DYMM Sultan <b>Selangor</b> titah pemain, pegawai dan penyokong <b>bola</b> <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
DYMM Sultan <b>Selangor</b> titah pemain, pegawai dan penyokong <b>bola</b> <b>...</b> Posted: 11 Feb 2014 09:09 PM PST SHAH ALAM 12 FEB: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya para pegawai, pemain dan penyokong bola sepak Selangor tidak terlibat atau menimbulkan kekecohan ketika perlawanan Liga Malaysia di stadium terutama apabila Selangor beraksi di gelanggang sendiri. Titah Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosmah Mohd Ibrahim.
Liga Malaysia 2014 yang baru sebulan berlangsung menimbulkan sedikit kekecohan apabial berlaku insiden pergaduhan melibakan segelintir penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) di luar stadium baru-baru ini.
Selangor kini berada di tangga teratas Liga Super dengan sembilan mata dan akan bertemu JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu ini. EZY ![]() |
MB: Saham kelab <b>bola sepak Selangor</b> jejaki langkah MU, Liverpool <b>...</b> Posted: 01 Feb 2014 06:30 PM PST Oleh: AFEEQA AFEERA SHAH ALAM 2 FEB : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.
"Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham," katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini. Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu. Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.
"Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang," katanya lagi. EZY ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment