Search This Blog

Tuesday, April 28, 2015

Kejohanan Bola Sepak MSS Selangor 2015 (2) | mssdppbs - Bola Sepak Selangor Blog

Kejohanan <b>Bola Sepak</b> MSS <b>Selangor</b> 2015 (2) | mssdppbs - Bola Sepak Selangor Blog


Kejohanan <b>Bola Sepak</b> MSS <b>Selangor</b> 2015 (2) | mssdppbs

Posted: 20 Apr 2015 10:54 PM PDT

About bsmssdpp

PE School Teacher
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Presiden baharu FAS mampu bawa perubahan perkembangan <b>bola</b> <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2014 12:00 AM PST

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 DIS: Pemilihan Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang baharu diharap membawa perubahan kepada perkembangan bola sepak di Selangor.

Ketua Pasukan Selangor, Mohd Bunyamin Umar berkata, pelantikan itu pasti memberi kebaikan kepada FAS yang kini boleh memberi sepenuh tumpuan terhadap pembangunan bola sepak negeri.

Katanya, fokus terhadap persiapan Gergasi Merah bagi Liga Malaysia musim depan juga akan berjalan lancar.

FAS1"Memang kita tidak boleh mengharapkan perubahan dramatik tetapi diharapkan pelantikan itu mampu ke arah yang lebih baik selepas ini.

"Dengan kerjasama semua pihak sama ada di peringkat persatuan, pengurusan dan pasukan, saya yakin Selangor akan terus mampu memberikan cabaran bermakna dalam saingan Liga Malaysia sama seperti musim lalu," katanya kepada SelangorKini.

Bunyamin yang mengetuai Selangor untuk musim kedua berasa yakin dengan kemampuan pasukan walaupun kebanyakannya dibarisi pemain muda.
azmin
Beliau turut menyokong pelantikan Naib Presiden FAS, Datuk Subahan Kamal sebagai Pengurus Selangor kerana bekas Pengurus Harimau Malaya itu seorang berpengalaman luas dalam bola sepak negeri dan negara.

"Dalam bola sepak, kita kena buang sentimen politik. Sama seperti Tan Sri Annuar Musa untuk Kelantan, kita lihat pasukan The Red Warriors terus maju dan berjaya.

"Subahan sebagai anak jati Selangor, faham selok-belok bola sepak negeri dan mampu membimbing Selangor ke arah kejayaan," katanya.

-NFN-

Thursday, April 23, 2015

Tiket bola kena GST, Selangor elak penyokong terbeban - Bola Sepak Selangor Blog

Tiket <b>bola</b> kena GST, <b>Selangor</b> elak penyokong terbeban - Bola Sepak Selangor Blog


Tiket <b>bola</b> kena GST, <b>Selangor</b> elak penyokong terbeban

Posted: 24 Mar 2015 12:55 AM PDT

HARAKAHDAILY | 24 Mac 2015.

KUALA LUMPUR: Formula sedang dicari bagi mengelakkan penyokong bola sepak yang membeli tiket perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam dibebani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pengurus Pasukan Liga Super Selangor, Amirudin Shari berkata, ini berikutan tiket perlawanan bola sepak termasuk dalam senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST bermula 1 April nanti, lapor Selangor Kini.

"Kita sudah sedari perkara ini dari awal lagi maka kita sedang cari formula supaya peminat bola sepak Selangor tidak terbeban dengan pelaksanaan GST pada 1 April ini.

"Perkara ini belum dimuktamadkan tetapi kita sedaya upaya mengekalkan tiket pada harga sekarang dan kita serap GST sebagai kos yang perlu kita tanggung bukan peminat bola sepak," kata Amirudin ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Adun Batu Caves itu juga berharap langkah tersebut akan melegakan peminat sekaligus tidak membantutkan kerancakan sokongan peminat kepada pasukan Selangor.

GST akan dilaksanakan pada 1 April ini menyebabkan kos sara meningkat, antara perkhidmatan yang bakal dikenakan termasuk tiket perlawanan bola sepak.

wajah penyokong <b>bolasepak selangor</b> kena tangkap <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 22 Feb 2015 03:15 PM PST



KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog: Tiket bola kena GST, Selangor elak <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2015 11:10 AM PDT

Tiket <b>bola</b> kena GST, <b>Selangor</b> elak penyokong terbeban

Posted: 24 Mar 2015 12:55 AM PDT

HARAKAHDAILY | 24 Mac 2015.

KUALA LUMPUR: Formula sedang dicari bagi mengelakkan penyokong bola sepak yang membeli tiket perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam dibebani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pengurus Pasukan Liga Super Selangor, Amirudin Shari berkata, ini berikutan tiket perlawanan bola sepak termasuk dalam senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST bermula 1 April nanti, lapor Selangor Kini.

"Kita sudah sedari perkara ini dari awal lagi maka kita sedang cari formula supaya peminat bola sepak Selangor tidak terbeban dengan pelaksanaan GST pada 1 April ini.

"Perkara ini belum dimuktamadkan tetapi kita sedaya upaya mengekalkan tiket pada harga sekarang dan kita serap GST sebagai kos yang perlu kita tanggung bukan peminat bola sepak," kata Amirudin ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Adun Batu Caves itu juga berharap langkah tersebut akan melegakan peminat sekaligus tidak membantutkan kerancakan sokongan peminat kepada pasukan Selangor.

GST akan dilaksanakan pada 1 April ini menyebabkan kos sara meningkat, antara perkhidmatan yang bakal dikenakan termasuk tiket perlawanan bola sepak.

Amirudin pengurus baharu pasukan <b>bola sepak Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2015 04:00 AM PST

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 JAN: Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari sebulat suara dipilih Jawatankuasa Pasukan Negeri dan Pertandingan Antarabangsa Pasukan Bola Sepak Selangor (FAS) menyandang jawatan pengurus pasukan.

Dato' Menteri Besar yang juga Presiden FAS, Mohamed Azmin Ali berkata, gandingan pemimpin muda bersama tokoh berpengalaman dapat membantu Selangor menggenggam piala musim ini.

_MG_2894 copy"Kita juga mengambil langkah proaktif dan drastik termasuk penajaan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pihak swasta.

"Sehingga petang ini sambutan diterima daripada pihak yang berminat amat baik. Sebelum ini, bajet sekitar RM8 juta namun tahun ini pastinya lebih daripada itu," katanya.

Terdahulu, beliau menyertai majlis pertemuan bersama pemain pasukan Selangor serta pihak pengurusannya di Stadium Shah Alam, di sini, petang ini.

_MG_2714 copySelain Amirudin, bekas Presiden PKNS FC, Noor Hisham Mohd Ghouth dilantik sebagai timbalan pengurus pasukan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, pas bermusim akan diumumkan sebelum perlawanan 'home game' di Selangor, pada 21 Februari ini.

"Untuk itu, kita akan adakan pertemuan dan perbincangan bersama penyokong untuk menentukan beberapa perkara termasuk isu keselamatan tiket," katanya.

-NFN-

<b>Bola Sepak</b> Sarawak: Pemain Import Baru Liga Super 2015 <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2015 05:44 PM PDT

Musim Perpindahan Liga Super  April 2015 akan menyaksikan beberapa pasukan akan membuat perubahan dan pertukaran pemain import mereka.  Pasukan yang membuat pertukaran ini kebanyakan adalah disebabkan kecederaan pemain dan pengurusan hendak pemain yang boleh membantu kejayaan pasukan. Banyak Rumours pemain import baru perpindahan April 2015  yang kita dengar dan banyak juga yang betul dan telah disahkan oleh pasukan.

Terengganu FA

Kecederaan pemain import Terengganu FA sekarang iaitu Hassan Chaito telah memberi peluang kepada mereka mencari pemain baru. Terengganu FA tidak ketinggalan akan membuat pertukaran pemain mereka dengan memperkenalkan pemain yang bernama Jaime Braganca. Jaime Braganca adalah pemain import baharu Terengganu yang baru saja mendapat kerakyatan Timor Leste. Beliau seorang pemain tengah menyerang berasal dari Portugal. Beliau bakal mengisi kuota pemain import Asia Terengganu. 




Selangor FA



Pada bulan Februari 2015 espn.com telah menerbitkan satu artikel tentang pemain bernama Shane Smeltz. Walaupun artikel tersebut tidak menyatakan dengan jelas tetapi dari maklumat FB yang dikaitkan dengan Selangor kita nyatakan bahawa Shane Smeltz ada dalam radar Selangor. Selangor FA dikatakan juga berminat dengan pemain ultrasarawak.com juga ada menyiarkan artikel tentang Shane Smeltz.  Penjaring gol hebat dari New Zealand ini telah menjaringkan 80 gol sepanjang kerjayanya.  Pemain import baru Selangor yang kita baca dari satu lama web dari New Zealand.


Roumous dari FAS Selangor ingin membida Alexander Pato, beliau yang tersisih dari skuad Brazil.  Pato dikatakan sedang diperhatikan beberapa kelab dari China. Sekiranya Selangor FA boleh membawa pemain ini ke Selangor FA maka ini merupakan satu perkembangan baik kepada Liga Super Malaysia.  


Sarawak FA


Sarawak FA dikatakan akan menguji 5 pemain import untuk menganti pemain pertahanan Sarawak FA yang cedera iaitu Ronald Ronald Hikspoors.  Robert Albert menyatakan beliau hanya akan melayan pemain-pemain yang sudah ada surat pelepasan dari kelab mereka sebelum datang ke Sarawak.  Robert Albert mahu pemain yang boleh bermain ketika Sarawak FA bertemu dengan PDRM pada 4/3/2015 ini.  Masalah surat pelepasan selalu memberi kita masalah nak memasukan pemain terus dalam senarai pemain. Sehingga semalam hanya Bogdan Vasile Panait dari Romania  yang sudah berlatih bersama pasukan Sarawak FA.  Kita harap pemain yang akan diserap ke pasukan Sarawak FA pada pengambilan April 2015 ini adalah pemain yang terbaik untuk menjaga benteng Sarawak FA.  Robert Albert masih dikatakan berpuashati dengan ketiga-tiga pemain import Sarawak,  Ryan Griffiths, Ivan Fatic dan Billy Mehmet yang menunjukkan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi dalam membantu Sarawak FA kekal dalam Liga Super 2015.

TV <b>Selangor</b> - Pelancaran pasukan <b>bola sepak</b> <b>...</b> - Selangorkini

Posted: 29 Jan 2015 06:08 PM PST

<b>Selangor</b> bukan pasukan berstatus bintang tetapi mencipta bintang <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2015 08:30 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 MAC: Penyokong Selangor layak berbangga dengan pencapaian sukan bola sepak negeri itu walaupun pasukan Liga Super 2015 Selangor tidak dibarisi deretan pemain berstatus bintang seperti mana sesetengah pasukan lain.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ini kerana Selangor kekal mencipta paling ramai pemain bertaraf bintang sekaligus penyumbang terbesar kepada pasukan kebangsaan.

Red Giants3"Ini patutnya menjadi kebanggaan apabila Selangor lahirkan ramai pemain bintang yang ramai dan juga pemain kebangsaan seperti Safee Sali, Amri Yahya, Syafiq Rahim, Ashraf dan ramai lagi.

"Pemain ini lahir dari benih Selangor, dari pembangunan bola sepak Negeri Selangor.

"Saya rasa ini imej dan watak bola sepak Negeri Selangor yang tak boleh dipadamkan dan tradisi ini kita akan kekalkan, lahirkan pemain baik dan pasukan bola sepak yang baik," kata Amirudin ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Selangor bertanggungjawab mencipta ramai bintang lagenda bola sepak seperti Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, mendiang Datuk R.Arumugam, Datuk M.chandran, mendiang Datuk Wong Choon Wah, Datuk Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan dan ramai lagi.

Nama-nama besar lain yang juga dilahirkan pasukan yang terkenal dengan jolokan Gergasi Merah Kuning itu , Azman Adnan, Shahril Arshat dan lain-lain.

Pengulas sukan terkenal, Allahyarham Datuk Hasbullah Awang ketika diwawancara Selangor Kini kira-kira tiga minggu sebelum beliau meninggal dunia berkata, hampir separuh pemain kebangsaan di era kegemilangan bola sepak negara merupakan pemain Selangor.

Selangor juga berjaya meraih kejuaraan Piala Malaysia sebanyak 32 kali; Piala FA, lima kali; juara Divisyen 1 dan Liga Super, tujuh kali; Juara Divisyen 2/Perdana, dua kali dan Piala Sumbangsih, lapan kali.

EZY