Search This Blog

Thursday, February 6, 2014

MB: Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool ... - Bola Sepak Selangor Blog

MB: Saham kelab <b>bola sepak Selangor</b> jejaki langkah MU, Liverpool <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog


MB: Saham kelab <b>bola sepak Selangor</b> jejaki langkah MU, Liverpool <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2014 06:30 PM PST

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 2 FEB : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.

Anwar Khalid"Saya akan uruskan supaya akhirnya ia berlaku seperti di England di mana penyokong bola sepak adalah pemilik saham syarikat itu.

"Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham," katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini.

Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu.

Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

IMG_2278aDalam ucapannya, Abdul Khalid turut mengemukakan hasrat untuk mewujudkan sebuah rumah kelab khas bagi kemudahan ahli serta penyokong pasukan bola Sepak Selangor.

"Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang," katanya lagi.

EZY

[ Gambar ] Datuk Seri Anuar Ibrahim raikan kelab peminat <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2014 03:13 AM PST

Shah Alam : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan menghadirkan diri di majlis raikan kelab peminat Bolasepak Selangor di kediaman Menteri Besar hari ini.

Beliau memakai jersi merah kuning jersi terbaru  pasukan bola sepak Selangor, ternayata kehadiran nya mengejutkan orang ramai di majlis tersebut.

Kehadiran nya secara tidak formal itu  dilihat sebagai satu langkah untuk mengukuhkan kedudukan beliau di Selangor.

Walau bagaimanapun Datuk Seri Anwar bangun dan berjalan keluar dari majlis itu selepas 10 minit berada di sana , kerana  terpaksa bergegas ke Kedah bagi menghadiri satu acara disana.

No comments:

Post a Comment