Search This Blog

Monday, October 27, 2014

Bola Sepak Selangor Blog: Betah Di Malaysia, Andik Perpanjang ... - Bola Sepak Selangor Blog

<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog: Betah Di Malaysia, Andik Perpanjang <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog: Betah Di Malaysia, Andik Perpanjang <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2014 11:49 AM PDT

PEMAIN Selangor, Paulo Rangel (depan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan pertama ketika menentang Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 3-0. - BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Selangor belum mahu menyerah kalah dalam persaingan liga apabila terus menekan pendahulu Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim selepas membelasah Sarawak 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Skuad Red Giants bimbingan Mehmet Durakovic kini merapatkan jurang kedudukan kepada satu mata hasil dua jaringan penye­rang dari Brazil yang kembali beraksi daripada penggantungan, Paolo Rangel pada minit ke-42 dan 61 serta Ahmad Hazwan Bakri, 65.


Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Pahang mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga setelah membenam PKNS 2-1 sekali gus mengumpul 37 mata.

Tiga mata buat Tok Gajah diperoleh menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh Azidan Sarudin dan tandukan Saiful Nizam Miswan pada minit ke-46 dan 52.

Tuan rumah berjaya merapatkan jurang gol hasil rembatan deras pemain import pelawat, Karlo Primorac, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Sime Darby pula mensia-siakan peluang melonjak ke tangga kelima setelah sekadar mengikat T-Team 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain veterannya, Fadzli Saari menyelamatkan tuan rumah dengan gol minit ke-22 setelah dikejutkan jaringan pemain import pelawat, Patrich Wanggai pada minit kelapan.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, Perak terus gigih untuk keluar dari zon penyingkiran dengan mengejutkan Lions XII 2-0 menerusi jaringan Abdulafees Abdulsalam dan Milan Purovic pada minit ke-17 dan 65.

Sunday, October 26, 2014

PIALA SULTAN SELANGOR EKSKLUSIF HANYA DI TV3 | Dunia ... - Bola Sepak Selangor Blog

PIALA SULTAN <b>SELANGOR</b> EKSKLUSIF HANYA DI TV3 | Dunia <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


PIALA SULTAN <b>SELANGOR</b> EKSKLUSIF HANYA DI TV3 | Dunia <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2014 02:11 AM PDT

Piala Sultan Selangor Logo_Website

Peminat fanatik bola sepak negara bakal teruja apabila pertandingan bola sepak Piala Sultan Selangor kembali untuk kali ke-13 pada 27 September 2014 ini. Perlawanan yang bakal sengit antara Selangor dan musuh tradisinya iaitu Singapura, dan akan disiarkan selcara langsung menerusi stesen Nombor Satu Malaysia, TV3, pada jam 9.00 malam.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, "Ini bukan kali pertama TV3 diberi kepercayaan untuk menjadi penyiar rasmi Piala Sultan Selangor di mana pastinya pertembungan bersejarah antara pasukan Selangor dengan musuh tradisi, Singapura bakal menyajikan aksi-aksi yang menarik. Berita baik juga kepada peminat bola sepak tempatan, anda boleh menonton di saluran percuma bukan sahaja pada tahun ini malah TV3 akan kekal sebagai penyiar rasmi perlawanan tahunan berprestij ini untuk tahun 2015 juga. Seraya dengan itu, TV3 akan terus berusaha menyajikan lebih banyak lagi program sukan di masa akan datang. Justeru, jangan lupa dapatkan maklumat terkini mengenai program sukan baru yang bakal disiarkan di laman sesawang rasmi TV3."

Berhadapan dengan Pilihan Singapura pada edisi kali ini, Selangor bakal tampil dengan wajah baharu apabila hampir keseluruhan pemain mereka pertama kali beraksi dalam Piala Sultan Selangor. Lebih menarik, penyerang paling berbisa Liga Super Malaysia iaitu Paulo Rangel yang dibantu oleh pemain sayap dari Surabaya, Indonesia, Andik Vermansah akan berusaha untuk merobek gawang Singapura. Rekod 26 gol dari 25 perlawanan Paulo Rangel pastinya akan membuatkan pertahanan Sang Singa tidak boleh memandang enteng terhadap cabaran anak buah Dato' Karim Munisar.

Pasukan Selangor ini akan diketuai oleh Mohd Bunyamin Umar. Diteguhkan lagi oleh pemain senior S. Kunalan di barisan tengah dan Mohamad Azmi Muslim di barisan pertahanan pasukan itu. Piala Sultan Selangor ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia TV3, terutamanya peminat tegar pasukan bola tanah air.

Jangan lupa saksikan perlawanan Selangor menentang Singapura dalam Piala Sultan Selangor secara langsung di TV3 pada 27 September 2014 pada jam 9.00 malam hingga 11.30 malam. Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung di portal video Tonton (www.tonton.com.my/livetv) dan boleh ditonton secara global. Sebagai pembuka tirai, perlawanan antara Veteran Selangor menentang Veteran Singapura akan bermula pada jam 8.00 malam.

Saturday, October 25, 2014

Tarikh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014 - PILIHAN SUKAN - Bola Sepak Selangor Blog

Tarikh <b>Bolasepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 - PILIHAN SUKAN - Bola Sepak Selangor Blog


Tarikh <b>Bolasepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 - PILIHAN SUKAN

Posted: 28 Aug 2014 08:02 AM PDT

Piala Sultan Selangor 2014

Tarikh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014  | Penganjur Piala Sultan Selangor menjanjikan rentak kejayaan berterusan dalam saingan edisi ke-13 pada tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 27 September 2014.

Pengerusi penganjur, Datuk Abd Karim Munisar, berkata acara tahunan yang sejak tahun 2001 itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat setia bola sepak di negara ini dan Singapura.

"Sama dengan edisi terdahulu, penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penyokong Selangor dan Singapura. Kami mahu mengembalikan nostalgia permusuhan kedua-dua pasukan sebelum ini.

"Kami akan terus bekerja dengan penuh komitmen bagi memastikan edisi kali ini berjalan lancar. Kami juga meminta polis agar bertindak segera bagi mengelak kejadian tidak diingini yang mungkin boleh mencemari pertandingan ini," katanya pada majlis minum petang dan memperkenalkan penaja pertandingan itu, di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali.

Stesen televisyen TV3 dan akhbar BH dipilih selaku penyiar serta akhbar rasmi bagi pertandingan Piala Sultan Selangor kali ini.

Sementara itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, teruja untuk mengetuai pasukan bagi menghadapi perlawanan itu dan berazam mengekalkan trofi berkenaan buat Selangor selepas skuad The Red Giant menang 3-2 pada edisi tahun lalu - BH online

Friday, October 24, 2014

Empat Persatuan Bolasepak Negeri Dikenakan Denda ‹ Selangor ... - Bola Sepak Selangor Blog

Empat Persatuan <b>Bolasepak</b> Negeri Dikenakan Denda ‹ <b>Selangor</b> <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Empat Persatuan <b>Bolasepak</b> Negeri Dikenakan Denda ‹ <b>Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2014 04:40 AM PDT

More Story

Chew Garis Ikrar Janji Kepada Warga Kajang

Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun menggariskan empat ikrar dan lima janji yang akan ditunaikan kepada...

Wednesday, October 22, 2014

Keputusan Penuh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014 - PILIHAN ... - Bola Sepak Selangor Blog

Keputusan Penuh <b>Bolasepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 - PILIHAN <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Keputusan Penuh <b>Bolasepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 - PILIHAN <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2014 10:56 PM PDT

Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014Keputusan Penuh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014 | SHAH ALAM: Pasukan Pilihan Selangor berjaya mempertahankan Piala Sultan Selangor selepas menundukkan Pilihan Singapura dengan kemenangan 2-1 di Stadium Shah Alam, di sini malam Sabtu.

Kemenangan tersebut membolehkan Pilihan Selangor kendalian Mehmet Durakovic meraih kejuaraan buat kali ketujuh selepas memenanginya pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012 dan 2013.

Pilihan Singapura pula muncul juara pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011.

Berdasarkan rekod, kedua-dua pasukan muncul juara bersama pada edisi 2004 di Stadium Nasional Singapura yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.


Pada aksi yang disaksikan hampir 70,000 penyokong itu, skuad Pilihan Selangor melancarkan serangan bertali arus bagi memburu gol awal sebaik sahaja pengadil dari Indonesia, Thoriq Munir Alkatiri meniup wisel.

Mereka hampir berada di hadapan pada minit ke-14, namun percubaan Paulo Rangel hasil hantaran S. Kunalan, sekadar melintasi tepi gol Pilihan Singapura.

Usaha pasukan Pilihan Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang, Paulo Rangel membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 selepas beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan lawan, Muhd Ridhuan Muhamad.

Pilihan Singapura bertambah malang selepas pemain sayap mereka, Muhammad Hafiz Abu Sujad diarah meninggalkan padang oleh Thoriq selepas mengutip kad kuning kedua.

Bersambung babak kedua, kedua-dua saling berbalas serangan namun nasib lebih memihak kepada Pilihan Singapura yang berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma oleh Leonel Felice pada minit ke-68.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Pilihan Selangor kembali memperkemaskan corak permainan dan berjaya menggandakan kedudukan hasil sentuhan penyudah Rangel pada minit ke-79. Keputusan itu kekal sehingga berakhirnya perlawanan.

Selaku juara, Pilihan Selangor membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000 yang disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada kapten pasukan, Mohd Bunyamin Umar manakala Pilihan Singapura kendalian Amin Nasir meraih RM10,000 selaku naib juara.

Terdahulu, Veteran Selangor dan Singapura terikat seri 1-1 pada aksi yang berlangsung selama 40 minit.

Anuar Abu Bakar membuka tirai jaringan untuk Veteran Selangor seawal minit keenam sebelum Veteran Singapura menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Steven Tan pada minit ke-20.

Piala Sultan Selangor diilhamkan oleh baginda sendiri yang melibatkan pasukan pilihan serta veteran Selangor dan Singapura bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Baginda juga merupakan penaung kejohanan yang diperkenalkan sejak 2001 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Pemangku Raja Selangor - mStar online

Tarikh <b>Bolasepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 - PILIHAN SUKAN

Posted: 28 Aug 2014 08:02 AM PDT

Piala Sultan Selangor 2014

Tarikh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014  | Penganjur Piala Sultan Selangor menjanjikan rentak kejayaan berterusan dalam saingan edisi ke-13 pada tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 27 September 2014.

Pengerusi penganjur, Datuk Abd Karim Munisar, berkata acara tahunan yang sejak tahun 2001 itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat setia bola sepak di negara ini dan Singapura.

"Sama dengan edisi terdahulu, penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penyokong Selangor dan Singapura. Kami mahu mengembalikan nostalgia permusuhan kedua-dua pasukan sebelum ini.

"Kami akan terus bekerja dengan penuh komitmen bagi memastikan edisi kali ini berjalan lancar. Kami juga meminta polis agar bertindak segera bagi mengelak kejadian tidak diingini yang mungkin boleh mencemari pertandingan ini," katanya pada majlis minum petang dan memperkenalkan penaja pertandingan itu, di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali.

Stesen televisyen TV3 dan akhbar BH dipilih selaku penyiar serta akhbar rasmi bagi pertandingan Piala Sultan Selangor kali ini.

Sementara itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, teruja untuk mengetuai pasukan bagi menghadapi perlawanan itu dan berazam mengekalkan trofi berkenaan buat Selangor selepas skuad The Red Giant menang 3-2 pada edisi tahun lalu - BH online

Saturday, October 18, 2014

Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak ... - Bola Sepak Selangor Blog

Persatuan <b>Bola Sepak Selangor</b> main kotor dan masih banyak <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Persatuan <b>Bola Sepak Selangor</b> main kotor dan masih banyak <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2014 05:37 PM PDT

Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak masalah dalaman rupanya | Gossip Bola Sepak
skip to main | skip to sidebar

Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak masalah dalaman rupanya

Kuala Lumpur: Menjelang pemilihan Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Ke-64 pada 18 Ogos ini, sebilangan besar ahli perwakilan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mendakwa wujudnya unsur penipuan menerusi borang pemilihan yang dibuka Isnin lalu.
Menurut Ketua Gabungan Penyokong Selangor Khairil Mokhtar, seramai 93 ahli gabungan yang hadir bagi mengisi borang pencalonan dihalang pihak sekretariat daripada mengisi nama calon bagi merebut jawatan teringgi FAS sebaliknya mereka hanya diminta meninggalkan tandatangan serta cop rasmi ahli di borang itu.

"Sebenarnya permainan kotor ini berlaku dalam FAS sejak tiga penggal lalu. Sepatutnya kami diberi kebebasan untuk memilih calon paling layak mengisi jawatan tertinggi FAS, namun hak kami selaku ahli gabungan disekat pihak tertentu yang tidak mahu perubahan dalam persatuan.

"Sebab itulah pada pemilihan kongres lalu, FAS sering mengumumkan tiada pencalonan bagi merebut kerusi Timbalan Presiden, sedangkan sebenarnya wujud salah guna kuasa individu tertentu dalam FAS.

"Hasilnya boleh dilihat dalam tiga penggal dulu, berapa kalikah Selangor dapat muncul juara? Padahal, Selangor sebuah pasukan ternama yang mempunyai tradisi hebat dalam saingan liga tempatan, tapi kini kami jauh ketinggalan di belakang pasukan seperti Kelantan, Johor Darul Ta'zim dan Pahang.

"Kali ini, mereka buat hal lagi dengan menghalang kami daripada mengisi nama calon untuk sesuatu jawatan. Mereka sekadar minta kami tandatangan dan cop pada borang saja dan membiarkan nama calon kosong," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menurut Khairil, pihaknya yang mendapat sokongan beberapa bekas pemain skuad The Red Giants tidak akan berdiam diri kali ini apabila merancang mengadakan demonstrasi aman di depan Pejabat FAS bagi menuntut diadakan pemilihan adil pada sesi kongres kali ini.

"InsyaAllah pada petang Selasa ini, kami akan mengadakan bantahan secara aman di Wisma FAS bagi menuntut keadilan. Kami penyokong dan rakyat Selangor mahukan perubahan dalam tampuk kepimpinan FAS," katanya.

Sementara itu, jurucakap kelab Selangor Fanatik Khairul Azwan Anuar pula berkata, difahamkan FAS bakal menjual empat pemain utama skuad Merah Kuning kepada Johor Darul Ta'zim pada musim depan.

Mereka membabitkan ketua pasukan Mohd Bunyamin Umar, Thamil Arasu, S Kunalan dan S Vinod.

"Baru-baru ini, FAS sudah mendapatkan tandatangan Paulo Rangel, tetapi mengapa pula empat pemain utama Selangor ini menjadi mangsa dengan dijual? "Di mana kesungguhan FAS mempertahankan pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan. Lagipun, saya tidak rasa duit daripada penjualan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Selangor kerana sebenarnya banyak lagi masalah dalaman yang berlaku, tapi tidak didedahkan," katanya. - hmetro

Wednesday, October 15, 2014

VIDEO Marah pemain di padang latihan, Kesal sikap Ultras Selangor - Bola Sepak Selangor Blog

VIDEO Marah pemain di padang latihan, Kesal sikap Ultras <b>Selangor</b> - Bola Sepak Selangor Blog


VIDEO Marah pemain di padang latihan, Kesal sikap Ultras <b>Selangor</b>

Posted: 09 Oct 2014 06:31 PM PDT

pix_gal1 (5)

PEMAIN Selangor, Bunyamin Omar (kiri) menenangkan seorang penyokong Ultras.

Shah Alam: Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) membidas tindakan sebilangan penyokong Ultras Selangor yang disifatkan kurang bijak hingga mampu menggugat moral dan tumpuan pemain menjelang aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia, hari ini.

Menurut Naib Presiden SSFC Noor Azman Abbas, pihaknya tetap akan memberi sokongan penuh tanpa berbelah bagi biarpun mengakui nasib skuad kendalian Mehmet Durakovic ibarat telur di hujung tanduk yang memerlukan keajaiban untuk bangkit kembali memadam defisit empat gol yang dimiliki pasukan FELDA United.

"Apa yang berlaku semalam (kelmarin) memang mengecewakan kami. Insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku ketika pasukan Selangor sedang sibuk melakukan persiapan terakhir sebelum turun bertemu FELDA.


"Kami kesal dan kecewa dengan tindakan Ultras Selangor itu. Mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan bukannya datang mengganggu latihan pasukan.

"Mereka kena sedar, pemain itu juga manusia biasa seperti kita, mungkin ada masalah tertentu yang kita tidak tahu hingga prestasi mereka merudum malam itu.

Dalam kejadian sebelum itu, tanpa dapat menahan lagi perasaan marah, sekumpulan penyokong bola sepak Selangor menyerbu masuk padang latihan, semalam dan menuntut penjelasan daripada pemain negeri di atas persembahan mereka yang amat mengecewakan.

Perdebatan menjadi panas apabila seorang penyokong beremosi dan meninggikan suara tapi tanpa niat mahu mencederakan sesiapa, cuma kerana mereka sayangkan pasukan Selangor.

"Kami datang ke stadium bukan nak tengok kau orang…bukan kau, bukan nak tengok kau Rangel (not you Rangel) …. tapi nak tengok Selangor.

"Esok ada game bawah 12 tahun…kami akan pergi kerana nak tengok Selangor," katanya yang mengetuai kumpulan penyokong Merah Kuning masuk ke Padang SUK di Shah Alam, semalam.


Kemarahan memuncak penyokong ada kaitan dengan kekalahan 0-4 Selangor kepada FELDA United FC dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Apa pun, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam sesi itu, cuma penyokong meluahkan perasaan dan meminta penjelasan sebenar apa yang berlaku dalam pasukan.

Dalam kepanasan itu, pemain Selangor, termasuk kapten pasukan Bunyamin Umar turut bersuara meluahkan pandangan mereka dan ia didengar penyokong tanpa banyak bantahan, cuma mereka nampak lebih 'mendominasi perdebatan' itu.

Selangor pasti tertekan untuk mengubah nasib mereka apabila menentang FELDA United dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Temerloh, esok.

Like FACEBOOK untuk highlights terkini

Monday, October 13, 2014

Video Viral: Skuad Selangor "Dibasuh" Penyokong Sendiri ... - Bola Sepak Selangor Blog

Video Viral: Skuad <b>Selangor</b> "Dibasuh" Penyokong Sendiri <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Video Viral: Skuad <b>Selangor</b> "Dibasuh" Penyokong Sendiri <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2014 02:00 AM PDT

Sebuah rakaman video memaparkan seorang penyokong skuad bola sepak Selangor sedang sakan "berleter" terhadap para pemain pasukan merah kuning itu sedang viral dan hangat diperkatakan, khususnya kepada para peminat sukan.

Lelaki yang merupakan penyokong kuat pasukan Red Giants itu mendakwa dia bersusah payah ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak membabitkan skuad itu adalah semata-mata kerana semangatnya kepada negeri Selangor dan bukan kerana para pemain tersebut.

Turut di"sekolah"kan peminat tegar bola sepak Selangor itu ialah pemain import skuad tersebut, Paulo Rangel.


Diyakini sesi "leteran" peminat itu berlaku ketika para pemain skuad berkenaan sedang menjalani latihan rutin harian mereka baru-baru ini.

KedahNews.com tertanya-tanya, apakah wajar dan adil tindakan peminat berkenaan? Apakah dengan leteran seperti itu maka skuad Selangor akan bersemangat dan kembali mempamerkan aksi yang lebih baik selepas ini? Atau prestasi mereka akan jatuh merudum?

Apakah para peminat skuad Helang Merah di Kedah ini akan menurut jejak langkah peminat Selangor itu? Mungkin ada yang boleh jelaskan pandangan? -KedahNews.com

Saturday, October 11, 2014

Perangsang taja Piala DYTM Raja Muda Selangor, Piala Mokhtar ... - Bola Sepak Selangor Blog

Perangsang taja Piala DYTM Raja Muda <b>Selangor</b>, Piala Mokhtar <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


Perangsang taja Piala DYTM Raja Muda <b>Selangor</b>, Piala Mokhtar <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2014 09:13 PM PDT

Oleh Amin Lin Abdullah

SHAH ALAM, 8 OKT: Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor yang telah dilancarkan di SK Raja Muda, Shah Alam bertujuan untuk mencungkil bakat muda di kalangan pelajar sekolah rendah di Selangor.

Perlawanan Sumbangsih Piala Raja Muda Selangor telah diadakan pada majlis pelancaran di SK Raja Muda di antara sekolah tuan rumah dengan SK Seksyen 24 Shah Alam, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor, Datuk Emran Kadir berkata, "Kejohanan ini merupakan buah fikiran DYMM Sultan Selangor bagi mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan pemain bola sepak muda. Suatu ketika dahulu, Mohd Fitri Shazwan Raduwan, yang kini merupakan salah seorang pemain pasukan bola sepak Selangor, pernah beraksi di pentas kejohanan ini".

emran"Dewasa ini, pemain bola sepak dianggap sebagai profesion dan sumber pendapatan. Tidak mustahil bagi anak-anak muda yang bermain di kejohanan ini untuk muncul sebagai salah seorang bintang bola sepak Malaysia suatu masa nanti", tambah Emran.

Majlis perasmian dan penyerahan cek tajaan bernilai RM80,000 telah disampaikan oleh Mohd Fauzi Mohd Ghazali, Pengurus Kanan Tanggungjawab Sosial Korporat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor).

charity (2)

fauzi2"Perangsang Selangor amat berbesar hati untuk menyampaikan tajaan ini sebagai salah satu sokongan dan komitmen tanggungjawab sosial korporat di bawah program Rangsangan Sukan Selangor (RSS). Selain daripada tajaan kejohanan bola sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor bawah 12 tahun, Perangsang Selangor juga akan menyumbang sebanyak RM120,000 bagi penganjuran Piala Mokhtar Dahari bagi pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun ke bawah di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya" jelas Fauzi.

Fauzi akan menganjurkan Piala Mokhtar Dahari bagi pelajar sekolah menengah Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor melibatkan 558 orang pelajar daripada 31 buah sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Petaling Perdana.

Pasukan yang akan bertanding terbahagi kepada 8 kumpulan dan perlawanan bola sepak akan diadakan secara liga bermula 10 Oktober 2014. Perlawanan akan diadakan di 8 buah
sekolah iaitu, SK Bandar Anggerik, SK Raja Muda (Integrasi), SJK (T) Simpang Renggam, SK Seksyen 9, SK Seksyen 7, SK Hicom, SK Seksyen 19, dan SK Seksyen 27 (1).Perlawanan akhir akan diadakan pada 30 Oktober 2014 bertempat di Padang SUK, Shah Alam.

Bagi 8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir, setiap pemain akan menerima jersi tajaan Perangsang Selangor. Hadiah wang tunai bernilai RM3,000 menanti johan
di perlawanan akhir, RM2,000 bagi naib johan, RM1,500 bagi tempat ke-3 dan RM1,000 bagi tempat ke-4.

SK Raja Muda (Integrasi) telah memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan johan tahun lepas, SK Seksyen 24, dengan keputusan 2-0.

sk muda (2)

HM

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA - <b>Bola Sepak Selangor</b> Blog

Posted: 31 Aug 2014 11:34 AM PDT

Sumber: Borneo Post

Sarawak coach says result more important than style

KUCHING: Sarawak head coach Robert Alberts is happy his team edged Selangor PKNS 2-1 on Friday night even if they had to do it the ugly way.

He said it was always good to play attractive football but the bottom line was the result.

The first half of that home match was dour goalless affair with both sides struggling to create chances.

The goals came early in the second half when Sarawak captain Joseph Kalang Tie's long range effort put the crocs ahead.


However, before the celebrations over that goal ended Selangor PKNS captain Mohd Fauzan Dzulkifli equalised to silence the crowd.

The match seemed to be heading for a draw until Muamer Salibasic, who has been plagued by injuries since January, finally scored his first goal of the season in the 80th minute.

After the match Alberts said the players did what they were told to do – keep the play tight and fight for every ball.

"We managed to secure the three points and to me that is a job well done. Everybody worked hard to win and we did it," he added.

However, the win came with a price as team captain Joseph and Mohd Rashid Aya will miss the next match against Perak after accumulating three yellow cards and have to serve the mandatory one match ban.

Joseph, who has just returned to the Crocs' starting lineup against Selangor PKNS after a spell of injury was obviously frustrated and showed his feelings by storming off the pitch after the final whistle.

Alberts seemed unperturbed by the absence of his two first team players as he believed Sarawak had adequate cover for both of them.

"Ashri (Chuchu) can fill in for either Joseph or Rashid's roles and we have the others in the team who are also capable of doing that job in the midfield too. 

We can cope with their absence," he said.

Sarawak's next match against Perak will be played on Friday next week (May 23) at the Perak Stadium in Ipoh before the Super League takes another three-week break.

Thursday, October 9, 2014

Sultan Selangor nasihat elak kekecohan dalam bola sepak - BNBBC - Bola Sepak Selangor Blog

Sultan <b>Selangor</b> nasihat elak kekecohan dalam <b>bola sepak</b> - BNBBC - Bola Sepak Selangor Blog


Sultan <b>Selangor</b> nasihat elak kekecohan dalam <b>bola sepak</b> - BNBBC

Posted: 11 Feb 2014 12:27 AM PST

Sultan Selangor nasihat elak kekecohan dalam bola sepak

Oleh SM AMIN

11 FEB: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai, pemain dan penyokong pasukan bola sepak Selangor supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Baginda meminta penyokong menghormati pasukan lawan yang bertandang ke Selangor kerana membuat kekecohan dan rusuhan bukanlah budaya masyarakat di negeri ini.

Baginda bertitah demikian kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim pada Isnin untuk disampaikan kepada kepada pegawai, pemain dan penyokong pasukan Selangor.

"Tuanku Sultan Selangor menitahkan kepada semua pemain Selangor, pegawai pasukan serta penyokong Selangor agar jangan sesekali cuba cuba untuk membuat kekecohan atau rusuhan yang berkaitan dengan bola sepak.

selangorplayer"Baginda meminta supaya kita sebagai tuan rumah sentiasa menghormati tetamu iaitu pemain dan penyokong pasukan dari negeri lain yang datang ke stadium kita.

"Menurut baginda lagi, semua itu bukan budaya kita dan baginda sangat berharap pemain, pegawai pasukan serta penyokong Selangor sentiasa menjaga tahap disiplin supaya tidak berlaku sebarang kekecohan sebelum atau selepas perlawanan," kata Rosman seperti dilapor fasselangor.my.

Titah baginda dipercayai sebagai respon kepada beberapa insiden kekecohan yang melanda arena bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini.

Dalam kejadian awal Februari lalu, perlawanan diantara pasukan Johor Darul Tazim (JDT) menentang T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin dihenti apabila pasukan lawan enggan meneruskan perlawanan.

Ianya disebabkan berlakunya pergaduhan diterowong menuju biik persalinan pemain diantara jurulatih kecergasan T-Team dengan pengendali pasukan JDT, Cesar Fernando Jimenez yang mendapat campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan selepas tamat separuh masa pertama.

Jumaat lalu, keadaan di luar Stadium Darul Makmur tegang kira-kira setengah jam apabila berlaku provokasi antara penyokong Pahang dan JDT sebaik perlawanan Liga Malaysia tamat.

Dalam kejadian tersebut, seorang penyokong cedera berdarah dikepala dipercayai terkena balingan objek keras.

Menurut Rosman, baginda juga meminta supaya pegawai dan pemain tidak terlalu emosi di atas padang dan penyokong juga harus menerima sebarang keputusan perlawanan.

"Apa keputusan perlawanan kita kena terima kerana itulah bola sepak," ujar Rosman.

Selangor yang kini menghuni tangga teratas Liga Super dengan sembilan mata akan bertemu dengan JDT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu ini. -bnbbc.my

Berita Bertarikh Pada 4:27 PM

Monday, October 6, 2014

Bola Sepak Selangor Blog - Blogger - Bola Sepak Selangor Blog

<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog - Blogger - Bola Sepak Selangor Blog


<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog - Blogger

Posted: 20 Sep 2014 11:31 AM PDT

Sumber: Borneo Post

Sarawak coach says result more important than style

KUCHING: Sarawak head coach Robert Alberts is happy his team edged Selangor PKNS 2-1 on Friday night even if they had to do it the ugly way.

He said it was always good to play attractive football but the bottom line was the result.

The first half of that home match was dour goalless affair with both sides struggling to create chances.

The goals came early in the second half when Sarawak captain Joseph Kalang Tie's long range effort put the crocs ahead.


However, before the celebrations over that goal ended Selangor PKNS captain Mohd Fauzan Dzulkifli equalised to silence the crowd.

The match seemed to be heading for a draw until Muamer Salibasic, who has been plagued by injuries since January, finally scored his first goal of the season in the 80th minute.

After the match Alberts said the players did what they were told to do – keep the play tight and fight for every ball.

"We managed to secure the three points and to me that is a job well done. Everybody worked hard to win and we did it," he added.

However, the win came with a price as team captain Joseph and Mohd Rashid Aya will miss the next match against Perak after accumulating three yellow cards and have to serve the mandatory one match ban.

Joseph, who has just returned to the Crocs' starting lineup against Selangor PKNS after a spell of injury was obviously frustrated and showed his feelings by storming off the pitch after the final whistle.

Alberts seemed unperturbed by the absence of his two first team players as he believed Sarawak had adequate cover for both of them.

"Ashri (Chuchu) can fill in for either Joseph or Rashid's roles and we have the others in the team who are also capable of doing that job in the midfield too. 

We can cope with their absence," he said.

Sarawak's next match against Perak will be played on Friday next week (May 23) at the Perak Stadium in Ipoh before the Super League takes another three-week break.

Persatuan <b>Bola Sepak Selangor</b> main kotor dan masih banyak <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2014 05:37 PM PDT

Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak masalah dalaman rupanya | Gossip Bola Sepak
skip to main | skip to sidebar

Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak masalah dalaman rupanya

Kuala Lumpur: Menjelang pemilihan Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Ke-64 pada 18 Ogos ini, sebilangan besar ahli perwakilan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mendakwa wujudnya unsur penipuan menerusi borang pemilihan yang dibuka Isnin lalu.
Menurut Ketua Gabungan Penyokong Selangor Khairil Mokhtar, seramai 93 ahli gabungan yang hadir bagi mengisi borang pencalonan dihalang pihak sekretariat daripada mengisi nama calon bagi merebut jawatan teringgi FAS sebaliknya mereka hanya diminta meninggalkan tandatangan serta cop rasmi ahli di borang itu.

"Sebenarnya permainan kotor ini berlaku dalam FAS sejak tiga penggal lalu. Sepatutnya kami diberi kebebasan untuk memilih calon paling layak mengisi jawatan tertinggi FAS, namun hak kami selaku ahli gabungan disekat pihak tertentu yang tidak mahu perubahan dalam persatuan.

"Sebab itulah pada pemilihan kongres lalu, FAS sering mengumumkan tiada pencalonan bagi merebut kerusi Timbalan Presiden, sedangkan sebenarnya wujud salah guna kuasa individu tertentu dalam FAS.

"Hasilnya boleh dilihat dalam tiga penggal dulu, berapa kalikah Selangor dapat muncul juara? Padahal, Selangor sebuah pasukan ternama yang mempunyai tradisi hebat dalam saingan liga tempatan, tapi kini kami jauh ketinggalan di belakang pasukan seperti Kelantan, Johor Darul Ta'zim dan Pahang.

"Kali ini, mereka buat hal lagi dengan menghalang kami daripada mengisi nama calon untuk sesuatu jawatan. Mereka sekadar minta kami tandatangan dan cop pada borang saja dan membiarkan nama calon kosong," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menurut Khairil, pihaknya yang mendapat sokongan beberapa bekas pemain skuad The Red Giants tidak akan berdiam diri kali ini apabila merancang mengadakan demonstrasi aman di depan Pejabat FAS bagi menuntut diadakan pemilihan adil pada sesi kongres kali ini.

"InsyaAllah pada petang Selasa ini, kami akan mengadakan bantahan secara aman di Wisma FAS bagi menuntut keadilan. Kami penyokong dan rakyat Selangor mahukan perubahan dalam tampuk kepimpinan FAS," katanya.

Sementara itu, jurucakap kelab Selangor Fanatik Khairul Azwan Anuar pula berkata, difahamkan FAS bakal menjual empat pemain utama skuad Merah Kuning kepada Johor Darul Ta'zim pada musim depan.

Mereka membabitkan ketua pasukan Mohd Bunyamin Umar, Thamil Arasu, S Kunalan dan S Vinod.

