Search This Blog

Tuesday, October 27, 2015

Aksi Piala Sultan Selangor malam ini dibatalkan | Sukan | Berita ... - Bola Sepak Selangor Blog

Aksi Piala Sultan <b>Selangor</b> malam ini dibatalkan | Sukan | Berita <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Aksi Piala Sultan <b>Selangor</b> malam ini dibatalkan | Sukan | Berita <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2015 06:17 PM PDT

SHAH ALAM: Perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam di sini malam ini, dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk, kata Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Tan Sri Abd Karim Munisar.

Beliau berkata, pembatalan itu dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Shah Alam sehingga pukul 5 petang ini mencatatkan 135 iaitu di tahap tidak sihat.

"Baginda menitahkan Piala Sultan Selangor 2015 dibatalkan kerana baginda mengambil kira faktor kesihatan pemain, pengunjung serta seluruh rakyat di negeri ini.

"Tuanku Sultan sentiasa memantau perkembangan keadaan jerebu dan rakyat di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, pengumuman mengenai bayaran balik tiket perlawanan akan dibuat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Abd Karim berkata perlawanan Piala Sultan Selangor tidak akan diadakan tahun ini, malah akan diadakan tahun depan dengan lokasi penganjuran akan kekal di Stadium Shah Alam.

Piala Sultan Selangor yang bermula pada tahun 2001, dijadualkan pada pukul 9 malam ini, membabitkan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura. Turut diadakan perlawanan antara pasukan Veteran Selangor dan Veteran Singapura di gelanggang sama sejam sebelum itu.

Sebagai rekod, Pilihan Selangor telah menjuarai piala itu sebanyak tujuh kali iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013 dan 2104 manakala Pilihan Singapura lima kali pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011. Pada edisi 2004, kedua-dua pasukan diisytiharkan sebagai juara bersama selepas seri 2-1 di Stadium Nasional Singapura. - BERNAMA

P.B.M.S. vs. PROTON (Persahabatan) | Persatuan <b>Bolasepak</b> <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2015 06:09 PM PDT

Perlawanan persahabatan antara Persatuan Bolasepak Melayu Selangor dengan PROTON pada 10 Oktober 2015 di Padang Bolasepak PROTON, Seksyen 26 Shah Alam, berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

FB_IMG_1444955030137

FB_IMG_1444955026911

FB_IMG_1444955023512

FB_IMG_1444955020018

FB_IMG_1444955017019

FB_IMG_1444955011717

FB_IMG_1444955008680

FB_IMG_1444955005814

FB_IMG_1444955003000

FB_IMG_1444954999728

FB_IMG_1444954996680

FB_IMG_1444954993598

FB_IMG_1444954990396

FB_IMG_1444954987151

FB_IMG_1444954983288

FB_IMG_1444954979056

No comments:

Post a Comment