TEMUBUAL: Panta mahu ikut jejak lagenda » Laman Web Rasmi <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
TEMUBUAL: Panta mahu ikut jejak lagenda » Laman Web Rasmi <b>...</b> Posted: 15 Dec 2013 03:53 PM PST Ramai peminat Selangor ingin mengenali Steve Pantelidis, pemain pertahanan berusia 30 tahun dari Australia ini. Nyata Panta tidak lokek untuk berkongsi mengenai sebab beliau menerima tawaran Selangor, rekod buruk disiplin di Australia dan hasrat melihat anaknya menjadi warganegara Malaysia. Ikuti bual bicara eksklusif FASELANGOR.MY dengan beliau. MENGENAI NAMA SAMARANSteve atau Panta (disebut pen-ta) MENGENAI SELANGORSaya pernah bermain untuk Mehmet (Durakovic) sebelum ini. Saya juga tahu beliau adalah seorang lagenda di Selangor dan saya anggap ini sebagai satu cabaran. Saya berharap untuk mengikut jejak langkah Mehmet di Selangor dan menjadi pemain yang hebat serta dikenang peminat seperti beliau. MENGENAI PERTH GLORYSaya sedang dalam perbincangan untuk memperbaharui kontrak dengan Perth Glory, malangnya gagal menemui persetujuan bersama, ketika itu Selangor hadir dengan tawaran. Setelah hampir 9 tahun bermain di A-League, saya melihat ini sebagai peluang untuk menimba pengalaman di negara berbeza. Saya hadir dengan Perth Glory untuk perlawanan pra-musim dengan Johor (Darul Takzim) pada Ogos lalu. Dan saya dapati suasana persekitaran, penyokong di stadium, malah layanan mesra dari semua orang yang saya jumpa menarik perhatian saya. Jadi, saya teruja untuk menikmati semua itu dengan lebih dekat kali ini. MENGENAI LIGA INDONESIASaya bermain di Liga Primer Indonesia (LPI) untuk Medan Bintang kira-kira 15 minggu sebelum liga tersebut diharamkan ketika krisis dalaman Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) kian melarat. Semua pemain yang terlibat di dalam LPI ditamatkan kontrak serta-merta dan kes tersebut sedang disiasat FIFA ketika ini. Adalah amat malang perkara ini berlaku ketika saya menikmati musim yang produktif bersama Medan Bintang, menjaringkan 2 gol dalam hanya 10 perlawanan dan diberi lilitan ketua pasukan. MENGENAI POSISI TERBAIK![]() Saya boleh bermain sebagai pertahanan tengah dan juga pemain tengah bertahan (defensive midfielder). Saya bercita-cita untuk untuk menjaringkan lebih banyak gol. Malah saya mempunyai rekod yang baik di Indonesia, dan saya berharap untuk mengulangi rekod sedemikian di Selangor – melalui sepakan percuma dan sudut dengan memenangi tandukan ketika situasi set-piece tersebut. MENGENAI KUALA LUMPURSaya ke Kuala Lumpur beberapa minggu lalu tetapi hanya sempat menjalani ujian perubatan dan menandatangani kontrak sahaja. Walau bagaimana pun ini bukan kali pertama saya ke bandaraya ini, saya pernah menjejak kaki ke sini ketika mewakili Institut Sukan Australia (AIS – Australian Institute of Sport) kira-kira 10-11 tahun yang lalu. Saya berhasrat untuk melawat lebih banyak tempat menarik di Kuala Lumpur jika ada masa lapang. MENGENAI REPUTASI SEBAGAI PEMAIN TIDAK BERDISIPLINSaya tidak begitu mengambil perhatian pada statistik, tetapi saya yakin pengadil A-League banyak memberi kad amaran kepada saya berdasarkan kepada reputasi silam. Ketika saya bermain dengan Gold Coast (United) beberapa tahun lalu, permainan saya tidak berapa baik. Saya banyak melakukan bentesan lewat dan hasilnya dilayangkan kad kuning yang mengakibatkan penggantungan. Walaupun permainan saya jauh bertambah baik, namun pengadil nampaknya masih mempunyai tanggapan tertentu terhadap corak permainan saya. Banyak kad kuning saya terima hanya dengan sedikit sentuhan, kebanyakannya kurang adil dan jurulatih saya di Perth Glory turut bersetuju dengan pandangan ini. Sejak akhir-akhir ini nampaknya ada perubahan dan masalah saya dengan pengadilan hampir tidak ada lagi. MENGENAI KELUARGAKini isteri saya sedang mengandung dan beliau akan menyertai saya di Malaysia dalam masa 2 minggu lagi. Jika semuanya berjalan lancar, isteri saya dijangka akan melahirkan cahaya mata pada bulan Mei 2014 nanti. Harapnya anak saya nanti lahir di Malaysia dan jika tiada halangan, dapat menjadi warganegara Malaysia. MENGENAI HARAPAN MUSIM 2014Setakat ini, saya dapati secara keseluruhannya pasukan ini sangat bagus. Saya faham Selangor adalah antara pasukan terbesar di Malaysia dan kami diharapkan untuk meraih kemenangan setiap kali turun ke padang. Apa yang saya lihat, barisan pertahanan yang bergandingan bersama saya baik-baik belaka, kami mudah untuk mencipta persefahaman dan saya yakin kami sukar ditembusi lawan. Malah saya kagum dengan kehebatan penjaga gol (Farizal Marlias) yang juga merupakan penjaga gol kebangsaan. Barisan kejurulatihan yang baik diharapkan akan membimbing kami untuk memperbaiki persembahan di atas padang. Semoga prestasi terbaik kami dapat diteruskan apabila musim baru bermula nanti. ![]() |
Pendedahan berguna buat pemain - Nazli » Laman Web Rasmi <b>...</b> Posted: 22 Dec 2013 08:11 PM PST Jurulatih pasukan Piala Belia Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir menyifatkan pengalaman berguna yang diperolehi para pemainnya hasil dari perlawanan-perlawanan Piala FA dan Liga Super Selangor jauh lebih penting berbanding keputusan perlawanan. Berkata selepas menyaksikan Belia Selangor A mencipta satu lagi kejutan dengan menyingkirkan Sharpees 1-0 di pusingan ketiga Piala FA, petang semalam, Nazli berharap lawan-lawan yang bakal dihadapi nanti akan terus mendewasakan mereka. "Anak-anak buah saya baru menjalani 2 minggu latihan secara intensif dan banyak lagi ruang-ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki. "Perlawanan seperti ini (Sharpees) dan yang mendatang, menentang lawan yang lebih berusia, berpengalaman dan menerapkan corak permainan fizikal merupakan pendedahan yang berguna buat pemain yang rata-rata majoritinya berusia 17 tahun. ![]() "Saya berharap mereka akan terus menunjukkan peningkatan dari perlawanan ke perlawanan seterusnya menjelang kejohanan Piala Belia FAM 2014 yang bakal berlangsung di Melaka pertengahan 2014 nanti, mereka sudah bersedia sepenuhnya." tambah Nazli. Ini merupakan kejutan kedua dicipta Belia Selangor A selepas minggu lalu, mereka menewaskan pasukan pilihan, PKNS di pusingan kedua menerusi sepakan penalti 4-2 selepas keputusan masa sebenar berakhir tanpa jaringan. Untuk edisi 2014 ini, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menghantar dua pasukan bawah-19 untuk menyertai musim baru Liga FAS yang bermula dengan kejohanan Piala FA, beberapa minggu lalu. Belia Selangor A terdiri daripada pemain-pemain yang mempersiapkan diri menghadapi Piala Belia FAM 2014 manakala Belia Selangor B kebanyakannya dibarisi pemain-pemain berusia 16-18 tahun. Belia Selangor A diletakkan di dalam Kumpulan A manakala Belia Selangor B bakal beraksi di Kumpulan B Liga Super FAS. ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment