Keputusan Penuh <b>Bolasepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 - PILIHAN <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
Keputusan Penuh <b>Bolasepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 - PILIHAN <b>...</b> Posted: 27 Sep 2014 10:56 PM PDT Sunday, September 28, 2014 ![]() Kemenangan tersebut membolehkan Pilihan Selangor kendalian Mehmet Durakovic meraih kejuaraan buat kali ketujuh selepas memenanginya pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012 dan 2013. Pilihan Singapura pula muncul juara pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011. Berdasarkan rekod, kedua-dua pasukan muncul juara bersama pada edisi 2004 di Stadium Nasional Singapura yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Pada aksi yang disaksikan hampir 70,000 penyokong itu, skuad Pilihan Selangor melancarkan serangan bertali arus bagi memburu gol awal sebaik sahaja pengadil dari Indonesia, Thoriq Munir Alkatiri meniup wisel. Mereka hampir berada di hadapan pada minit ke-14, namun percubaan Paulo Rangel hasil hantaran S. Kunalan, sekadar melintasi tepi gol Pilihan Singapura. Usaha pasukan Pilihan Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang, Paulo Rangel membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 selepas beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan lawan, Muhd Ridhuan Muhamad. Pilihan Singapura bertambah malang selepas pemain sayap mereka, Muhammad Hafiz Abu Sujad diarah meninggalkan padang oleh Thoriq selepas mengutip kad kuning kedua. Bersambung babak kedua, kedua-dua saling berbalas serangan namun nasib lebih memihak kepada Pilihan Singapura yang berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma oleh Leonel Felice pada minit ke-68. Tersentak dengan jaringan tersebut, Pilihan Selangor kembali memperkemaskan corak permainan dan berjaya menggandakan kedudukan hasil sentuhan penyudah Rangel pada minit ke-79. Keputusan itu kekal sehingga berakhirnya perlawanan. Selaku juara, Pilihan Selangor membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000 yang disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada kapten pasukan, Mohd Bunyamin Umar manakala Pilihan Singapura kendalian Amin Nasir meraih RM10,000 selaku naib juara. Terdahulu, Veteran Selangor dan Singapura terikat seri 1-1 pada aksi yang berlangsung selama 40 minit. Anuar Abu Bakar membuka tirai jaringan untuk Veteran Selangor seawal minit keenam sebelum Veteran Singapura menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Steven Tan pada minit ke-20. Piala Sultan Selangor diilhamkan oleh baginda sendiri yang melibatkan pasukan pilihan serta veteran Selangor dan Singapura bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak. Baginda juga merupakan penaung kejohanan yang diperkenalkan sejak 2001 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Pemangku Raja Selangor - mStar online ![]() |
Tarikh <b>Bolasepak</b> Piala Sultan <b>Selangor</b> 2014 - PILIHAN SUKAN Posted: 28 Aug 2014 08:02 AM PDT Thursday, August 28, 2014 Tarikh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014 | Penganjur Piala Sultan Selangor menjanjikan rentak kejayaan berterusan dalam saingan edisi ke-13 pada tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 27 September 2014. Pengerusi penganjur, Datuk Abd Karim Munisar, berkata acara tahunan yang sejak tahun 2001 itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat setia bola sepak di negara ini dan Singapura. "Sama dengan edisi terdahulu, penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penyokong Selangor dan Singapura. Kami mahu mengembalikan nostalgia permusuhan kedua-dua pasukan sebelum ini. "Kami akan terus bekerja dengan penuh komitmen bagi memastikan edisi kali ini berjalan lancar. Kami juga meminta polis agar bertindak segera bagi mengelak kejadian tidak diingini yang mungkin boleh mencemari pertandingan ini," katanya pada majlis minum petang dan memperkenalkan penaja pertandingan itu, di sini. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali. Stesen televisyen TV3 dan akhbar BH dipilih selaku penyiar serta akhbar rasmi bagi pertandingan Piala Sultan Selangor kali ini. Sementara itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, teruja untuk mengetuai pasukan bagi menghadapi perlawanan itu dan berazam mengekalkan trofi berkenaan buat Selangor selepas skuad The Red Giant menang 3-2 pada edisi tahun lalu - BH online ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment