JURNAL BERITA MB: Saham kelab penyokong <b>bola sepak</b> <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
- JURNAL BERITA MB: Saham kelab penyokong <b>bola sepak</b> <b>...</b>
- DIALOG RAKYAT: MB: Saham kelab <b>bola sepak Selangor</b> jejaki <b>...</b>
- Sultan <b>Selangor</b> nasihat elak kekecohan dalam <b>bola sepak</b> - BNBBC
JURNAL BERITA MB: Saham kelab penyokong <b>bola sepak</b> <b>...</b> Posted: 03 Feb 2014 02:17 AM PST 1.MB: Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool, Chelsea 2.Forum Anwar: Pastikan PR kukuh terajui Selangor hadapi politik perkauman Umno 3.MB: Pegawai Khas bebas dilantik siasat isu PKNS 4.Abdul Khalid: Teguran pada pemimpin lumrah politik 5.Exco Sukan: Usah dilibatkan Chong Wei dengan politik kotor BN 6.PR ada kelebihan main banyak isu, BN serang peribadi Anwar 7.PRK Kajang : PR tidak guna formula komposisi kaum 8.PRK Kajang: Umno-BN lebih awal membazir – Saifuddin Abdullah 9.PRK DUN Kajang: SAMM Muar cadang MB sebagai Pengarah Pilihan Raya 10.Kemaraan Anwar di Selangor, Najib dan BN kian tertekan 11..SAMM Perlis sokong Abdul Khalid jadi Pengarah PRK Kajang 12.MCA main 'politik batu api', pura-pura sokong MB Selangor 13.Khalid Samad: Menteri kunjungi Shah Alam jumpa 'kaki', bincang strategi sabotaj Selangor? 14.Noh Omar dicabar anjur debat kalimah Allah dalam masa 10 hari 15.MBSA ungguli Anugerah Zon Bersih PBT Selangor 2013 ![]() |
DIALOG RAKYAT: MB: Saham kelab <b>bola sepak Selangor</b> jejaki <b>...</b> Posted: 02 Feb 2014 04:19 AM PST Oleh: AFEEQA AFEERA SHAH ALAM : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.
"Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham," katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini. Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu. Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.
"Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang," katanya lagi. ![]() |
Sultan <b>Selangor</b> nasihat elak kekecohan dalam <b>bola sepak</b> - BNBBC Posted: 11 Feb 2014 12:27 AM PST Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenSultan Selangor nasihat elak kekecohan dalam bola sepakOleh SM AMIN 11 FEB: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai, pemain dan penyokong pasukan bola sepak Selangor supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan sebelum, semasa dan selepas perlawanan. Baginda meminta penyokong menghormati pasukan lawan yang bertandang ke Selangor kerana membuat kekecohan dan rusuhan bukanlah budaya masyarakat di negeri ini. Baginda bertitah demikian kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim pada Isnin untuk disampaikan kepada kepada pegawai, pemain dan penyokong pasukan Selangor. "Tuanku Sultan Selangor menitahkan kepada semua pemain Selangor, pegawai pasukan serta penyokong Selangor agar jangan sesekali cuba cuba untuk membuat kekecohan atau rusuhan yang berkaitan dengan bola sepak.
"Menurut baginda lagi, semua itu bukan budaya kita dan baginda sangat berharap pemain, pegawai pasukan serta penyokong Selangor sentiasa menjaga tahap disiplin supaya tidak berlaku sebarang kekecohan sebelum atau selepas perlawanan," kata Rosman seperti dilapor fasselangor.my. Titah baginda dipercayai sebagai respon kepada beberapa insiden kekecohan yang melanda arena bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini. Dalam kejadian awal Februari lalu, perlawanan diantara pasukan Johor Darul Tazim (JDT) menentang T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin dihenti apabila pasukan lawan enggan meneruskan perlawanan. Ianya disebabkan berlakunya pergaduhan diterowong menuju biik persalinan pemain diantara jurulatih kecergasan T-Team dengan pengendali pasukan JDT, Cesar Fernando Jimenez yang mendapat campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan selepas tamat separuh masa pertama. Jumaat lalu, keadaan di luar Stadium Darul Makmur tegang kira-kira setengah jam apabila berlaku provokasi antara penyokong Pahang dan JDT sebaik perlawanan Liga Malaysia tamat. Dalam kejadian tersebut, seorang penyokong cedera berdarah dikepala dipercayai terkena balingan objek keras. Menurut Rosman, baginda juga meminta supaya pegawai dan pemain tidak terlalu emosi di atas padang dan penyokong juga harus menerima sebarang keputusan perlawanan. "Apa keputusan perlawanan kita kena terima kerana itulah bola sepak," ujar Rosman. Selangor yang kini menghuni tangga teratas Liga Super dengan sembilan mata akan bertemu dengan JDT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu ini. -bnbbc.my Berita Bertarikh Pada 4:27 PM ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment