<b>Bola Sepak</b> : Keputusan Perlawanan Pasukan <b>Selangor</b> Musim 2014 - Bola Sepak Selangor Blog |
- <b>Bola Sepak</b> : Keputusan Perlawanan Pasukan <b>Selangor</b> Musim 2014
- TAHNIAH !! @drwanazizah Bakal MENTERI BESAR <b>Selangor</b> <b>...</b>
- <b>Selangor</b> kembali di landasan kemenangan - liga <b>bolasepak</b> malaysia
<b>Bola Sepak</b> : Keputusan Perlawanan Pasukan <b>Selangor</b> Musim 2014 Posted: 01 Apr 2014 02:50 AM PDT ![]() Berikut adalah keputusan perlawanan pasukan bola sepak Selangor The Red Giant musim 2014 ini : Liga Super 2014 Pusingan Pertama 18 Januari : T-Team (GS) - 2-0 (Paolo Rangel (2)) 25 Januari : Singapore Lions XII (GL) - 1-2 (Fitri Syazwan) 28 Januari : Pahang (GS) 1-0 - (Paolo Rangel) 8 Februari : Sime Darby FC (GL) - 2-1 (Paolo Rangel (2)) 15 Februari : Johor Darul Takzim (GL)- 1-4 (Paolo Rangel) 8 Mac : Terengganu (GS) - Perlawanan ditangguhkan 15 Mac : ATM FA (GL) 1-1 (Paolo Rangel) 22 Mac : Kelantan (GS) - 1-0 (Paolo Rangel) 25 Mac : Sarawak (GL) - 2-0 (Andik Vermansyah, A.Thamil Arasu) 29 Mac : PKNS FC (GS) - 2-2 (Helmi Rameli (GS), Mohd. Afiq Azmi) 5 April : Perak (GL) Pusingan Kedua 12 April : Perak (GS) 15 April : T-Team (GL) 19 April : Singapore Lions XII (GS) 10 Mei : Pahang (GL) 17 Mei : Sime Darby FC (GS) 24 Mei : Johor Darul Takzim (GS) 10 Jun : Terengganu (GL) 14 Jun : ATM FA (GS) 17 Jun : Kelantan (GL) 21 Jun : Sarawak (GS) 25 Jun : PKNS FC (GL) Piala FA 2014 Pusingan Pertama : 23 Januari : Harimau Muda C - 2-0 (Paolo Rangel, Junior Ararecido) Pusingan Kedua : 4 Februari : Sarawak - 0-1 * Selangor terkeluar di Pusingan Kedua Piala AFC 2014 25 Februari : Arema Cronous (GS) - 1-1 (Paolo Rangel) 11 Mac : Maziya (GL) - 1-1 (Pantelidis) 19 Mac : Hanoi T&T (GL) - 0-1 1 April : Hanoi T&T (GS) - 3-1 (Paolo Rangel (3)) 9 April : Arema Cronous (GL) 23 April : Maziya (GS) ![]() |
TAHNIAH !! @drwanazizah Bakal MENTERI BESAR <b>Selangor</b> <b>...</b> Posted: 23 Mar 2014 07:56 AM PDT Keputusan PRK itu memihak kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi untuk calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun, iaitu majoriti 5,379 undi. ![]() |
<b>Selangor</b> kembali di landasan kemenangan - liga <b>bolasepak</b> malaysia Posted: 22 Mar 2014 07:56 PM PDT SUMBER: UTUSAN MALAYSIA SHAH ALAM - Selangor kembali di landasan kemenangan tetapi hanya selepas berhempas pulas untuk mengatasi Kelantan 1-0 di Stadium Shah Alam melalui jaringan tunggal ayam tambatan dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-22. Tiga mata berharga itu meletakkan Red Giants kembali ke dalam kelompok teratas liga dengan 13 mata bersama-sama Pahang dan Kelantan, selain Terengganu yang dikejutkan dengan kekalahan kepada Sime Darby FC. Skuad The Red Warriors pula seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal mendapatkan gol, terutama peluang menerusi sepakan penalti pada minit ke-20 yang menyaksikan sepakan Francis Forkey Doe diselamatkan oleh Mohd. Farizal Marlias setelah Mohamed Shawky dikasari oleh S.Veenod. Drama perlawanan semakin menarik apabila tidak sampai seminit kemudian, Selangor pula dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abdul Wahab selepas Rangel dijatuhkan oleh Tuan Mohd. Faim. Penjaring terbanyak Liga Super itu tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Di Stadium Selayang, Terengganu yang berhajat mengukuhkan kedudukan di anak tangga teratas dihampakan oleh Sime Darby FC apabila tewas 3-2 menerusi jaringan Nazrul Kamaruzaman pada minit keenam, Mohd. Fazrul Hazli Mohd. Kadri pada minit terakhir separuh masa serta sepakan penalti Farid Ramli pada minit ke-50. Dua gol skuad Penyu dihasilkan oleh pemain tengah, Ismail Faruqi pada minit ke-24 dan Norfarhan Muhammad pada minit ke-70. Sementara itu, Pahang mengutip tiga mata penuh di gelanggang sendiri apabila menumpaskan Sarawak 3-1 di Stadium Darul Makmur. Gol pertama Pahang berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan Sarawak, Ronny Harun yang tersepak masuk bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang hantaran Dickson Nwakaeme pada minit ke-29. Damion Stewart menambah luka Sarawak apabila menanduk masuk bola sepakan sudut Mohd. Hafiz Kamal minit-61 dan 10 minit kemudian hantaran Nwakaeme dirembat kencang dari luar kotak penalti oleh Mohd. Hafiz. Sarawak memperoleh gol saguhati hasil rembatan Rashid Aya pada minit ke-90. Johor Darul Ta'zim (JDT) yang beraksi dengan 10 pemain masih mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan ATM di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru bagi mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di tempat sendiri musim ini. Pasukan pelawat lebih dulu menghasilkan gol menerusi rembatan jarak dekat oleh Mohd. Riduwan Maon pada minit ke-39. JDT semakin terdesak apabila ketua pasukannya, Baihakki Khaizan dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-65 tetapi ia seperti tonik yang memberi semangat kepada pasukan tuan rumah untuk bekerja lebih keras. Usaha mereka akhirnya berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-86 menerusi tandukan penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali. Lions XII pula meraih kemenangan ketiganya setelah menundukkan PKNS FC 2-1 di stadium Jalan Besar tetapi masih gagal mengubah kedudukan mereka. Pasukan tercorot, T-Team pula memperoleh gol pada minit ke-81 menerusi Muhd. Ramzul Zahini Adenan bagi mengikat Perak dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Tiga minit sebelum itu, Perak mendahului tuan rumah menerusi sepakan G. Mugenthirran. ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment