VIDEO Marah pemain di padang latihan, Kesal sikap Ultras <b>Selangor</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
VIDEO Marah pemain di padang latihan, Kesal sikap Ultras <b>Selangor</b> Posted: 09 Oct 2014 06:31 PM PDT ![]() PEMAIN Selangor, Bunyamin Omar (kiri) menenangkan seorang penyokong Ultras. Shah Alam: Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) membidas tindakan sebilangan penyokong Ultras Selangor yang disifatkan kurang bijak hingga mampu menggugat moral dan tumpuan pemain menjelang aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia, hari ini. Menurut Naib Presiden SSFC Noor Azman Abbas, pihaknya tetap akan memberi sokongan penuh tanpa berbelah bagi biarpun mengakui nasib skuad kendalian Mehmet Durakovic ibarat telur di hujung tanduk yang memerlukan keajaiban untuk bangkit kembali memadam defisit empat gol yang dimiliki pasukan FELDA United. "Apa yang berlaku semalam (kelmarin) memang mengecewakan kami. Insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku ketika pasukan Selangor sedang sibuk melakukan persiapan terakhir sebelum turun bertemu FELDA. "Kami kesal dan kecewa dengan tindakan Ultras Selangor itu. Mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan bukannya datang mengganggu latihan pasukan. "Mereka kena sedar, pemain itu juga manusia biasa seperti kita, mungkin ada masalah tertentu yang kita tidak tahu hingga prestasi mereka merudum malam itu. Dalam kejadian sebelum itu, tanpa dapat menahan lagi perasaan marah, sekumpulan penyokong bola sepak Selangor menyerbu masuk padang latihan, semalam dan menuntut penjelasan daripada pemain negeri di atas persembahan mereka yang amat mengecewakan. Perdebatan menjadi panas apabila seorang penyokong beremosi dan meninggikan suara tapi tanpa niat mahu mencederakan sesiapa, cuma kerana mereka sayangkan pasukan Selangor. "Kami datang ke stadium bukan nak tengok kau orang…bukan kau, bukan nak tengok kau Rangel (not you Rangel) …. tapi nak tengok Selangor. "Esok ada game bawah 12 tahun…kami akan pergi kerana nak tengok Selangor," katanya yang mengetuai kumpulan penyokong Merah Kuning masuk ke Padang SUK di Shah Alam, semalam. Kemarahan memuncak penyokong ada kaitan dengan kekalahan 0-4 Selangor kepada FELDA United FC dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu. Apa pun, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam sesi itu, cuma penyokong meluahkan perasaan dan meminta penjelasan sebenar apa yang berlaku dalam pasukan. Dalam kepanasan itu, pemain Selangor, termasuk kapten pasukan Bunyamin Umar turut bersuara meluahkan pandangan mereka dan ia didengar penyokong tanpa banyak bantahan, cuma mereka nampak lebih 'mendominasi perdebatan' itu. Selangor pasti tertekan untuk mengubah nasib mereka apabila menentang FELDA United dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Temerloh, esok. Like FACEBOOK untuk highlights terkini ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment