Search This Blog

Monday, October 27, 2014

Bola Sepak Selangor Blog: Betah Di Malaysia, Andik Perpanjang ... - Bola Sepak Selangor Blog

<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog: Betah Di Malaysia, Andik Perpanjang <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


<b>Bola Sepak Selangor</b> Blog: Betah Di Malaysia, Andik Perpanjang <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2014 11:49 AM PDT

PEMAIN Selangor, Paulo Rangel (depan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan pertama ketika menentang Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 3-0. - BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Selangor belum mahu menyerah kalah dalam persaingan liga apabila terus menekan pendahulu Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim selepas membelasah Sarawak 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Skuad Red Giants bimbingan Mehmet Durakovic kini merapatkan jurang kedudukan kepada satu mata hasil dua jaringan penye­rang dari Brazil yang kembali beraksi daripada penggantungan, Paolo Rangel pada minit ke-42 dan 61 serta Ahmad Hazwan Bakri, 65.


Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Pahang mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga setelah membenam PKNS 2-1 sekali gus mengumpul 37 mata.

Tiga mata buat Tok Gajah diperoleh menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh Azidan Sarudin dan tandukan Saiful Nizam Miswan pada minit ke-46 dan 52.

Tuan rumah berjaya merapatkan jurang gol hasil rembatan deras pemain import pelawat, Karlo Primorac, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Sime Darby pula mensia-siakan peluang melonjak ke tangga kelima setelah sekadar mengikat T-Team 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain veterannya, Fadzli Saari menyelamatkan tuan rumah dengan gol minit ke-22 setelah dikejutkan jaringan pemain import pelawat, Patrich Wanggai pada minit kelapan.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, Perak terus gigih untuk keluar dari zon penyingkiran dengan mengejutkan Lions XII 2-0 menerusi jaringan Abdulafees Abdulsalam dan Milan Purovic pada minit ke-17 dan 65.

No comments:

Post a Comment