Search This Blog

Wednesday, December 10, 2014

BOLA SEPAK SELANGOR JADI MANGSA PERMAINAN POLITIK ... - Bola Sepak Selangor Blog

<b>BOLA SEPAK SELANGOR</b> JADI MANGSA PERMAINAN POLITIK <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


<b>BOLA SEPAK SELANGOR</b> JADI MANGSA PERMAINAN POLITIK <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2014 09:05 PM PST

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mempunyai masalah pengurusan pembayaran gaji kepada skuad The Red Giant. Perkara ini berlaku kerana kemelut Menteri Besar Negeri itu pada 2 bulan lalu. Malahan FAS turut terkena tempias mengenai kemelut ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Amirudin Shari berkata, sebagai kerajaan mereka harus membayar dan membantu menanggung kos pemain misalnya membayar gaji mereka. Kebanyakan pemain bola sepak sekarang telah menceburi sukan ini secara sepenuh masa. Jika gaji mereka semua tidak dibayar bagaimana mereka mahu membayar keperluan harian dan prestasi mereka juga turut akan terjejas.

"Sebagai kerajaan bertanggungjawab kita terpaksa membayar dan membantu menanggung kos pemain, bukan menanggung kesilapan (pengurusan) yang mereka lakukan," kata Amirudin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau mengulas dengan mengatakan, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM7.5 juta bagi sektor sukan manakala sebahagiannya digunakan bagi menyelesaikan masalah FAS.

Penyerang import Red Giant, Paulo Ranger telah mendakwa bahawa gajinya masih tidak dibayar sejak dia menandatangani kontrak baharu dengan FAS 4 bulan yang lepas. Bagaimanapun perkara ini dinafikan oleh Timbalan Presiden FAS Datuk Abdul Mokhtar Ahmad dengan menyatakan penyerang itu sudah pun menerima bayaran melebihi RM1 juta tidak termasuk bonus dari awal musim hingga kini.

Mengapa FAS tidak melunaskan bonus pemain tersebut seperti yang telah termeterai dalam kontrak pemain? Pemain pasti akan memberontak jika gajinya dibayar tetapi tidak menerima bonus seperti yang telah dijanjikan dalam kontrak.

Justeru itu, kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan yang lebih efisyen supaya FAS dapat melunaskan gaji serta bonus kepada pemain walaupun kerajaan negeri mengalami masalah dalaman politik. Jika perkara ini dibiar oleh kerajaan negeri, ini akan menunjukkan imej buruk bola sepak negeri Selangor di hati rakyat yang setia bersama skuad merah kuning ini.-Alip Danial/Utaranews.com-

No comments:

Post a Comment