Pengurusan JDT sedia jakuzi, pemain <b>Selangor</b> basuh but sendiri <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
Pengurusan JDT sedia jakuzi, pemain <b>Selangor</b> basuh but sendiri <b>...</b> Posted: 03 Dec 2014 06:30 PM PST Oleh: LIZAWATI MADFA SHAH ALAM, 4 DIS: Peruntukan tambahan RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ekoran kegagalan menguruskan kontrak pemain dilihat sebagai sesuatu yang memalukan. Kebanyakan peminat dan penyokong bola sepak Selangor beranggapan perkara itu tidak harus timbul terutama liga baru belum bermula.
"Rakyat juga mahu tahu adakah bantuan diberikan selepas laporan audit dilakukan terhadap pengurusan FAS. Tidak pernah terjadi timbul masalah gaji bagi liga lepas sebelum liga baru bermula, ini memang memalukan," katanya. KS Teoh pula berkata, pengurusan bola tidak harus diletakkan di bawah Kerajaan Negeri dan perlu diswastakan.
"Kalau tiada kelemahan pengurusan, RM2 juta ini dapat digunakan untuk manfaat rakyat bagi program lain," katanya kepada Selangor Kini. Kelmarin, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari mendedahkan Kerajaan Negeri terpaksa memperuntukkan RM2 juta ekoran kegagalan pihak pengurusan mengendalikan kelulusan kontrak pemain mengikut prosedur. Mengulas lanjut tindakan itu, Izuan Kasim 23, berkata tindakan itu bersifat jangka pendek dan tidak mampu menyelesaikan masalah tunjang FAS.
"Pemain Selangor pula terpaksa basuh but latihan sendiri, bandingkan saja dengan pemain JDT yang disediakn jakuzi," katanya. -NFN- ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |