Tiket <b>bola</b> kena GST, <b>Selangor</b> elak penyokong terbeban - Bola Sepak Selangor Blog |
Tiket <b>bola</b> kena GST, <b>Selangor</b> elak penyokong terbeban Posted: 24 Mar 2015 12:55 AM PDT HARAKAHDAILY | 24 Mac 2015. KUALA LUMPUR: Formula sedang dicari bagi mengelakkan penyokong bola sepak yang membeli tiket perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam dibebani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Pengurus Pasukan Liga Super Selangor, Amirudin Shari berkata, ini berikutan tiket perlawanan bola sepak termasuk dalam senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST bermula 1 April nanti, lapor Selangor Kini. "Kita sudah sedari perkara ini dari awal lagi maka kita sedang cari formula supaya peminat bola sepak Selangor tidak terbeban dengan pelaksanaan GST pada 1 April ini. "Perkara ini belum dimuktamadkan tetapi kita sedaya upaya mengekalkan tiket pada harga sekarang dan kita serap GST sebagai kos yang perlu kita tanggung bukan peminat bola sepak," kata Amirudin ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini. Adun Batu Caves itu juga berharap langkah tersebut akan melegakan peminat sekaligus tidak membantutkan kerancakan sokongan peminat kepada pasukan Selangor. GST akan dilaksanakan pada 1 April ini menyebabkan kos sara meningkat, antara perkhidmatan yang bakal dikenakan termasuk tiket perlawanan bola sepak. ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment