Search This Blog

Friday, June 6, 2014

Penglibatan Kerabat Diraja Dalam Pasukan Selangor - Bola Daily - Bola Sepak Selangor Blog

Penglibatan Kerabat Diraja Dalam Pasukan <b>Selangor</b> - <b>Bola</b> Daily - Bola Sepak Selangor Blog


Penglibatan Kerabat Diraja Dalam Pasukan <b>Selangor</b> - <b>Bola</b> Daily

Posted: 08 May 2014 05:41 PM PDT

Share Button
kerabat diraja selangor,selangor,pemain baru selangor,kerabat diraja selangor,bola sepak selangor

Tengku Nana & Vateran Selangor

Telah tersebar di media sosial khabar angin tentang kemungkinan penglibatan kerabat Diraja Selangor dalam pasukan bola sepak Selangor.

Individu yang dikaitkan ialah Tengku Haji Shakirinal' Amin Shah, anakanda kepada Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tengku Shakirinal atau nama panggilannya Tengku Nana hadir di satu perlawanan persahabatan melibatkan bekas pemain-pemain Selangor di padang SUK ahad lepas.

Jika berita ini benar, Selangor akan menjadi pasukan ketiga dalam Liga Malaysia yang melibatkan kerabat Diraja, selepas Johor dan Pahang.

Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju.

Pihak yang bersetuju merasakan ini lah masanya untuk Selangor melakukan transformasi. Menjadi sebuah pasukan yang diuruskan dengan lebih baik dan profesional bila mana tapuk kempimpinan tidak lagi dipegang oleh orang politik.

Yang bersetuju juga mengharapkan akan ada suntikan dana yang lebih besar untuk skuad Gergasi Merah.

kerabat diraja selangor,selangor,red giant,merah kuning,kerabat diraja selangor

Tengku Haji Shakirinal' Amin Shah

Ada juga yang setuju, tetapi penglibatan pihak Istana itu tidak terlampau menonjol, cukup hanya dibelakang tabir.

Ini pula antara komen terbaik di facebook page UltraSel Curva yang tidak bersetuju penglibatan pihak Istana dalam bola sepak Selangor. Bila difikirkan, ada benarnya juga komen ini.

Sekadar pendapat peribadi….pada pandangan aku, kaum kerabat tak sepatutnye menguasai persatuan bolasepak…kerana golongan ini terlalu kuat pengaruhnya sehinggakan golongan ini seakan 'kebal' dari pelbagai sudut…cth nya, kritikan…dakwaan dan sebagainya…tengok sahaja apa yg trjadi pada FAM dan PBNJ…semua pasti sudah maklum dgn FAM dimana kegagalan 30 tahun diterajui oleh org yg sama dan tiada yg berani bersuara(sehingga kewujudan Ultras Malaya dan gerakan PFSLJ)..PBNJ pula telah menimbulkan pelbagai kontroversi setelah diambil alih oleh seorang kerabat..namun,tiada tindakan yg betul2 tegas dari FAM seolah-olah hanya kesalahan kecil yg telah dilakukan…Jadi,pendapat saya,tak salah jika kerabat ni terlibat dalam bolasepak (terutamanya Selangor),tetapi hanyalah sebagai pendukung or support persatuan…bukan penaung/pemilik….

ps: sekadar pendapat…peace, no war….
- Saiful Rizal

Adakah spekulasi ini akan menjadi kenyataan? Kita tunggu makluman rasmi dari pihak FAS dan pihak Istana Selangor.

Biar siapa pun yang menerajui FAS, tugas utama mereka ialah mengembalikan semula era kegemilangan The Red Giant. Sebuah pasukan yang penuh dengan tradisi kejuaraan.

Merah Kuning Keberanian Merempuh Segala Halangan,
Sekali Melangkah Buktikan Kemampuan
Selangor Darul Ehsan
Selangor Darul Ehsan

Apa pendapat anda tentang perkara ini, kongsikan di ruangan komen.

Sumber : suarasukan1mas.blogspot.com , fb.com/UltraSelCurva

Share Button

No comments:

Post a Comment