Search This Blog

Thursday, January 30, 2014

'Messi Indonesia' import terbaru Selangor » Laman Web Rasmi ... - Bola Sepak Selangor Blog

&#39;Messi Indonesia&#39; import terbaru <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog

&#39;Messi Indonesia&#39; import terbaru <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2013 02:20 AM PST

20131130

Selangor hari ini mendapatkan khidmat pemain tengah kebangsaan Indonesia, Andik Vermansah untuk memperkuat cabaran pasukan bagi menghadapi musim 2014.

Andik, 22, menandatangani kontrak selama setahun dan dijangka menyertai Selangor selepas berakhirnya Sukan SEA di Myanmar, bulan depan.

Beliau merupakan pemain import ketiga Selangor selepas penyerang Paulo Rangel dan Junior Aparecido, kedua-duanya dari Brazil.

Upacara ringkas menandatangani Andik di Jakarta tengahari tadi disaksikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim dan pengurus peribadi Andik, Muly Munial.

"Biar pun beliau (Andik) menerima tawaran dari kelab-kelab dari Jepun, Eropah dan Indonesia sendiri, Andik akhirnya telah memilih untuk menyertai Selangor yang telah menunjukkan kesungguhan dari mula untuk mendapatkan khidmatnya." ujar Muly.

Bekas pemain Persebaya 1927 ini merupakan pemain import ketiga Selangor dari negara jiran itu selepas Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy sejak permulaan Liga Semi Pro 1989.

Tuesday, January 28, 2014

Undian Piala AFC 2014 » Laman Web Rasmi Persatuan Bola Sepak ... - Bola Sepak Selangor Blog

Undian Piala AFC 2014 » Laman Web Rasmi Persatuan <b>Bola Sepak</b> <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog

Undian Piala AFC 2014 » Laman Web Rasmi Persatuan <b>Bola Sepak</b> <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 12:46 AM PST

afc-draw

Bukit jalil – Selangor bakal bertemu dengan kelab dari Vietnam, Indonesia dan Maldives untuk saingan Piala AFC 2014 yg dijadualkan berlansung bermula Febuari tahun depan. Dalam undian yang dijalankan di AFC House Bukit Jalil sebentar tadi, Selangor diletakkan di dalam kumpulan F bersama Hanoi T&T/Da Nang, Arema Indonesia dan Maziya S&R.

Setiausaha Agung FAS En. Rosman Ibrahim yang ditemui selepas itu berkata, bahawa sasaran Selangor kali ini ialah untuk sekurang2nya layak ke pusingan suku akhir setelah hanya berjaya melangkah ke pusingan ke 2 tahun ini.

Dengan 4 pemain impot bagi saingan musim 2014 diharap pemain-pemain dapat fokus dan berusaha utk layak sehingga separuh akhir

Sementara itu satu lagi wakil dari Malaysia, Kelantan diundi di dalam kumpulan G bersama kelab Yangon United (Myanmar), Vissai Ninh Binh (Vietnam) dan South China/Pegasus (Hong Kong).

Selangor ketika ini sedang menjalani latihan pra-musim di Melbourne, Australia dan akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di sana dalam rangka persiapan menghadapi musim baru 2014.

GROUP A A1. Suwaiq (OMN) or Saham (OMN) A2. That Ras Club (JOR) A3. Safa (LIB) A4. Winner of Playoff 1 * * 02/02/14 Ravshan (TJK) v Yarmouk (YEM) GROUP B B1. Kuwait SC (KUW) or Al Arabi (KUW) B2. Fanja (OMN) B3. Al Jaish (SYR) B4. Nejmeh (LIB) GROUP C C1. Al Hidd (BHR)) or Manama (BHR) C2. Al Qadsia (KUW) or Nasaf (KUW) C3. Al Shorta (IRQ) v Air Force (IRQ) C4. Al Wahda (SYR) GROUP D D1. Shabab Ordon (JOR) or Wehdat (JOR) D2. Riffa (BHR) D3. Winner of Playoff 2 * D4. Arbil (IRQ) * 02/02/14 Shabab Al-Dhahiriya SC (PLE) v FC Alay Osh (KGZ) EAST GROUP E E1. Persipura Jayapura (IDN) E2. Home United (SIN) E3. New Radiant SC (MDV) E4. Churchill Brothers (IND) GROUP F F1. Ha Noi T&T (VIE) or SHB Da Nang (VIE) F2. Arema Indonesia (IDN) F3. Selangor (MAS) F4. Maziya S&R (MDV) GROUP G G1. Yangon United (MYA) G2. XM Vissai Ninh Binh (VIE) G3. South China or Pegasus (HKG) G4. Kelantan (MAS) GROUP H H1. Tampines Rovers (SIN) or Balestier Khalsa (SIN) H2. Nay Pyi Taw (MYA) H3. Pune FC or East Bengal (IND) H4. Kitchee (HKG)

Monday, January 27, 2014

TV Selangor - Bola sepak: Selangor sasar menang 2 piala ... - Bola Sepak Selangor Blog

TV Selangor - <b>Bola sepak</b>: <b>Selangor</b> sasar menang 2 piala <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog

TV Selangor - <b>Bola sepak</b>: <b>Selangor</b> sasar menang 2 piala <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 02:30 AM PST

Hakcipta © 2013 - Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Pejabat Urusan Selangor Kini, Communication Corporation Sdn Bhd.
Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5523 4856   Faks : 03-5523 5856 &nsbp; Emel: [email protected]

Merah Kuning terus unggul di Melbourne Laman Web Rasmi <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 04:29 AM PST

5282

Selangor meneruskan rentak kemenangan dalam siri pra-musim di Melbourne, Australia apabila menewaskan South Melbourne 3-0 di Stadium Lakeside petang tadi.

Ini merupakan perlawanan kedua dan terakhir Selangor di benua Australia selepas menumbangkan lawan yang sama 4-0, Rabu lepas.

Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Mohd Fitri Shazwan Raduwan, S Veenod dan Muhammad Afiq Azmi.

Jurulatih, Mehmet Durakovic membuat tiga pertukaran kepada kesebelasan utamanya yang beraksi pada perlawanan pertama dengan P Rajesh, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid dan Afiq masing-masing mengambil tempat Mohd Azmi Muslim, Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan Abdul Shukur Jusoh.

Berbanding dengan perlawanan pertama, tuan rumah kali ini menampilkan barisan yang lebih stabil dan berpengalaman untuk mengekang pergerakan pemain-pemain Selangor.

Berhadapan lawan yang mempunyai kelebihan fizikal, corak permainan 'pass & move' yang ditekankan Durakovic memberi kelebihan bagi Merah Kuning untuk lebih mengancam kubu South Melbourne.

Biarpun diletakkan sebagai gandingan menyerang dengan Afiq, Abdul Hadi Yahya kerap bergerak ke bawah untuk menerima bola sambil mengelirukan pertahanan lawan yang mengekori beliau. Salah satu hasil gerakan sebegini menghasilkan gol pembukaan Selangor.

Hadi yang menerima bola di bahagian tengah bijak melorongkan bola buat S Kunanlan yang mempunyai ruang di bahagian sayap kanan. Kunanlan bijak melarikan bola dengan pantas sebelum melorongkan bola buat Fitri menjolok masuk gol pada minit ke-25 perlawanan.

Lima minit kemudian, pertahanan import Selangor, Steve Pantelidis hampir menggandakan jaringan apabila sepakan derasnya dari luar kotak penalti sekadar singgah di palang gol Melbourne.

Penjaga gol, Mohd Farizal Marlias kemudiannya membantu Selangor mengukuhkan kedudukan. Sebaik sahaja beliau menggagalkan sepakan penyerang lawan pada minit ke-40, Farizal pantas menyepak bola terus menuju ke arah Veenod yang tidak dikawal di dalam kawasan tuan rumah.

Larian deras Veenod berjaya mengatasi pertahanan terakhir yang mengawalnya sebelum menjaringkan gol kedua menewaskan penjaga gol Melbourne untuk kedudukan 2-0 ketika aksi babak pertama tamat.

Untuk aksi separuh masa kedua, Mohd Hamsani Ahmad, Azmi dan Shahrom dimasukkan bagi menggantikan Farizal, Bunyamin dan Pantelidis.

Selangor beberapa kali mengancam kubu lawan terutama hasil dari gerakan di kedua-dua belah sayap di mana Kunanlan dan Fitri saling bertukar posisi namun tidak berhasil.

Pemain muda, K Satish dimasukkan bagi menambah sengat bagi menggantikan Fitri pada minit ke 63.

Akhirnya Selangor mendapat gol tambahan yang dicari pada minit ke-75, sekali lagi bermula dari gerakan Hadi di bahagian tengah. Sebaik menerima bola, Hadi bertindak pantas menolak bola ke hadapan di antara pertahanan terakhir dan penjaga gol lawan. Afiq yang terlebih dahulu sampai kepada bola lantas melambungkan bola menerjah jaring ketika penjaga gol lawan tidak mampu berbuat apa-apa.

Ini adalah merupakan gol ketiga Afiq di Australia selepas beliau menjaringkan dua gol menentang South Melbourne sebelum ini.

Dengan kemenangan berada di dalam genggaman, jurulatih Mehmet Durakovic turut memberi peluang kepada penjaga gol Muhammad Syamim Othman dan Mohd Raimi Md Nor yang baru pulih sepenuhnya dari kecederaan peha untuk turut beraksi.

SELANGOR: Mohd Farizal Marlias (Mohd Hamsani Ahmad) (Muhammad Syamim Othman), P Rajesh, Steve Pantelidis (Muhammad Shahrom Abdul Kalam), Mohd Rizal Fahmi Rosid, Mohd Bunyamin Umar (Mohd Azmi Muslim), S Kunanlan (Mohd Raimi Md Nor), S Veenod, K Gurusamy, Mohd Fitri Shazwan Raduwan (K Satish), Abdul Hadi Yahya, Muhammad Afiq Azmi

Wednesday, January 22, 2014

Durakovic pikul tugas jurulatih Selangor » Laman Web Rasmi ... - Bola Sepak Selangor Blog

Durakovic pikul tugas jurulatih <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog

Durakovic pikul tugas jurulatih <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2013 01:17 AM PDT

Para Media,

Salam Sejahtera dari Persatuan Bolasepak Selangor.

Sila rujuk di lampiran surat rasmi bertajuk DURAKOVIC PIKUL TUGAS JURULATIH SELANGOR untuk versi Bahasa Malaysia dan DURAKOVIC TO ASSUME RED GIANT HOT-SEAT , versi dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Persatuan untuk siaran akhbar oleh pihak Media semua.

Segala kerjasama dari pihak Media adalah amat dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

MEHMED DURAKOVIC (malay)MEHMED DURAKOVIC (english)

Adam ketuai skuad Piala Presiden 2014 » Laman Web Rasmi <b>...</b> - FAS

Posted: 02 Jan 2014 11:37 PM PST

6075

Satu majlis penyerahan kontrak kepada pemain-pemain skuad Piala Presiden Selangor bagi musim 2014 berlangsung semalam.

Ia dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim serta dua penolongnya, Hamdan Hashim dan Raja Restam Azhar Raja Jaafar. Turut sama, Bendahari FAS, Datuk S Sivasundaram.

Selepas berjaya membawa skuad Piala Belia Selangor muncul juara kejohanan itu musim lalu, Adam Abdullah kini dilantik sebagai ketua jurulatih baru skuad Piala Presiden Selangor menggantikan Rusdi Suparman yang berhijrah ke PKNS FC sebagai penolong jurulatih skuad Liga Super PKNS FC.

Bagi skuad Piala Presiden Selangor 2014, Adam akan dibantu V Yogeswaran serta Khairulanwar Md Isa dan Ashazar Yahyah sementara Exco FAS, R Sekar Chandran dilantik sebagai pengurus pasukan.

Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Sivasundaram berkata, beliau berharap komunikasi kerap antara jurulatih-jurulatih dari skuad Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia musim ini mampu meningkatkan perkembangan pemain muda di negeri ini.

"Saya berasa gembira dengan minat ditunjukkan ketua jurulatih skuad Liga Super, Mehmet Durakovic dan penolongnya, P Maniam terhadap perkembangan pemain dalam skuad Piala Presiden dan Piala Belia.

"Saya harap komunikasi kerap antara jurulatih ketiga-tiga pasukan ini dapat meningkatkan proses pembangunan pemain di Selangor ini. Sebagai contoh, buat permulaan kita dapat melihat K Satish dari skuad Piala Presiden kini diberi peluang berlatih bersama skuad Liga Super. Kita mahu lebih ramai Satish di masa akan datang.

"Malah baru-baru ini, tiga pemain skuad Piala Presiden Selangor dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Muda C. Jadi kita mahu melahirkan ramai lagi pemain muda berbakat yang boleh diperkembangkan di peringkat lebih tinggi," kata Sivasundaram.

Skuad Piala Presiden Selangor bertolak ke Bukit Merah, Perak, hari ini sebagai hadiah sempena kejayaan mereka menjuarai Piala MK Land, dua minggu lalu dan pada masa sama ia turut merupakan persiapan pra musim dengan beberapa perlawanan persahabatan sehingga Isnin ini menjelang saingan Piala Presiden yang akan bermula hujung bulan ini.

<b>Selangor</b> uji ATM, petang Selasa » Laman Web Rasmi Persatuan <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 04:33 AM PST

6054

Selepas kembali daripada latihan dan aksi persahabatan pra musim di Melbourne, Australia, skuad Liga Super Selangor bakal menghadapi perlawanan persahabatan sulung di tanah air dalam persiapan menghadapi Liga-M 2014 bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Mini TUDM, Subang, petang Selasa ini (31 Disember 2013).

Selangor mencatat dua kemenangan ke atas South Melbourne dengan jaringan 4-0 dan 3-0 ketika kunjungan ke Melbourne, awal bulan ini.

Menjelang pertemuan dengan ATM, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic mahu melihat sejauh mana perkembangan prestasi dan keserasian anak-anak buahnya selepas sebulan mereka dikumpulkan bersama.

"Saya mahu melihat para pemain saya melaksanakan apa yang mereka pelajari sepanjang latihan pra musim kami setakat ini. Saya juga mahu lihat sejauh mana prestasi pasukan kami ini jika dibandingkan dengan pasukan tempatan yang lain bermula dengan aksi bertemu ATM ini.

"Saya tak sabar untuk menghadapi perlawanan persahabatan pertama di tanah air ini," kata Mehmet ketika ditemui FASELANGOR.MY hari ini.

Biarpun penyerang dari Harimau Muda A, A Thamil Arasu sudah mula menyertai pasukan, hari ini manakala pemain sayap import dari Indonesia, Andik Vermasyah akan memulakan latihan, 1 Januari ini, Durakovic tidak dapat menurunkan S Veenod dan S Kunanlan untuk bertemu ATM.

"Veenod mengalami kecederaan betis tetapi tidak begitu serius dan mungkin akan kembali dalam tempoh seminggu manakala Kunanlan mengalami sedikit demam. Selain daripada itu, keadaan pasukan cukup baik. Walaupun tidak memiliki skuad besar untuk bertemu ATM, saya rasa kami mampu memberi saingan.

"Saya gembira dengan apa yang kami lakukan setakat ini. Tanpa Thamil dan Andik sekali pun, perancangan pasukan tidak begitu terjejas dengan pemain-pemain lain gigih menjalani latihan dan berusaha merebut tempat dalam kesebelasan," jelas Durakovic.

Selain Andik, tiga lagi pemain import Selangor musim 2014 ini terdiri daripada pemain pertahanan dari Australia, Steve Pantelidis serta dua import dari Brazil, Paulo Rangel dan Junior Aparecido.

Manakala antara muka baru di kalangan pemain tempatan pula terdiri daripada Farizal Marlias, Hamsani Ahmad, Shahrom Kalam, Azmi Muslim, Rizal Fahmi Rosid dan Abdul Hadi Yahya.

Antara tonggak 2013 yang dikekalkan pula ialah Bunyamin Umar, Raimi Md Nor, K Gurusamy, Fitri Shazwan Raduwan dan Afiq Azmi.

Pendedahan berguna buat pemain - Nazli » Laman Web Rasmi <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2013 08:11 PM PST

5380b

Jurulatih pasukan Piala Belia Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir menyifatkan pengalaman berguna yang diperolehi para pemainnya hasil dari perlawanan-perlawanan Piala FA dan Liga Super Selangor jauh lebih penting berbanding keputusan perlawanan.

Berkata selepas menyaksikan Belia Selangor A mencipta satu lagi kejutan dengan menyingkirkan Sharpees 1-0 di pusingan ketiga Piala FA, petang semalam, Nazli berharap lawan-lawan yang bakal dihadapi nanti akan terus mendewasakan mereka.

"Anak-anak buah saya baru menjalani 2 minggu latihan secara intensif dan banyak lagi ruang-ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Perlawanan seperti ini (Sharpees) dan yang mendatang, menentang lawan yang lebih berusia, berpengalaman dan menerapkan corak permainan fizikal merupakan pendedahan yang berguna buat pemain yang rata-rata majoritinya berusia 17 tahun.

5379

"Saya berharap mereka akan terus menunjukkan peningkatan dari perlawanan ke perlawanan seterusnya menjelang kejohanan Piala Belia FAM 2014 yang bakal berlangsung di Melaka pertengahan 2014 nanti, mereka sudah bersedia sepenuhnya." tambah Nazli.

Ini merupakan kejutan kedua dicipta Belia Selangor A selepas minggu lalu, mereka menewaskan pasukan pilihan, PKNS di pusingan kedua menerusi sepakan penalti 4-2 selepas keputusan masa sebenar berakhir tanpa jaringan.

Untuk edisi 2014 ini, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menghantar dua pasukan bawah-19 untuk menyertai musim baru Liga FAS yang bermula dengan kejohanan Piala FA, beberapa minggu lalu.

Belia Selangor A terdiri daripada pemain-pemain yang mempersiapkan diri menghadapi Piala Belia FAM 2014 manakala Belia Selangor B kebanyakannya dibarisi pemain-pemain berusia 16-18 tahun. Belia Selangor A diletakkan di dalam Kumpulan A manakala Belia Selangor B bakal beraksi di Kumpulan B Liga Super FAS.

Belia <b>Selangor</b> A mara ke suku akhir - Laman Web Rasmi Persatuan <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2013 08:21 PM PST

5325

Gol tunggal G Surender memastikan skuad Piala Belia Selangor A mara ke perlawanan suku akhir Piala FA Selangor, menewaskan Sharpees 1-0 dalam perlawanan pusingan ke-3 yang berlangsung di Padang SUK B, petang semalam.

Perlawanan rancak dipamerkan kedua-dua pasukan biar pun berlangsung di atas permukaan padang lecak selepas hujan lebat yang turun kelmarin.

Gol tunggal permainan pada minit ke-22 terhasil apabila Surender bijak melepasi perangkap ofsaid lawan sebelum menewaskan penjaga gol lawan dalam situasi satu lawan satu.

Selangor juga harus berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Amirul Aiman Amran yang menyelamatkan sepakan penalti Sharpees ketika permainan berbaki lima minit.

Belia Selangor A di bawah bimbingan Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir ini dalam rangka persiapan mempertahankan Piala Belia FAM Bawah 19 tahun edisi 2014. Selangor menamatkan kemarau 7 tahun untuk menjuarai edisi tahun ini, Jun lalu.

Minggu lalu, mereka menewaskan pasukan pilihan, PKNS di pusingan kedua menerusi sepakan penalti 4-2 selepas keputusan masa sebenar berakhir tanpa jaringan.

Cabaran lebih getir menanti anak-anak muda ini apabila bakal berhadapan wakil Liga Super FAS, TLDM di peringkat suku akhir yang bakal berlangsung pada Sabtu, 28 Disember nanti.

Temubual: Andik sedia bukti kemampuan » Laman Web Rasmi <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2014 03:22 PM PST

andik750x400

Pemain import keempat Selangor musim ini, Andik Vermansah dari Indonesia akhirnya muncul menjalani latihan pertama bersama rakan sepasukannya yang lain di Padang SUK, Shah Alam, petang semalam.

Berbanding pemain lain yang sudah sebulan menjalani latihan pra musim di bawah kendalian ketua jurulatih, Mehmet Durakovic, bekas pemain sayap Persebaya 1927 berusia 23 tahun itu lewat menyertai pasukan kerana diberi cuti selepas membantu skuad B-23 Indonesia meraih pingat perak di Sukan SEA 2013 di Myanmar, bulan lalu.

Ikuti temubual FASELANGOR.MY bersama Andik selepas sesi latihan petang semalam dengan pemain lincah berketinggian 1.63 meter itu berkongsi rahsia antara lain mengapa beliau memilih jersi No 7 bersama Selangor dan faktor dua bekas pemain import Selangor dari Indonesia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy menjadi punca beliau menolak tawaran daripada dua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang lain.

Bagaimana Andik rasa selepas menjalani latihan pertama bersama skuad Selangor?

Ya, saya sangat gembira sekali. Rakan-rakan sepasukan lain sangat peramah dan jurulatih juga seorang yang bagus. Kami sepasukan saling berkomunikasi. Cuma saya sedikit sukar untuk berbahasa Inggeris bersama jurulatih. Jadi apabila sesuatu yang saya tidak faham, saya akan bertanya kepada rakan sepasukan lain. Tapi itu bukan masalah besar dan saya gembira dengan suasana harmoni pasukan.

Mengapa Andik memilih Liga-M sedangkan Andik dikhabarkan turut menerima tawaran dari kelab luar lain antaranya Jepun?

Saya pilih beraksi di Liga-M kerana saya melihat Malaysia dari setahun ke setahun semakin bagus terutama selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 serta Sukan SEA 2009 dan 2011. Saya rasa itu sesuatu yang cukup bagus dan Selangor pula sebuah pasukan yang memiliki nama besar kerana dua pemain senior dari Indonesia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy pernah mencipta kejayaan bersama Selangor. Jadi saya hadir ke sini dengan impian untuk mengulangi kejayaan mereka berdua. Saya mahu cipta nama di sini.

Adakah kehadiran dua lagi pemain dari Indonesia iaitu Hamka Hamzah bersama PKNS FC dan Patrich Wanggai bersama T-Team musim ini menjadi faktor Andik turut berminat beraksi di Malaysia?

Oh tidak sama sekali. Sebenarnya sebelum menerima tawaran daripada Selangor, saya ada menerima dua tawaran daripada pasukan lain dari Malaysia. Tapi saya tunggu dahulu tawaran daripada Selangor dan apabila FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) menawarkan kontrak, saya tanpa berfikir panjang terus menerimanya kerana Selangor pasukan yang bagus. Saya sering menonton di Internet dan YouTube mengenai pasukan Selangor. Saya mahu jadi seperti Bambang dan Elie, sebab itu saya pilih Selangor.

Tapi terdapat pihak yang meragui kemampuan Andik selepas menyaksikan aksi kurang memberangsangkan daripada Andik sewaktu bersama skuad B-23 Indonesia di Sukan SEA 2013. Apa komen Andik?

Sebenarnya pada pertengahan pertama saingan di Myanmar, saya mengalami kecederaan di bahagian paha kanan sehingga tidak boleh berjalan langsung selama dua hari. Tapi saya paksa diri juga untuk terus membantu pasukan kerana tiada pengganti biarpun berasa sakit. Sebab itulah saya tidak dapat memberikan persembahan maksimum ketika di Sukan SEA. Tapi sekarang alhamdulillah saya sudah pulih 90 peratus. Cuma perlu mengembalikan tahap kecergasan.

Kehadiran Andik diharapkan para penyokong Selangor mampu mengulangi kejayaan dicipta Bambang dan Elie. Adakah Andik menganggap ia sebagai tekanan?

Ya pastinya satu tanggungjawab yang cukup besar. Namun saya perlu tenang dalam menjalankan tugas diberi. Mungkin jika bukan daripada saya, rakan sepasukan lain mampu memberikan sesuatu. Apa pun dengan kerjasama sepasukan, saya yakin kami mampu berjaya mencapai salah satu kejuaraan musim ini. Saya janji beri yang terbaik. Saya bukan pemain yang hebat tetapi saya teruja untuk memberikan aksi terbaik yang saya mampu lakukan.

Dengan skuad Selangor musim ini mempunyai ramai pemain di barisan serangan dan Andik juga perlu bersaing merebut tempat kerana hanya tiga daripada empat pemain import boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama aksi Liga-M, mampukah Andik mendapat tempat?

Tugas saya hanya mempamerkan prestasi terbaik dan terserah kepada jurulatih untuk membuat keputusan. Jika diberi tanggungjawab beraksi dalam kesebelasan, saya perlu sentiasa bersiap sedia. Tidak kiralah saya diletakkan di posisi mana, sama ada sayap kiri, sayap kanan atau sebagai pembantu penyerang, saya akan cuba melaksanakannya sebaik mungkin. Saya datang jauh-jauh dari Indonesia, sudah tentulah saya mahu beraksi dalam kesebelasan utama.

Akhir sekali, Andik sebenarnya mempunyai pilihan untuk mengambil jersi No 10 dalam pasukan Selangor, sama nombor jersi seperti Lionel Messi memandangkan Andik digelar 'Messi Indonesia'. Tapi kenapa pilih jersi No 7 untuk pasukan Selangor musim ini?

Tidak.. Saya tidak suka Messi sama sekali. Tak tahu kenapa masyarakat menggelar saya begitu. Mungkin itu penilaian mereka. Tapi saya pilih No 7 bersama Selangor kerana saya sememangnya meminati Cristiano Ronaldo yang sentiasa memakai jersi No 7. Saya tak mahu No 10 sama seperti Messi kerana dia bagus sekali, saya kurang bagus. Lagipun saya lebih meminati Ronaldo. Biarpun tak dapat menyamai kehebatan Ronaldo, saya banyak belajar untuk melakukan skil sepertinya.

Sunday, January 19, 2014

Merah Kuning terus unggul di Melbourne » Laman Web Rasmi ... - Bola Sepak Selangor Blog

Merah Kuning terus unggul di Melbourne » Laman Web Rasmi <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog

Merah Kuning terus unggul di Melbourne » Laman Web Rasmi <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 04:29 AM PST

5282

Selangor meneruskan rentak kemenangan dalam siri pra-musim di Melbourne, Australia apabila menewaskan South Melbourne 3-0 di Stadium Lakeside petang tadi.

Ini merupakan perlawanan kedua dan terakhir Selangor di benua Australia selepas menumbangkan lawan yang sama 4-0, Rabu lepas.

Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Mohd Fitri Shazwan Raduwan, S Veenod dan Muhammad Afiq Azmi.

Jurulatih, Mehmet Durakovic membuat tiga pertukaran kepada kesebelasan utamanya yang beraksi pada perlawanan pertama dengan P Rajesh, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid dan Afiq masing-masing mengambil tempat Mohd Azmi Muslim, Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan Abdul Shukur Jusoh.

Berbanding dengan perlawanan pertama, tuan rumah kali ini menampilkan barisan yang lebih stabil dan berpengalaman untuk mengekang pergerakan pemain-pemain Selangor.

Berhadapan lawan yang mempunyai kelebihan fizikal, corak permainan 'pass & move' yang ditekankan Durakovic memberi kelebihan bagi Merah Kuning untuk lebih mengancam kubu South Melbourne.

Biarpun diletakkan sebagai gandingan menyerang dengan Afiq, Abdul Hadi Yahya kerap bergerak ke bawah untuk menerima bola sambil mengelirukan pertahanan lawan yang mengekori beliau. Salah satu hasil gerakan sebegini menghasilkan gol pembukaan Selangor.

Hadi yang menerima bola di bahagian tengah bijak melorongkan bola buat S Kunanlan yang mempunyai ruang di bahagian sayap kanan. Kunanlan bijak melarikan bola dengan pantas sebelum melorongkan bola buat Fitri menjolok masuk gol pada minit ke-25 perlawanan.

Lima minit kemudian, pertahanan import Selangor, Steve Pantelidis hampir menggandakan jaringan apabila sepakan derasnya dari luar kotak penalti sekadar singgah di palang gol Melbourne.

Penjaga gol, Mohd Farizal Marlias kemudiannya membantu Selangor mengukuhkan kedudukan. Sebaik sahaja beliau menggagalkan sepakan penyerang lawan pada minit ke-40, Farizal pantas menyepak bola terus menuju ke arah Veenod yang tidak dikawal di dalam kawasan tuan rumah.

Larian deras Veenod berjaya mengatasi pertahanan terakhir yang mengawalnya sebelum menjaringkan gol kedua menewaskan penjaga gol Melbourne untuk kedudukan 2-0 ketika aksi babak pertama tamat.

Untuk aksi separuh masa kedua, Mohd Hamsani Ahmad, Azmi dan Shahrom dimasukkan bagi menggantikan Farizal, Bunyamin dan Pantelidis.

Selangor beberapa kali mengancam kubu lawan terutama hasil dari gerakan di kedua-dua belah sayap di mana Kunanlan dan Fitri saling bertukar posisi namun tidak berhasil.

Pemain muda, K Satish dimasukkan bagi menambah sengat bagi menggantikan Fitri pada minit ke 63.

Akhirnya Selangor mendapat gol tambahan yang dicari pada minit ke-75, sekali lagi bermula dari gerakan Hadi di bahagian tengah. Sebaik menerima bola, Hadi bertindak pantas menolak bola ke hadapan di antara pertahanan terakhir dan penjaga gol lawan. Afiq yang terlebih dahulu sampai kepada bola lantas melambungkan bola menerjah jaring ketika penjaga gol lawan tidak mampu berbuat apa-apa.

Ini adalah merupakan gol ketiga Afiq di Australia selepas beliau menjaringkan dua gol menentang South Melbourne sebelum ini.

Dengan kemenangan berada di dalam genggaman, jurulatih Mehmet Durakovic turut memberi peluang kepada penjaga gol Muhammad Syamim Othman dan Mohd Raimi Md Nor yang baru pulih sepenuhnya dari kecederaan peha untuk turut beraksi.

SELANGOR: Mohd Farizal Marlias (Mohd Hamsani Ahmad) (Muhammad Syamim Othman), P Rajesh, Steve Pantelidis (Muhammad Shahrom Abdul Kalam), Mohd Rizal Fahmi Rosid, Mohd Bunyamin Umar (Mohd Azmi Muslim), S Kunanlan (Mohd Raimi Md Nor), S Veenod, K Gurusamy, Mohd Fitri Shazwan Raduwan (K Satish), Abdul Hadi Yahya, Muhammad Afiq Azmi

Saturday, January 18, 2014

TEMUBUAL: Panta mahu ikut jejak lagenda » Laman Web Rasmi ... - Bola Sepak Selangor Blog

TEMUBUAL: Panta mahu ikut jejak lagenda » Laman Web Rasmi <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog

TEMUBUAL: Panta mahu ikut jejak lagenda » Laman Web Rasmi <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 03:53 PM PST

4306b

Ramai peminat Selangor ingin mengenali Steve Pantelidis, pemain pertahanan berusia 30 tahun dari Australia ini. Nyata Panta tidak lokek untuk berkongsi mengenai sebab beliau menerima tawaran Selangor, rekod buruk disiplin di Australia dan hasrat melihat anaknya menjadi warganegara Malaysia. Ikuti bual bicara eksklusif FASELANGOR.MY dengan beliau.

MENGENAI NAMA SAMARAN

Steve atau Panta (disebut pen-ta)

MENGENAI SELANGOR

Saya pernah bermain untuk Mehmet (Durakovic) sebelum ini. Saya juga tahu beliau adalah seorang lagenda di Selangor dan saya anggap ini sebagai satu cabaran. Saya berharap untuk mengikut jejak langkah Mehmet di Selangor dan menjadi pemain yang hebat serta dikenang peminat seperti beliau.

MENGENAI PERTH GLORY

Saya sedang dalam perbincangan untuk memperbaharui kontrak dengan Perth Glory, malangnya gagal menemui persetujuan bersama, ketika itu Selangor hadir dengan tawaran. Setelah hampir 9 tahun bermain di A-League, saya melihat ini sebagai peluang untuk menimba pengalaman di negara berbeza.

Saya hadir dengan Perth Glory untuk perlawanan pra-musim dengan Johor (Darul Takzim) pada Ogos lalu. Dan saya dapati suasana persekitaran, penyokong di stadium, malah layanan mesra dari semua orang yang saya jumpa menarik perhatian saya. Jadi, saya teruja untuk menikmati semua itu dengan lebih dekat kali ini.

MENGENAI LIGA INDONESIA

Saya bermain di Liga Primer Indonesia (LPI) untuk Medan Bintang kira-kira 15 minggu sebelum liga tersebut diharamkan ketika krisis dalaman Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) kian melarat. Semua pemain yang terlibat di dalam LPI ditamatkan kontrak serta-merta dan kes tersebut sedang disiasat FIFA ketika ini. Adalah amat malang perkara ini berlaku ketika saya menikmati musim yang produktif bersama Medan Bintang, menjaringkan 2 gol dalam hanya 10 perlawanan dan diberi lilitan ketua pasukan.

MENGENAI POSISI TERBAIK
5162

Saya boleh bermain sebagai pertahanan tengah dan juga pemain tengah bertahan (defensive midfielder). Saya bercita-cita untuk untuk menjaringkan lebih banyak gol. Malah saya mempunyai rekod yang baik di Indonesia, dan saya berharap untuk mengulangi rekod sedemikian di Selangor – melalui sepakan percuma dan sudut dengan memenangi tandukan ketika situasi set-piece tersebut.

MENGENAI KUALA LUMPUR

Saya ke Kuala Lumpur beberapa minggu lalu tetapi hanya sempat menjalani ujian perubatan dan menandatangani kontrak sahaja. Walau bagaimana pun ini bukan kali pertama saya ke bandaraya ini, saya pernah menjejak kaki ke sini ketika mewakili Institut Sukan Australia (AIS – Australian Institute of Sport) kira-kira 10-11 tahun yang lalu. Saya berhasrat untuk melawat lebih banyak tempat menarik di Kuala Lumpur jika ada masa lapang.

MENGENAI REPUTASI SEBAGAI PEMAIN TIDAK BERDISIPLIN

Saya tidak begitu mengambil perhatian pada statistik, tetapi saya yakin pengadil A-League banyak memberi kad amaran kepada saya berdasarkan kepada reputasi silam. Ketika saya bermain dengan Gold Coast (United) beberapa tahun lalu, permainan saya tidak berapa baik. Saya banyak melakukan bentesan lewat dan hasilnya dilayangkan kad kuning yang mengakibatkan penggantungan.

Walaupun permainan saya jauh bertambah baik, namun pengadil nampaknya masih mempunyai tanggapan tertentu terhadap corak permainan saya. Banyak kad kuning saya terima hanya dengan sedikit sentuhan, kebanyakannya kurang adil dan jurulatih saya di Perth Glory turut bersetuju dengan pandangan ini. Sejak akhir-akhir ini nampaknya ada perubahan dan masalah saya dengan pengadilan hampir tidak ada lagi.

MENGENAI KELUARGA

Kini isteri saya sedang mengandung dan beliau akan menyertai saya di Malaysia dalam masa 2 minggu lagi. Jika semuanya berjalan lancar, isteri saya dijangka akan melahirkan cahaya mata pada bulan Mei 2014 nanti. Harapnya anak saya nanti lahir di Malaysia dan jika tiada halangan, dapat menjadi warganegara Malaysia.

MENGENAI HARAPAN MUSIM 2014

Setakat ini, saya dapati secara keseluruhannya pasukan ini sangat bagus. Saya faham Selangor adalah antara pasukan terbesar di Malaysia dan kami diharapkan untuk meraih kemenangan setiap kali turun ke padang. Apa yang saya lihat, barisan pertahanan yang bergandingan bersama saya baik-baik belaka, kami mudah untuk mencipta persefahaman dan saya yakin kami sukar ditembusi lawan.

Malah saya kagum dengan kehebatan penjaga gol (Farizal Marlias) yang juga merupakan penjaga gol kebangsaan. Barisan kejurulatihan yang baik diharapkan akan membimbing kami untuk memperbaiki persembahan di atas padang. Semoga prestasi terbaik kami dapat diteruskan apabila musim baru bermula nanti.