"Baru-baru ini, FAS sudah mendapatkan tandatangan Paulo Rangel, tetapi mengapa pula empat pemain utama Selangor ini menjadi mangsa dengan dijual? "Di mana kesungguhan FAS mempertahankan pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan. Lagipun, saya tidak rasa duit daripada penjualan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Selangor kerana sebenarnya banyak lagi masalah dalaman yang berlaku, tapi tidak didedahkan," katanya. - hmetro

Tiba-Tiba Anwar Ibrahim Jadi Peminat Nombor 1 <b>Bola Sepak</b> <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2014 11:20 PM PST

Oleh: KuntaKinte Malaysia (February 3rd, 2014) [Utama][26 Comments »]

anwar-bola

Oleh Ab Jalil Backer

Politik memang luar biasa. Dalam politik ular boleh makan naga. Dalam Politik cicak mengkarung boleh jadi raja. Jadi tiada apa yang mustahil dalam dunia politik yang ditafsirkan oleh George Orwell, melalui bukunya Animal Farm, sebagai cerminan sifat kehaiwanan dalam manusia.

Justeru tindakan untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah sesuatu yang luar tabie dalam konteks kerangka pemikiran politik. Apatah lagi bila ia dilakukan oleh seorang tokoh politik hebat di Malaysia seperti Anwar Ibrahim. Sama ada mahu mengakui atau tidak, Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik negara paling dinamik dari segi pemikiran dan tindakan politiknya.

Machiavelli Pasti Tabik Pada Anwar

Jika Machiavelli masih hidup, beliau mungkin akan merasa kagum bahawa ada manusia politik yang berupaya mencerna dan mengaplikasikan falsafah politiknya selama berpuluh tahun dengan jayanya.

Hakikat Anwar Ibrahim bermula sebagai pelajar yang bersifat sosialis, kemudiannya berubah kepada politik Islam dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang cenderung dengan perjuangan Islam Pas. Bagaimanapun Anwar Ibrahim berubah 180 darjah dengan menyertai UMNO sebuah parti berasaskan kebangsaan (nasionalis) yang dikecam oleh beliau sebagai parti bersifat "bourgeois" dan tidak mementingkan masyarakat bawahan.

Penyertaan beliau kepada UMNO merupakan satu tindakan politik yang sangat licik dan bijak kerana menyedari bahawa beliau hanya boleh mencapai kejayaan melalui UMNO dan Barisan Nasional. Dalam masa tidak sampai 15 tahun, beliau berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, satu lonjakan yang sangat luar biasa jika dibandingkan dengan pemimpin lain yang lebih kanan dalam parti dan berpendidikan lebih baik dari beliau.

Kejayaan Anwar, selain dibantu oleh Tun Mahathir Mohamad, ialah keupayaan beliau menumpul kekayaan secara senyap bagi membina empayar bala tentera politik sendiri dalam UMNO, MCA, MIC, PAS dan DAP. Pengaruh Anwar ada dalam setiap parti yang saya sebutkan tadi. Malah pengaruh Anwar melampaui "pelobi-pelobi" dalam NGO, ahli akademik dan wartawan tempatan dan luar negara.

Beliau boleh mempengaruhi orang dengan ucapan-ucapan retorikal beliau yang sangat berkesan. Namun pastinya, kejayaan beliau banyak bergantung kepada beliau mengagih-agihkan kekayaan negara kepada orang-orang kepercayaannya yang taat dan setia sehingga sekarang.

Tangan Anwar Dalam Pilihan Raya Kecil Ganti Menteri Besar

Justeru apabila Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding di DUN Kajang dan kemungkinan menjawat jawatan Menteri Besar, ia bukanlah luar biasa sangat.

Anwar pernah merenacana perkara yang sama pada 1997 apabila beliau melihat Tan Sri Muhammad Muhd Taib sudah menjadi nama besar sebesar namanya ketika itu. Maka semua orang tahu Mat Taib akhirnya terpaksa berundur dari jawatan tersebut. Anwar ketika itu Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO mencadangkan agar diadakan pilihan raya kecil agar Abu Hassan Omar dikembalikan ke negeri untuk menjawat jawatan Menteri Besar.

Kali ini Anwar melakukan lagi. Jika kali pertama Barisan Nasional menukar Menteri Besar kerana terpaksa berikutan "skandal kewangan" Tan Sri Mat Taib di Australia; Kali ini tanpa sebarang sebab yang wajar Anwar mahu melalukan perubahan Menteri Besar Selangor.

Sekali lagi penukaran Menteri Besar Selangor terpaksa dibuat bagi memenuhi kehendak hawa nafsu politik Anwar. Jika kali pertama untuk mematikan kerjaya politik Mat Taib yang dilihat sebagai ancaman kepada beliau melalui gerakan "Melayu Baru", kali ini jelas untuk menyelamatkan dirinya dan partinya-PKR.

PKR perlu diselamatkan kerana Khalid Ibrahim hanya menjaga peniaga-peniaga Cina menyebabkan peniaga-peniaga Melayu yang kini bernaung di bawah payung Azmin Ali tidak mendapat apa-apa peluang. Azmin sebagai seorang ahli politik tidak dapat bersabar lagi dengan gaya selamba Khalid dan Faekah mula memberontak.

Anwar sedar pemberontakan Azmin Ali tidak boleh dipandang enteng bukan hanya kerana Azmin merupakan lelaki kesayangan beliau. Tapi lebih serius ialah Azmin mewakili sebahagian golongan Melayu kelas pertengahan yang makin hilang sabar dengan pentadbiran Khalid.

Anwar tidak dapat melantik Azmin kerana Azmin tidak mendapat sokongan DAP yang ditunjangi oleh ahli perniagaan Cina.

Untuk menyelamatkan parti, beliau perlu mencari calon yang boleh diterima oleh Azmin dan PKR serta DAP. Dalam masa yang sama beliau perlukan orang yang benar-benar setia kepada dirinya walau apa pun yang terjadi. Kebanyakan wakil rakyat lain sukar untuk dipercayai kekal setia kepada Anwar.

Dalam masa yang Anwar Ibrahim menyedari, beliau berhadapan bahaya besar di Mahakamah Rayuan. Tindakan kerajaan mengarahkan peguam terkemuka, Tan Sri Shafee Abdullah, mengambil alih tugas pendakwaraya dalam kes liwat beliau menunjukkan kesungguhan kerajaan mencari keadilan untuk Saiful Bukhari.

Anwar mungkin percaya melalui jawatan Menteri Besar Selangor, beliau ada peluang tipis untuk bebas dari kes ini setelah pembebasan beliau sebelum ini sangat menggemparkan. Ini kerana berdasarkan bukti-bukti yang ada, pengakuan mangsa dan saksi-saksi ramai percaya Anwar akan disabitkan kesalahan.

Benarkah Ia Bukan Hal Liwat?

Sahabat beliau, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohammad Redzuan Othman (kiri) menyatakan tindakan Anwar ini bukan berkaitan kepentingan peribadi. Beliau berpendapat, Anwar sudah mangli dengan kes mahkamah kerana menghadapinya sejak 1998 lagi.

"Sejak 1998, Anwar sudah sering keluar masuk mahkamah dan saya tidak fikir langkah bertanding di Kalang untuk mengalih perhatian daripada rayuan pasukan pendakwaan dalam kes pembebasannya dari Liwat II kerana beliau sudah sering keluar masuk mahkamah dan malah pernah dipenjara."

Namun pandangan Redzuan sangat kontradik, kerana sejak kes beliau bersama Saiful terbongkar pada Jun 2008 Anwar berusaha untuk mendapat pelbagai jawatan bagi menjadikan kes liwat beliau sebagai satu kes politik. Beliau mengumumkan dalam proses mengambil alih Putrajaya, terdapat 30 orang wakil rakyat BN bersedia menyertai PKR.

Justeru apabila ditangkap pada 16 Julai 2008 atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari, Anwar menyatakan ini merupakan konspirasi politik menghalang pengambil alihan Putrajaya.

Beliau dilihat mula merancang bagaimana untuk mempolitikkan isu jenayah ini. Pada 31 Julai 2008, isteri beliau Wan Azizah telah meletak jawatan bagi memaksa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan beliau bertanding dan menjadi wakil rakyat. Kononnya ini merupakan persediaan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apakah tujuan Anwar bertanding dalam pilihan raya tersebut jika bukan untuk mempolitikkan kes liwat beliau? Anwar mencanang kononnya beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun yang sama melalui "coup de tat" aman membabitkan "pembelian" wakil rakyat BN.

Justeru jika didapati bersalah beliau akan mengatakan ini merupakan tindakan politik jahat Barisan Nasional. Setelah gagal membentuk kerajaan melalui "coup de tat" aman, Anwar Ibrahim sedaya upaya melengah-lengahkan kes beliau agar menghampiri masa pilihan raya dan akan dijadikan modal politik kononnya ada usaha menghalang Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya.

Setelah gagal menang dalam pilihan raya, Anwar terkejut dengan tindakan kerajaan melantik Tan Sri Shafee sebagai pendakwaraya kes beliau. Beliau sedar bahaya sedang menanti kes beliau dengan kehadiran seorang peguam yang berpengalaman luas dalam kes-kes jenayah.

Justeru beliau memilih beberapa minggu sebelum kes beliau di dengar di Mahakamah Rayuan untuk mengadakan pilihan raya kecil. Apakah ini bukan tindakan politik bertujuan mengenakan tekanan kepada kerajaan dan Mahkamah membabkitkan kes beliau?

Persengketaan Khalid-Azmin sudah diketahui lama sebelum pilihan raya Umum lagi. Namun ia bukan keutamaan kepada Anwar. Mempunyai dua jeneral "berebut kasih sayangnya" lebih baik daripada mempunyai seorang jeneral yang terlalu berkuasa.

Namun kemunculan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya kes beliau menimbulkan suasana kurang senang. Kes Anwar akan dibicarakan pada 12 dan 13 Februari 2014 ini. Justeru, persepsinya Anwar Ibrahim merancang pilihan raya kecil ini untuk menyelamatkan dirinya.

Jika perbicaraan beliau diteruskan, beliau akan mendapat simpati kononnya ini cubaan BN memusnahkan beliau. Jika perbicaraan ditangguhkan beliau akan dapat lebih masa lagi. Melihat sejarah Anwar Ibrahim, sebaik memegang jawatan Menteri Besar, risiko kekacauan dan ketidakstabilan boleh berlaku jika beliau terus dibicarakan.

Inilah mungkin strategi Anwar Ibrahim pada masa ini.

Justeru apa dihairankan bila Anwar Ibrahim kelahiran ceruk Tok Kun, Pulau Pinang, yang bermusuh dengan beberapa Menteri Besar Selangor, tinggal di Kuala Lumpur tiba-tiba menjadi peminat nombor 1 bola sepak Selangor.

Sejak bila Anwar Ibrahim yang kegemarannya bermain polo mula minat bola sepak masih merupakan satu misteri yang sukar dirungkaikan.

Lebih misteri, sejak bila Anwar Ibrahim mengambil alih kedudukan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai peminat Bola sepak nombor 1 Selangor?