wan azizah bakal jadi presiden persatuan <b>bolasepak selangor</b>. - Bola Sepak Selangor Blog |
wan azizah bakal jadi presiden persatuan <b>bolasepak selangor</b>. Posted: 12 Mar 2014 08:00 PM PDT Pembentukan pasukan bola sepak tempatan bertaraf kebangsaan di Kajang antara taruhan calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk berdepan BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Usaha itu dilihat bagi memikat golongan menambat hati anak muda dalam pertarungan menentang lawannya Chew Mei Fun yang juga naib presiden MCA. Pengarah Strategi Rafizi Ramli, berkata, selain berusaha membolehkannya beraksi di Liga Malaysia, ia sekali gus menjadikan Stadium Kajang digunakan sebaiknya untuk perlawanan dan latihan. "Di Kajang ada stadium Kajang yang tidak dimaksimakan dari segi penggunaannya. "Jadi satu manifesto yang akan diusahakan oleh Dr Wan Azizah, iaitu untuk membawa satu pasukan bola sepak beraksi ke Liga Malaysia dari Kajang," katanya. Rafizi berkata demikian bagi memperincikan empat teras yang terkandung dalam "Manifesto Kajang" yang dilancarkan Wan Azizah hari ini di Bilik Gerakan Utama PKR Kajang. PKR juga mencetak manifesto berkaitan bola sepak dengan aksi Wan Azizah menyepak bola dengan berkain dan berbaju kebarung. Aksi itu diperhatikan sekumpulan pemain bola sepak yang kelihatan tersenyum. ![]() |
Sultan <b>Selangor</b> nasihat elak kekecohan dalam <b>bola sepak</b> - BNBBC Posted: 11 Feb 2014 12:27 AM PST Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenSultan Selangor nasihat elak kekecohan dalam bola sepakOleh SM AMIN 11 FEB: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai, pemain dan penyokong pasukan bola sepak Selangor supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan sebelum, semasa dan selepas perlawanan. Baginda meminta penyokong menghormati pasukan lawan yang bertandang ke Selangor kerana membuat kekecohan dan rusuhan bukanlah budaya masyarakat di negeri ini. Baginda bertitah demikian kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim pada Isnin untuk disampaikan kepada kepada pegawai, pemain dan penyokong pasukan Selangor. "Tuanku Sultan Selangor menitahkan kepada semua pemain Selangor, pegawai pasukan serta penyokong Selangor agar jangan sesekali cuba cuba untuk membuat kekecohan atau rusuhan yang berkaitan dengan bola sepak.
"Menurut baginda lagi, semua itu bukan budaya kita dan baginda sangat berharap pemain, pegawai pasukan serta penyokong Selangor sentiasa menjaga tahap disiplin supaya tidak berlaku sebarang kekecohan sebelum atau selepas perlawanan," kata Rosman seperti dilapor fasselangor.my. Titah baginda dipercayai sebagai respon kepada beberapa insiden kekecohan yang melanda arena bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini. Dalam kejadian awal Februari lalu, perlawanan diantara pasukan Johor Darul Tazim (JDT) menentang T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin dihenti apabila pasukan lawan enggan meneruskan perlawanan. Ianya disebabkan berlakunya pergaduhan diterowong menuju biik persalinan pemain diantara jurulatih kecergasan T-Team dengan pengendali pasukan JDT, Cesar Fernando Jimenez yang mendapat campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan selepas tamat separuh masa pertama. Jumaat lalu, keadaan di luar Stadium Darul Makmur tegang kira-kira setengah jam apabila berlaku provokasi antara penyokong Pahang dan JDT sebaik perlawanan Liga Malaysia tamat. Dalam kejadian tersebut, seorang penyokong cedera berdarah dikepala dipercayai terkena balingan objek keras. Menurut Rosman, baginda juga meminta supaya pegawai dan pemain tidak terlalu emosi di atas padang dan penyokong juga harus menerima sebarang keputusan perlawanan. "Apa keputusan perlawanan kita kena terima kerana itulah bola sepak," ujar Rosman. Selangor yang kini menghuni tangga teratas Liga Super dengan sembilan mata akan bertemu dengan JDT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu ini. -bnbbc.my Berita Bertarikh Pada 4:27 PM ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment