Search This Blog

Friday, October 30, 2015

TV Selangor - Halatuju Bola Sepak Malaysia: Apa Kata Mereka ... - Bola Sepak Selangor Blog

TV <b>Selangor</b> - Halatuju <b>Bola Sepak</b> Malaysia: Apa Kata Mereka <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


TV <b>Selangor</b> - Halatuju <b>Bola Sepak</b> Malaysia: Apa Kata Mereka <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2015 10:05 AM PDT

Lensa Anak Muda Malaysia menghimpunkan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia B Sathianathan, Editor sukan Rizal Hashim, bekas pemain kebangsaan Asmawi Bakiri dan jurucakap Ultras Malaya Rambo membincangkan halatuju bola sepak negara.

Panas!

Wednesday, October 28, 2015

Lirik Lagu Merah Kuning - Lagu Bola Sepak Selangor | Lirik - Bola Sepak Selangor Blog

Lirik Lagu Merah Kuning - Lagu <b>Bola Sepak Selangor</b> | Lirik - Bola Sepak Selangor Blog


Lirik Lagu Merah Kuning - Lagu <b>Bola Sepak Selangor</b> | Lirik

Posted: 31 Aug 2009 11:59 PM PDT


Lirik Lagu Merah Kuning - Lagu Bola Sepak Selangor

Merah kuning lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
Gemuruh sorakan menggegarkan
Cabaran disambut dengan kesungguhan

Kecemerlangan, kecemerlangan
Kecemerlangan jadi kenyataan

Merah kuning keberanian
Menempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan

Merah kuning keberanian
Menempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan

Selangor Darul Ehsan Selangor....Darul Ehsan

Lirik Lagu Merah Kuning - Lagu Bola Sepak Selangor @ Lirikami

Tuesday, October 27, 2015

Aksi Piala Sultan Selangor malam ini dibatalkan | Sukan | Berita ... - Bola Sepak Selangor Blog

Aksi Piala Sultan <b>Selangor</b> malam ini dibatalkan | Sukan | Berita <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Aksi Piala Sultan <b>Selangor</b> malam ini dibatalkan | Sukan | Berita <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2015 06:17 PM PDT

SHAH ALAM: Perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam di sini malam ini, dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk, kata Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Tan Sri Abd Karim Munisar.

Beliau berkata, pembatalan itu dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Shah Alam sehingga pukul 5 petang ini mencatatkan 135 iaitu di tahap tidak sihat.

"Baginda menitahkan Piala Sultan Selangor 2015 dibatalkan kerana baginda mengambil kira faktor kesihatan pemain, pengunjung serta seluruh rakyat di negeri ini.

"Tuanku Sultan sentiasa memantau perkembangan keadaan jerebu dan rakyat di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, pengumuman mengenai bayaran balik tiket perlawanan akan dibuat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Abd Karim berkata perlawanan Piala Sultan Selangor tidak akan diadakan tahun ini, malah akan diadakan tahun depan dengan lokasi penganjuran akan kekal di Stadium Shah Alam.

Piala Sultan Selangor yang bermula pada tahun 2001, dijadualkan pada pukul 9 malam ini, membabitkan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura. Turut diadakan perlawanan antara pasukan Veteran Selangor dan Veteran Singapura di gelanggang sama sejam sebelum itu.

Sebagai rekod, Pilihan Selangor telah menjuarai piala itu sebanyak tujuh kali iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013 dan 2104 manakala Pilihan Singapura lima kali pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011. Pada edisi 2004, kedua-dua pasukan diisytiharkan sebagai juara bersama selepas seri 2-1 di Stadium Nasional Singapura. - BERNAMA

P.B.M.S. vs. PROTON (Persahabatan) | Persatuan <b>Bolasepak</b> <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2015 06:09 PM PDT

Perlawanan persahabatan antara Persatuan Bolasepak Melayu Selangor dengan PROTON pada 10 Oktober 2015 di Padang Bolasepak PROTON, Seksyen 26 Shah Alam, berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

FB_IMG_1444955030137

FB_IMG_1444955026911

FB_IMG_1444955023512

FB_IMG_1444955020018

FB_IMG_1444955017019

FB_IMG_1444955011717

FB_IMG_1444955008680

FB_IMG_1444955005814

FB_IMG_1444955003000

FB_IMG_1444954999728

FB_IMG_1444954996680

FB_IMG_1444954993598

FB_IMG_1444954990396

FB_IMG_1444954987151

FB_IMG_1444954983288

FB_IMG_1444954979056

Saturday, October 24, 2015

TV Selangor - Selangor kenalpasti 40 bakat bolasepak di Piala Dato ... - Bola Sepak Selangor Blog

TV <b>Selangor</b> - <b>Selangor</b> kenalpasti 40 bakat <b>bolasepak</b> di Piala Dato <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


TV <b>Selangor</b> - <b>Selangor</b> kenalpasti 40 bakat <b>bolasepak</b> di Piala Dato <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2015 02:40 AM PDT

Tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang kerana berjaya menghadapi cabaran dari semua sekolah-sekolah menengah negeri Selangor yang telah menyertai kejohanan ini.

<b>Selangor</b> tubuh akademik <b>bola</b>, cipta pemain berkualiti | Selangorkini

Posted: 10 Oct 2015 11:00 PM PDT

Oleh : AFIX REDZUAN

KELANA JAYA, 11 OKT: Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berharap satu akademi bola sepak Selangor dapat ditubuhkan menjelang tahun hadapan.

Katanya, penubuhan akademi itu bertujuan membangunkan bakat baru bola sepak untuk beraksi bersama pasukan Selangor dan negara.

Sehingga kini, modul dan struktur pembangunan akademi sudah dikenalpasti dan melibatkan kerjasama semua pihak termasuk agensi sukan negeri.

yb amir -markshot 6"Kita sedang meniliti modul dan struktur terbaik dengan kerjasama semua anak syarikat (GLC) Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) untuk membentuk akademi sukan yang lebih tersusun.

"Ada banyak pertandingan yang saya hubungkan dengan Jabatan Pendidikan dan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini di Kejohanan Bola Sepak Piala Dato Mokhtar Dahari kali ke 2 di Kompleks Sukan PKNS SS7, di sini hari ini.

BOLA MOHTARJelasnya, kejohanan bola sepak seperti Piala Dato' Mokhtar Dahari merupakan platform terbaik untuk memilih pemain terbaik untuk diserapkan dalam akademi bola sepak itu.

Seramai 30 pemain sudah dikenalpasti untuk dibangunkan FAS bagi mewakili pasukan bola sepak negeri.

"Pertandingan sebegini menjadi sumber untuk kita mendapatkan pelatih dan kita akan membuat program pembangunan sekitar umur 16 tahun keatas," katanya.

-NR-

Sultan <b>Selangor</b> nasihat elak kekecohan dalam <b>bola sepak</b>

Posted: 11 Feb 2014 12:27 AM PST

Sultan Selangor nasihat elak kekecohan dalam bola sepak

Oleh SM AMIN

11 FEB: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai, pemain dan penyokong pasukan bola sepak Selangor supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Baginda meminta penyokong menghormati pasukan lawan yang bertandang ke Selangor kerana membuat kekecohan dan rusuhan bukanlah budaya masyarakat di negeri ini.

Baginda bertitah demikian kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim pada Isnin untuk disampaikan kepada kepada pegawai, pemain dan penyokong pasukan Selangor.

"Tuanku Sultan Selangor menitahkan kepada semua pemain Selangor, pegawai pasukan serta penyokong Selangor agar jangan sesekali cuba cuba untuk membuat kekecohan atau rusuhan yang berkaitan dengan bola sepak.

selangorplayer"Baginda meminta supaya kita sebagai tuan rumah sentiasa menghormati tetamu iaitu pemain dan penyokong pasukan dari negeri lain yang datang ke stadium kita.

"Menurut baginda lagi, semua itu bukan budaya kita dan baginda sangat berharap pemain, pegawai pasukan serta penyokong Selangor sentiasa menjaga tahap disiplin supaya tidak berlaku sebarang kekecohan sebelum atau selepas perlawanan," kata Rosman seperti dilapor fasselangor.my.

Titah baginda dipercayai sebagai respon kepada beberapa insiden kekecohan yang melanda arena bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini.

Dalam kejadian awal Februari lalu, perlawanan diantara pasukan Johor Darul Tazim (JDT) menentang T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin dihenti apabila pasukan lawan enggan meneruskan perlawanan.

Ianya disebabkan berlakunya pergaduhan diterowong menuju biik persalinan pemain diantara jurulatih kecergasan T-Team dengan pengendali pasukan JDT, Cesar Fernando Jimenez yang mendapat campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan selepas tamat separuh masa pertama.

Jumaat lalu, keadaan di luar Stadium Darul Makmur tegang kira-kira setengah jam apabila berlaku provokasi antara penyokong Pahang dan JDT sebaik perlawanan Liga Malaysia tamat.

Dalam kejadian tersebut, seorang penyokong cedera berdarah dikepala dipercayai terkena balingan objek keras.

Menurut Rosman, baginda juga meminta supaya pegawai dan pemain tidak terlalu emosi di atas padang dan penyokong juga harus menerima sebarang keputusan perlawanan.

"Apa keputusan perlawanan kita kena terima kerana itulah bola sepak," ujar Rosman.

Selangor yang kini menghuni tangga teratas Liga Super dengan sembilan mata akan bertemu dengan JDT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu ini. -bnbbc.my

Berita Bertarikh Pada 4:27 PM

TV <b>Selangor</b> - Halatuju <b>Bola Sepak</b> Malaysia: Apa Kata Mereka <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2015 10:05 AM PDT

Lensa Anak Muda Malaysia menghimpunkan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia B Sathianathan, Editor sukan Rizal Hashim, bekas pemain kebangsaan Asmawi Bakiri dan jurucakap Ultras Malaya Rambo membincangkan halatuju bola sepak negara.

Panas!