<b>Selangor</b> sedia jalan khas iktiraf Datuk Mokhtar Dahari | Selangorkini - Bola Sepak Selangor Blog |
<b>Selangor</b> sedia jalan khas iktiraf Datuk Mokhtar Dahari | Selangorkini Posted: 14 Nov 2014 10:00 PM PST Oleh: HAFIZAN TAIB SABAK BERNAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri merancang pelbagai program bagi memperingati dan memberi pengiktirafan kepada lagenda bola sepak Selangor dan Malaysia, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata sesungguhnya Mokhtar adalah lagenda dan ikon sukan khususnya bola sepak yang menjadi pujaan rakyat dan negara. Katanya, Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai perancangan untuk dijayakan bagi mengenang jasa bakti Mokhtar serta boleh menjadi tatapan generasi masa kini.
"Antara perancangan kita adalah akan menyediakan satu jalan atas nama Datuk Mokhtar Dahari berhampiran Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sudah disiapkan. "Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) juga baru melancarkan kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari yang menjadi program tahunan bagi mengisi kalendar bola sepak Selangor," katanya kepada Selangor Kini, semalam. Katanya, ia adalah langkah awal dilakukan Kerajaan Negeri bagi mengiktiraf dan mengekalkan Mokhtar selaku ikon bola sepak dan sukan di Selangor.
Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari bermula 10 hingga 22 November ini bagi pasukan bawah 17 tahun bertujuan mencungkil bakat baru. Pada 13 November lalu, Google Malaysia memaparkan seni lakaran atau 'doodle' Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sempena ulang tahun kelahiran ke-61. -NFN- ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment