'Messi Indonesia' import terbaru <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
'Messi Indonesia' import terbaru <b>Selangor</b> » Laman Web Rasmi <b>...</b> Posted: 30 Nov 2013 02:20 AM PST Selangor hari ini mendapatkan khidmat pemain tengah kebangsaan Indonesia, Andik Vermansah untuk memperkuat cabaran pasukan bagi menghadapi musim 2014. Andik, 22, menandatangani kontrak selama setahun dan dijangka menyertai Selangor selepas berakhirnya Sukan SEA di Myanmar, bulan depan. Beliau merupakan pemain import ketiga Selangor selepas penyerang Paulo Rangel dan Junior Aparecido, kedua-duanya dari Brazil. Upacara ringkas menandatangani Andik di Jakarta tengahari tadi disaksikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim dan pengurus peribadi Andik, Muly Munial. "Biar pun beliau (Andik) menerima tawaran dari kelab-kelab dari Jepun, Eropah dan Indonesia sendiri, Andik akhirnya telah memilih untuk menyertai Selangor yang telah menunjukkan kesungguhan dari mula untuk mendapatkan khidmatnya." ujar Muly. Bekas pemain Persebaya 1927 ini merupakan pemain import ketiga Selangor dari negara jiran itu selepas Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy sejak permulaan Liga Semi Pro 1989. ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment