Search This Blog

Tuesday, December 15, 2015

Tahniah Red Giants, Selangor cuti Isnin | Selangorkini - Bola Sepak Selangor Blog

Tahniah Red Giants, <b>Selangor</b> cuti Isnin | Selangorkini - Bola Sepak Selangor Blog


Tahniah Red Giants, <b>Selangor</b> cuti Isnin | Selangorkini

Posted: 12 Dec 2015 08:41 AM PST

Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bolasepak Selangor kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia setelah kemarau selama 10 tahun. Misi pasukan bola sepak Selangor untuk memenangi Piala Malaysia bagi kali ke-33 akhirnya menjadi kenyataan.

Kedua-dua pasukan, Selangor dan Kedah telah mempamerkan permainan yang bermutu tinggi walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Kerajaan Negeri menghargai sokongan para penyokong pasukan Gergasi Merah dan Helang Merah yang telah membanjiri Stadium Shah Alam dengan penuh semangat kesukanan.

DYMM Sultan Selangor telah berkenan setelah saya mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk mengumumkan cuti peristiwa bagi Negeri Selangor pada hari Isnin, 14 Disember 2015.

Cuti umum ini juga bertujuan menzahirkan penghargaan Kerajaan Negeri kepada para penyokong pasukan Gergasi Merah dan seluruh rakyat Selangor yang telah mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Negeri Selangor.

DATO' SERI MOHAMED AZMIN ALI

Harga tiket final Piala Malaysia 2015 Kedah vs <b>Selangor</b>

Posted: 09 Dec 2015 12:00 AM PST

04:28 Redaksi Admin

Tiket Final Piala Malaysia 2015

Perlawanan akhir (final) TM Piala Malaysia 2015 yang melibatkan pasukan Kedah menentang Selangor akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu 12 Disember 2015 bermula jam 9 malam

Pasukan Kedah dan Selangor mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 selepas berjaya menyingkirkan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua

Kedah menewaskan Felda United menerusi agregat 4-3 manakala Selangor mencipta kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan, Pahang dengan agregat 2-0

INFO HARGA TIKET FINAL TM PIALA MALAYSIA 2015 KEDAH VS SELANGOR

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan jumlah keseluruhan peruntukkan tiket adalah sebanyak 72,000 dengan menyaksikan pembahagian sebanyak 30,000 tiket (dewasa) kepada penyokong pasukan Kedah dan Selangor

Sementara peruntukkan sebanyak 1,000 tiket untuk kanak-kanak kepada kedua-dua pasukan

Manakala baki tiket perlawanan akhir itu sebanyak 10,000 lagi akan dijual secara atas talian (online) menerusi laman web www.tickethotline.com.my

Penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia akan dilaksanakan oleh Persatuan Bola Sepak kedua-dua pasukan yang akan dijual di Stadium negeri masing-masing

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan harga dan tarikh bermula pembelian tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 di antara pasukan Kedah lawan Selangor, boleh rujuk kepada ruangan yang disertakan seperti berikut

Info Harga Tiket Final TM Piala Malaysia 2015 Butiran
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 Logo Selangor FAvsLogo Kedah FA
Tarikh Dan Masa 12.12.2015, jam 9 malam
Venue Stadium Shah Alam
Jumlah Pembahagian Tiket Setiap Pasukan 30,000 (dewasa) 1,000 (kanak-kanak)
Harga Tiket Dewasa RM40
Harga Tiket Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun RM5
Tarikh Penjualan Tiket Di Kaunter Stadium Negeri Masing-Masing Mulai 10.12.2015, Khamis bermula jam 10 pagi
Tarikh Penjualan Tiket Secara Online Dan Penebusan Tiket
  • Mulai 9.12.2015, Rabu
  • KlikTunjukwww.tickethotline.com.my
  • Penebusan tiket yang dibeli secara online boleh dibuat di VIP Lobby Stadium Malawati, Shah Alam pada hari Khamis, 10 Disember sehingga hari perlawanan
  • Khamis & Jumaat: 10.00 pagi â€" 6.00 petang
  • Sabtu: 10.00 pagi â€" 8.30 malam
Pintu Masuk Stadium Dibuka Pada Hari Perlawanan Seawal jam 4 petang
Nota
Tiada tiket yang akan dijual pada hari perlawanan di Stadium Shah Alam
Tiket yang diperuntukkan akan dijual oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing
Penyokong Kedah perlu memasuki stadium menerusi pintu A dan B manakala penyokong Selangor di pintu C dan D
Pautan Info
TunjukSiaran Langsung Kedah Vs Selangor Final Piala Malaysia 12 Disember 2015
TunjukKeputusan Dan Juara Piala Malaysia 2015 Selangor Atau Kedah

No comments:

Post a Comment