Search This Blog

Friday, January 17, 2014

Adam ketuai skuad Piala Presiden 2014 » Laman Web Rasmi ... - FAS - Bola Sepak Selangor Blog

Adam ketuai skuad Piala Presiden 2014 » Laman Web Rasmi <b>...</b> - FAS - Bola Sepak Selangor Blog


Adam ketuai skuad Piala Presiden 2014 » Laman Web Rasmi <b>...</b> - FAS

Posted: 02 Jan 2014 11:37 PM PST

6075

Satu majlis penyerahan kontrak kepada pemain-pemain skuad Piala Presiden Selangor bagi musim 2014 berlangsung semalam.

Ia dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim serta dua penolongnya, Hamdan Hashim dan Raja Restam Azhar Raja Jaafar. Turut sama, Bendahari FAS, Datuk S Sivasundaram.

Selepas berjaya membawa skuad Piala Belia Selangor muncul juara kejohanan itu musim lalu, Adam Abdullah kini dilantik sebagai ketua jurulatih baru skuad Piala Presiden Selangor menggantikan Rusdi Suparman yang berhijrah ke PKNS FC sebagai penolong jurulatih skuad Liga Super PKNS FC.

Bagi skuad Piala Presiden Selangor 2014, Adam akan dibantu V Yogeswaran serta Khairulanwar Md Isa dan Ashazar Yahyah sementara Exco FAS, R Sekar Chandran dilantik sebagai pengurus pasukan.

Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Sivasundaram berkata, beliau berharap komunikasi kerap antara jurulatih-jurulatih dari skuad Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia musim ini mampu meningkatkan perkembangan pemain muda di negeri ini.

"Saya berasa gembira dengan minat ditunjukkan ketua jurulatih skuad Liga Super, Mehmet Durakovic dan penolongnya, P Maniam terhadap perkembangan pemain dalam skuad Piala Presiden dan Piala Belia.

"Saya harap komunikasi kerap antara jurulatih ketiga-tiga pasukan ini dapat meningkatkan proses pembangunan pemain di Selangor ini. Sebagai contoh, buat permulaan kita dapat melihat K Satish dari skuad Piala Presiden kini diberi peluang berlatih bersama skuad Liga Super. Kita mahu lebih ramai Satish di masa akan datang.

"Malah baru-baru ini, tiga pemain skuad Piala Presiden Selangor dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Muda C. Jadi kita mahu melahirkan ramai lagi pemain muda berbakat yang boleh diperkembangkan di peringkat lebih tinggi," kata Sivasundaram.

Skuad Piala Presiden Selangor bertolak ke Bukit Merah, Perak, hari ini sebagai hadiah sempena kejayaan mereka menjuarai Piala MK Land, dua minggu lalu dan pada masa sama ia turut merupakan persiapan pra musim dengan beberapa perlawanan persahabatan sehingga Isnin ini menjelang saingan Piala Presiden yang akan bermula hujung bulan ini.

Undian Piala AFC 2014 » Laman Web Rasmi Persatuan <b>Bola Sepak</b> <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 12:46 AM PST

afc-draw

Bukit jalil – Selangor bakal bertemu dengan kelab dari Vietnam, Indonesia dan Maldives untuk saingan Piala AFC 2014 yg dijadualkan berlansung bermula Febuari tahun depan. Dalam undian yang dijalankan di AFC House Bukit Jalil sebentar tadi, Selangor diletakkan di dalam kumpulan F bersama Hanoi T&T/Da Nang, Arema Indonesia dan Maziya S&R.

Setiausaha Agung FAS En. Rosman Ibrahim yang ditemui selepas itu berkata, bahawa sasaran Selangor kali ini ialah untuk sekurang2nya layak ke pusingan suku akhir setelah hanya berjaya melangkah ke pusingan ke 2 tahun ini.

Dengan 4 pemain impot bagi saingan musim 2014 diharap pemain-pemain dapat fokus dan berusaha utk layak sehingga separuh akhir

Sementara itu satu lagi wakil dari Malaysia, Kelantan diundi di dalam kumpulan G bersama kelab Yangon United (Myanmar), Vissai Ninh Binh (Vietnam) dan South China/Pegasus (Hong Kong).

Selangor ketika ini sedang menjalani latihan pra-musim di Melbourne, Australia dan akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di sana dalam rangka persiapan menghadapi musim baru 2014.

GROUP A A1. Suwaiq (OMN) or Saham (OMN) A2. That Ras Club (JOR) A3. Safa (LIB) A4. Winner of Playoff 1 * * 02/02/14 Ravshan (TJK) v Yarmouk (YEM) GROUP B B1. Kuwait SC (KUW) or Al Arabi (KUW) B2. Fanja (OMN) B3. Al Jaish (SYR) B4. Nejmeh (LIB) GROUP C C1. Al Hidd (BHR)) or Manama (BHR) C2. Al Qadsia (KUW) or Nasaf (KUW) C3. Al Shorta (IRQ) v Air Force (IRQ) C4. Al Wahda (SYR) GROUP D D1. Shabab Ordon (JOR) or Wehdat (JOR) D2. Riffa (BHR) D3. Winner of Playoff 2 * D4. Arbil (IRQ) * 02/02/14 Shabab Al-Dhahiriya SC (PLE) v FC Alay Osh (KGZ) EAST GROUP E E1. Persipura Jayapura (IDN) E2. Home United (SIN) E3. New Radiant SC (MDV) E4. Churchill Brothers (IND) GROUP F F1. Ha Noi T&T (VIE) or SHB Da Nang (VIE) F2. Arema Indonesia (IDN) F3. Selangor (MAS) F4. Maziya S&R (MDV) GROUP G G1. Yangon United (MYA) G2. XM Vissai Ninh Binh (VIE) G3. South China or Pegasus (HKG) G4. Kelantan (MAS) GROUP H H1. Tampines Rovers (SIN) or Balestier Khalsa (SIN) H2. Nay Pyi Taw (MYA) H3. Pune FC or East Bengal (IND) H4. Kitchee (HKG)

No comments:

Post a Comment