Arasu, S Kunalan dan S Vinod.

"Baru-baru ini, FAS sudah mendapatkan tandatangan Paulo Rangel, tetapi mengapa pula empat pemain utama Selangor ini menjadi mangsa dengan dijual? "Di mana kesungguhan FAS mempertahankan pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan. Lagipun, saya tidak rasa duit daripada penjualan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Selangor kerana sebenarnya banyak lagi masalah dalaman yang berlaku, tapi tidak didedahkan," katanya. - hmetro

<b>Selangor</b> layak ke suku akhir selepas tewaskan T-Team 1-0 <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2014 08:30 PM PDT

SHAH ALAM 4 SEPT: Pasukan Bola Sepak Selangor, Red Giants berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan T-Team 1-0 hasil jaringan tunggal Paulo Rangel pada separuh masa pertama.

Kemenangan tipis  itu sudah cukup untuk Selangor meraih tiga mata penuh pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam tadi untuk muncul naib juara kumpulan.

Selangor PM

Selesai enam perlawanan, PDRM teratas dengan 16 mata diikuti Selangor 10 mata, Sime Darby 6 mata dan T-Team 3 mata, sekali gus Selangor memperbaiki pencapaian musim lalu apabila mereka gagal ke suku akhir.

Di suku akhir nanti, Selangor akan bertemu juara Kumpulan A, Felda United yang dibimbing bekas jurulatih Selangor musim lalu, Irfan Bakti Abu Salim manakala PDRM berdepan naib juara Kumpulan A yang juga juara bertahan, Pahang.

Portal Persatuan Bola Sepak Selangor melaporkan pada perlawanan malam tadi, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic kembali mempertaruhkan Farizal Marlias di gawang selepas Hamsani Ahmad menggalas tugas itu ketika mereka seri 1-1 dengan PDRM di Paroi, Sabtu lalu.

Namun tonggak pertahanan, Shahrom Kalam tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan buku lali dan tempatnya digantikan Steve Pantelidis yang turun ke posisi pertahanan untuk Nazmi Faiz Mansor kembali bergandingan dengan S Veenod di posisi tengah.

Gol pertama Selangor terhasil pada minit ke-25 menerusi Rangel yang berjaya mengatasi pemain pertahanan T-Team untuk menanduk masuk bola sepakan penjuru Andik Vermansah.

Andik bagaimanapun gagal meneruskan permainan akibat kecederaan dan Durakovic membawa masuk Azmi Muslim pada minit ke-29.

S Kunanlan yang pada asalnya beraksi selaku bek kiri naik ke posisi sayap menggantikan tempat Andik manakala Azmi kembali mengisi posisi bek kiri itu.

Pada minit ke-37, Selangor memperolehi peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi Rangel yang berada dalam kotak penalti sekadar melepaskan rembatan kencang yang sedikit melewati gawang T-Team dikawal Wan Azraie Wan Teh.

Dua minit kemudian, Ahmad Hazwan Bakri melakukan lorongan bola cukup baik dari sebelah kiri, namun Rangel sedikit lewat untuk menyambar bola itu di depan gawang T-Team.

Pada masa kecederaan babak pertama, Kunanlan pula melakukan hantaran baik dari sebelah kiri tetapi Rangel yang berada di depan gol sekadar melakukan penyudah sedikit sipi.

Sebaik separuh masa kedua bermula, jurulatih T-Team, Anuar Abu Bakar melakukan pertukaran pertamanya dengan membawa masuk Ahmad Takhiyuddin Roslan menggantikan penyerang import dari Indonesia, Patrich Wanggai.

Selangor terus mendapat peluang menambah jaringan pada minit ke-64 tetapi Ahmad Hazwan yang berjaya melepasi kawalan pertahanan T-Team dan hanya berdepan Wan Azraie kecewa apabila melihat rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat itu.

T-Team berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-70, namun tandukan pemain import, Goran Subara selepas sepakan percuma berjaya ditepis dengan baik oleh Farizal.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat.

No comments:

Post a Comment