Search This Blog

Tuesday, December 16, 2014

Pengurusan JDT sedia jakuzi, pemain Selangor basuh but sendiri ... - Bola Sepak Selangor Blog

Pengurusan JDT sedia jakuzi, pemain <b>Selangor</b> basuh but sendiri <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Pengurusan JDT sedia jakuzi, pemain <b>Selangor</b> basuh but sendiri <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2014 06:30 PM PST

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 DIS: Peruntukan tambahan RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ekoran kegagalan menguruskan kontrak pemain dilihat sebagai sesuatu yang memalukan.

Kebanyakan peminat dan penyokong bola sepak Selangor beranggapan perkara itu tidak harus timbul terutama liga baru belum bermula.

khairul azwan anuar33-interviewKhairul Azwan Anuar, 33, berkata laporan kewangan FAS harus dibentang dan diteliti setiap kali berakhirnya liga bagi mengelak masalah pengurusan kewangan.

"Rakyat juga mahu tahu adakah bantuan diberikan selepas laporan audit dilakukan terhadap pengurusan FAS. Tidak pernah terjadi timbul masalah gaji bagi liga lepas sebelum liga baru bermula, ini memang memalukan," katanya.

KS Teoh pula berkata, pengurusan bola tidak harus diletakkan di bawah Kerajaan Negeri dan perlu diswastakan.

ks teoh40-interview"Jangan main bagi RM2 juta, main bola jangan sampai libatkan duit rakyat, siasat dulu dan kenakan tindakan kepada yang bertanggungjawab.

"Kalau tiada kelemahan pengurusan, RM2 juta ini dapat digunakan untuk manfaat rakyat bagi program lain," katanya kepada Selangor Kini.

Kelmarin, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari mendedahkan Kerajaan Negeri terpaksa memperuntukkan RM2 juta ekoran kegagalan pihak pengurusan mengendalikan kelulusan kontrak pemain mengikut prosedur.

Mengulas lanjut tindakan itu, Izuan Kasim 23, berkata tindakan itu bersifat jangka pendek dan tidak mampu menyelesaikan masalah tunjang FAS.

izuan kasim23-interview"Sampai bila Kerajaan Negeri terpaksa tolong selesaikan kelemahan FAS. Kalau bola sepak Selangor mahu maju, pengurusan harus diperkemas dan dimantapkan dengan kebajikan pemain turut menjadi keutamaan seperti diamalkan kelab luar seperti Gamba Osaka, Jepun.

"Pemain Selangor pula terpaksa basuh but latihan sendiri, bandingkan saja dengan pemain JDT yang disediakn jakuzi," katanya.

-NFN-

No comments:

Post a Comment