Jasa Mokhtar Dahari diabadikan nama jalan di <b>Selangor</b> <b>...</b> - Bola Sepak Selangor Blog |
Jasa Mokhtar Dahari diabadikan nama jalan di <b>Selangor</b> <b>...</b> Posted: 08 Jul 2014 12:49 AM PDT SHAH ALAM 8 JULAI: Sumbangan dan pengorbanan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari mengharumkan nama negara dalam arena bola sepak antarabangsa terus dihargai apabila nama legenda bola sepak negara itu diabadikan pada jalan di Selangor. Dinamakan Persiaran Mokhtar Dahari, ia terletak antara persimpangan ke Meru dan Puncak Alam hingga ke persimpangan arah Shah Alam.
"Perbincangan mengenai pemilihan nama jalan itu telah dilakukan bersama kerajaan negeri dan pejabat Sultan Selangor tidak berapa lama dahulu. "Saya dan keluarga tidak kisah sangat apa pun yang mereka hendak buat, syarat utama mesti menjaga nama baik arwah (Mohkhtar Dahari)," katanya dipetik mStar Online. Allahyarham Mokhtar pernah mengharumkan nama negara di pentas sukan bola sepak dunia bermula 1972 sehingga 1985. Dikenali sebagai Super Mokh, allahyarham yang meninggal dunia 23 tahun lepas itu disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdikasi dengan kerja dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa tanpa cepat putus asa. Gambar: Mstar Online ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment