Durakovic pikul tugas jurulatih <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
- Durakovic pikul tugas jurulatih <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b>
- Adam ketuai skuad Piala Presiden 2014 » Laman Web Rasmi <b>...</b> - FAS
- <b>Selangor</b> uji ATM, petang Selasa » Laman Web Rasmi Persatuan <b>...</b>
- Pendedahan berguna buat pemain - Nazli » Laman Web Rasmi <b>...</b>
- Belia <b>Selangor</b> A mara ke suku akhir - Laman Web Rasmi Persatuan <b>...</b>
- Temubual: Andik sedia bukti kemampuan » Laman Web Rasmi <b>...</b>
Durakovic pikul tugas jurulatih <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b> Posted: 31 Oct 2013 01:17 AM PDT Para Media, Salam Sejahtera dari Persatuan Bolasepak Selangor. Sila rujuk di lampiran surat rasmi bertajuk DURAKOVIC PIKUL TUGAS JURULATIH SELANGOR untuk versi Bahasa Malaysia dan DURAKOVIC TO ASSUME RED GIANT HOT-SEAT , versi dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Persatuan untuk siaran akhbar oleh pihak Media semua. Segala kerjasama dari pihak Media adalah amat dihargai. Sekian, Terima Kasih. ![]() ![]() ![]() |
Adam ketuai skuad Piala Presiden 2014 » Laman Web Rasmi <b>...</b> - FAS Posted: 02 Jan 2014 11:37 PM PST Satu majlis penyerahan kontrak kepada pemain-pemain skuad Piala Presiden Selangor bagi musim 2014 berlangsung semalam. Ia dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim serta dua penolongnya, Hamdan Hashim dan Raja Restam Azhar Raja Jaafar. Turut sama, Bendahari FAS, Datuk S Sivasundaram. Selepas berjaya membawa skuad Piala Belia Selangor muncul juara kejohanan itu musim lalu, Adam Abdullah kini dilantik sebagai ketua jurulatih baru skuad Piala Presiden Selangor menggantikan Rusdi Suparman yang berhijrah ke PKNS FC sebagai penolong jurulatih skuad Liga Super PKNS FC. Bagi skuad Piala Presiden Selangor 2014, Adam akan dibantu V Yogeswaran serta Khairulanwar Md Isa dan Ashazar Yahyah sementara Exco FAS, R Sekar Chandran dilantik sebagai pengurus pasukan. Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Sivasundaram berkata, beliau berharap komunikasi kerap antara jurulatih-jurulatih dari skuad Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia musim ini mampu meningkatkan perkembangan pemain muda di negeri ini. "Saya berasa gembira dengan minat ditunjukkan ketua jurulatih skuad Liga Super, Mehmet Durakovic dan penolongnya, P Maniam terhadap perkembangan pemain dalam skuad Piala Presiden dan Piala Belia. "Saya harap komunikasi kerap antara jurulatih ketiga-tiga pasukan ini dapat meningkatkan proses pembangunan pemain di Selangor ini. Sebagai contoh, buat permulaan kita dapat melihat K Satish dari skuad Piala Presiden kini diberi peluang berlatih bersama skuad Liga Super. Kita mahu lebih ramai Satish di masa akan datang. "Malah baru-baru ini, tiga pemain skuad Piala Presiden Selangor dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Muda C. Jadi kita mahu melahirkan ramai lagi pemain muda berbakat yang boleh diperkembangkan di peringkat lebih tinggi," kata Sivasundaram. Skuad Piala Presiden Selangor bertolak ke Bukit Merah, Perak, hari ini sebagai hadiah sempena kejayaan mereka menjuarai Piala MK Land, dua minggu lalu dan pada masa sama ia turut merupakan persiapan pra musim dengan beberapa perlawanan persahabatan sehingga Isnin ini menjelang saingan Piala Presiden yang akan bermula hujung bulan ini. ![]() |
<b>Selangor</b> uji ATM, petang Selasa » Laman Web Rasmi Persatuan <b>...</b> Posted: 30 Dec 2013 04:33 AM PST Selepas kembali daripada latihan dan aksi persahabatan pra musim di Melbourne, Australia, skuad Liga Super Selangor bakal menghadapi perlawanan persahabatan sulung di tanah air dalam persiapan menghadapi Liga-M 2014 bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Mini TUDM, Subang, petang Selasa ini (31 Disember 2013). Selangor mencatat dua kemenangan ke atas South Melbourne dengan jaringan 4-0 dan 3-0 ketika kunjungan ke Melbourne, awal bulan ini. Menjelang pertemuan dengan ATM, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic mahu melihat sejauh mana perkembangan prestasi dan keserasian anak-anak buahnya selepas sebulan mereka dikumpulkan bersama. "Saya mahu melihat para pemain saya melaksanakan apa yang mereka pelajari sepanjang latihan pra musim kami setakat ini. Saya juga mahu lihat sejauh mana prestasi pasukan kami ini jika dibandingkan dengan pasukan tempatan yang lain bermula dengan aksi bertemu ATM ini. "Saya tak sabar untuk menghadapi perlawanan persahabatan pertama di tanah air ini," kata Mehmet ketika ditemui FASELANGOR.MY hari ini. Biarpun penyerang dari Harimau Muda A, A Thamil Arasu sudah mula menyertai pasukan, hari ini manakala pemain sayap import dari Indonesia, Andik Vermasyah akan memulakan latihan, 1 Januari ini, Durakovic tidak dapat menurunkan S Veenod dan S Kunanlan untuk bertemu ATM. "Veenod mengalami kecederaan betis tetapi tidak begitu serius dan mungkin akan kembali dalam tempoh seminggu manakala Kunanlan mengalami sedikit demam. Selain daripada itu, keadaan pasukan cukup baik. Walaupun tidak memiliki skuad besar untuk bertemu ATM, saya rasa kami mampu memberi saingan. "Saya gembira dengan apa yang kami lakukan setakat ini. Tanpa Thamil dan Andik sekali pun, perancangan pasukan tidak begitu terjejas dengan pemain-pemain lain gigih menjalani latihan dan berusaha merebut tempat dalam kesebelasan," jelas Durakovic. Selain Andik, tiga lagi pemain import Selangor musim 2014 ini terdiri daripada pemain pertahanan dari Australia, Steve Pantelidis serta dua import dari Brazil, Paulo Rangel dan Junior Aparecido. Manakala antara muka baru di kalangan pemain tempatan pula terdiri daripada Farizal Marlias, Hamsani Ahmad, Shahrom Kalam, Azmi Muslim, Rizal Fahmi Rosid dan Abdul Hadi Yahya. Antara tonggak 2013 yang dikekalkan pula ialah Bunyamin Umar, Raimi Md Nor, K Gurusamy, Fitri Shazwan Raduwan dan Afiq Azmi. ![]() |
Pendedahan berguna buat pemain - Nazli » Laman Web Rasmi <b>...</b> Posted: 22 Dec 2013 08:11 PM PST Jurulatih pasukan Piala Belia Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir menyifatkan pengalaman berguna yang diperolehi para pemainnya hasil dari perlawanan-perlawanan Piala FA dan Liga Super Selangor jauh lebih penting berbanding keputusan perlawanan. Berkata selepas menyaksikan Belia Selangor A mencipta satu lagi kejutan dengan menyingkirkan Sharpees 1-0 di pusingan ketiga Piala FA, petang semalam, Nazli berharap lawan-lawan yang bakal dihadapi nanti akan terus mendewasakan mereka. "Anak-anak buah saya baru menjalani 2 minggu latihan secara intensif dan banyak lagi ruang-ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki. "Perlawanan seperti ini (Sharpees) dan yang mendatang, menentang lawan yang lebih berusia, berpengalaman dan menerapkan corak permainan fizikal merupakan pendedahan yang berguna buat pemain yang rata-rata majoritinya berusia 17 tahun. ![]() "Saya berharap mereka akan terus menunjukkan peningkatan dari perlawanan ke perlawanan seterusnya menjelang kejohanan Piala Belia FAM 2014 yang bakal berlangsung di Melaka pertengahan 2014 nanti, mereka sudah bersedia sepenuhnya." tambah Nazli. Ini merupakan kejutan kedua dicipta Belia Selangor A selepas minggu lalu, mereka menewaskan pasukan pilihan, PKNS di pusingan kedua menerusi sepakan penalti 4-2 selepas keputusan masa sebenar berakhir tanpa jaringan. Untuk edisi 2014 ini, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menghantar dua pasukan bawah-19 untuk menyertai musim baru Liga FAS yang bermula dengan kejohanan Piala FA, beberapa minggu lalu. Belia Selangor A terdiri daripada pemain-pemain yang mempersiapkan diri menghadapi Piala Belia FAM 2014 manakala Belia Selangor B kebanyakannya dibarisi pemain-pemain berusia 16-18 tahun. Belia Selangor A diletakkan di dalam Kumpulan A manakala Belia Selangor B bakal beraksi di Kumpulan B Liga Super FAS. ![]() |
Belia <b>Selangor</b> A mara ke suku akhir - Laman Web Rasmi Persatuan <b>...</b> Posted: 22 Dec 2013 08:21 PM PST Gol tunggal G Surender memastikan skuad Piala Belia Selangor A mara ke perlawanan suku akhir Piala FA Selangor, menewaskan Sharpees 1-0 dalam perlawanan pusingan ke-3 yang berlangsung di Padang SUK B, petang semalam. Perlawanan rancak dipamerkan kedua-dua pasukan biar pun berlangsung di atas permukaan padang lecak selepas hujan lebat yang turun kelmarin. Gol tunggal permainan pada minit ke-22 terhasil apabila Surender bijak melepasi perangkap ofsaid lawan sebelum menewaskan penjaga gol lawan dalam situasi satu lawan satu. Selangor juga harus berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Amirul Aiman Amran yang menyelamatkan sepakan penalti Sharpees ketika permainan berbaki lima minit. Belia Selangor A di bawah bimbingan Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir ini dalam rangka persiapan mempertahankan Piala Belia FAM Bawah 19 tahun edisi 2014. Selangor menamatkan kemarau 7 tahun untuk menjuarai edisi tahun ini, Jun lalu. Minggu lalu, mereka menewaskan pasukan pilihan, PKNS di pusingan kedua menerusi sepakan penalti 4-2 selepas keputusan masa sebenar berakhir tanpa jaringan. Cabaran lebih getir menanti anak-anak muda ini apabila bakal berhadapan wakil Liga Super FAS, TLDM di peringkat suku akhir yang bakal berlangsung pada Sabtu, 28 Disember nanti. ![]() |
Temubual: Andik sedia bukti kemampuan » Laman Web Rasmi <b>...</b> Posted: 06 Jan 2014 03:22 PM PST Pemain import keempat Selangor musim ini, Andik Vermansah dari Indonesia akhirnya muncul menjalani latihan pertama bersama rakan sepasukannya yang lain di Padang SUK, Shah Alam, petang semalam. Berbanding pemain lain yang sudah sebulan menjalani latihan pra musim di bawah kendalian ketua jurulatih, Mehmet Durakovic, bekas pemain sayap Persebaya 1927 berusia 23 tahun itu lewat menyertai pasukan kerana diberi cuti selepas membantu skuad B-23 Indonesia meraih pingat perak di Sukan SEA 2013 di Myanmar, bulan lalu. Ikuti temubual FASELANGOR.MY bersama Andik selepas sesi latihan petang semalam dengan pemain lincah berketinggian 1.63 meter itu berkongsi rahsia antara lain mengapa beliau memilih jersi No 7 bersama Selangor dan faktor dua bekas pemain import Selangor dari Indonesia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy menjadi punca beliau menolak tawaran daripada dua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang lain. Bagaimana Andik rasa selepas menjalani latihan pertama bersama skuad Selangor?Ya, saya sangat gembira sekali. Rakan-rakan sepasukan lain sangat peramah dan jurulatih juga seorang yang bagus. Kami sepasukan saling berkomunikasi. Cuma saya sedikit sukar untuk berbahasa Inggeris bersama jurulatih. Jadi apabila sesuatu yang saya tidak faham, saya akan bertanya kepada rakan sepasukan lain. Tapi itu bukan masalah besar dan saya gembira dengan suasana harmoni pasukan. Mengapa Andik memilih Liga-M sedangkan Andik dikhabarkan turut menerima tawaran dari kelab luar lain antaranya Jepun?Saya pilih beraksi di Liga-M kerana saya melihat Malaysia dari setahun ke setahun semakin bagus terutama selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 serta Sukan SEA 2009 dan 2011. Saya rasa itu sesuatu yang cukup bagus dan Selangor pula sebuah pasukan yang memiliki nama besar kerana dua pemain senior dari Indonesia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy pernah mencipta kejayaan bersama Selangor. Jadi saya hadir ke sini dengan impian untuk mengulangi kejayaan mereka berdua. Saya mahu cipta nama di sini. Adakah kehadiran dua lagi pemain dari Indonesia iaitu Hamka Hamzah bersama PKNS FC dan Patrich Wanggai bersama T-Team musim ini menjadi faktor Andik turut berminat beraksi di Malaysia?Oh tidak sama sekali. Sebenarnya sebelum menerima tawaran daripada Selangor, saya ada menerima dua tawaran daripada pasukan lain dari Malaysia. Tapi saya tunggu dahulu tawaran daripada Selangor dan apabila FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) menawarkan kontrak, saya tanpa berfikir panjang terus menerimanya kerana Selangor pasukan yang bagus. Saya sering menonton di Internet dan YouTube mengenai pasukan Selangor. Saya mahu jadi seperti Bambang dan Elie, sebab itu saya pilih Selangor. Tapi terdapat pihak yang meragui kemampuan Andik selepas menyaksikan aksi kurang memberangsangkan daripada Andik sewaktu bersama skuad B-23 Indonesia di Sukan SEA 2013. Apa komen Andik?Sebenarnya pada pertengahan pertama saingan di Myanmar, saya mengalami kecederaan di bahagian paha kanan sehingga tidak boleh berjalan langsung selama dua hari. Tapi saya paksa diri juga untuk terus membantu pasukan kerana tiada pengganti biarpun berasa sakit. Sebab itulah saya tidak dapat memberikan persembahan maksimum ketika di Sukan SEA. Tapi sekarang alhamdulillah saya sudah pulih 90 peratus. Cuma perlu mengembalikan tahap kecergasan. Kehadiran Andik diharapkan para penyokong Selangor mampu mengulangi kejayaan dicipta Bambang dan Elie. Adakah Andik menganggap ia sebagai tekanan?Ya pastinya satu tanggungjawab yang cukup besar. Namun saya perlu tenang dalam menjalankan tugas diberi. Mungkin jika bukan daripada saya, rakan sepasukan lain mampu memberikan sesuatu. Apa pun dengan kerjasama sepasukan, saya yakin kami mampu berjaya mencapai salah satu kejuaraan musim ini. Saya janji beri yang terbaik. Saya bukan pemain yang hebat tetapi saya teruja untuk memberikan aksi terbaik yang saya mampu lakukan. Dengan skuad Selangor musim ini mempunyai ramai pemain di barisan serangan dan Andik juga perlu bersaing merebut tempat kerana hanya tiga daripada empat pemain import boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama aksi Liga-M, mampukah Andik mendapat tempat?Tugas saya hanya mempamerkan prestasi terbaik dan terserah kepada jurulatih untuk membuat keputusan. Jika diberi tanggungjawab beraksi dalam kesebelasan, saya perlu sentiasa bersiap sedia. Tidak kiralah saya diletakkan di posisi mana, sama ada sayap kiri, sayap kanan atau sebagai pembantu penyerang, saya akan cuba melaksanakannya sebaik mungkin. Saya datang jauh-jauh dari Indonesia, sudah tentulah saya mahu beraksi dalam kesebelasan utama. Akhir sekali, Andik sebenarnya mempunyai pilihan untuk mengambil jersi No 10 dalam pasukan Selangor, sama nombor jersi seperti Lionel Messi memandangkan Andik digelar 'Messi Indonesia'. Tapi kenapa pilih jersi No 7 untuk pasukan Selangor musim ini?Tidak.. Saya tidak suka Messi sama sekali. Tak tahu kenapa masyarakat menggelar saya begitu. Mungkin itu penilaian mereka. Tapi saya pilih No 7 bersama Selangor kerana saya sememangnya meminati Cristiano Ronaldo yang sentiasa memakai jersi No 7. Saya tak mahu No 10 sama seperti Messi kerana dia bagus sekali, saya kurang bagus. Lagipun saya lebih meminati Ronaldo. Biarpun tak dapat menyamai kehebatan Ronaldo, saya banyak belajar untuk melakukan skil sepertinya. ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment