LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: <b>Selangor</b> terus hambat JDT - Bola Sepak Selangor Blog |
- LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: <b>Selangor</b> terus hambat JDT
- Kelab <b>bolasepak</b> sensasi JDT juara Liga Super 2014 | Astro Awani
- Juara Liga Super: 90 minit terakhir, <b>Selangor</b> atau JDT? | Selangorkini
LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: <b>Selangor</b> terus hambat JDT Posted: 21 Jun 2014 10:19 PM PDT
Sumber: Utusan Malaysia KUALA LUMPUR - Selangor belum mahu menyerah kalah dalam persaingan liga apabila terus menekan pendahulu Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim selepas membelasah Sarawak 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Skuad Red Giants bimbingan Mehmet Durakovic kini merapatkan jurang kedudukan kepada satu mata hasil dua jaringan penyerang dari Brazil yang kembali beraksi daripada penggantungan, Paolo Rangel pada minit ke-42 dan 61 serta Ahmad Hazwan Bakri, 65. Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Pahang mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga setelah membenam PKNS 2-1 sekali gus mengumpul 37 mata. Tiga mata buat Tok Gajah diperoleh menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh Azidan Sarudin dan tandukan Saiful Nizam Miswan pada minit ke-46 dan 52. Tuan rumah berjaya merapatkan jurang gol hasil rembatan deras pemain import pelawat, Karlo Primorac, dua minit sebelum tamat perlawanan. Sime Darby pula mensia-siakan peluang melonjak ke tangga kelima setelah sekadar mengikat T-Team 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Pemain veterannya, Fadzli Saari menyelamatkan tuan rumah dengan gol minit ke-22 setelah dikejutkan jaringan pemain import pelawat, Patrich Wanggai pada minit kelapan. Di Stadium Jalan Besar, Singapura, Perak terus gigih untuk keluar dari zon penyingkiran dengan mengejutkan Lions XII 2-0 menerusi jaringan Abdulafees Abdulsalam dan Milan Purovic pada minit ke-17 dan 65. ![]() | ||
Kelab <b>bolasepak</b> sensasi JDT juara Liga Super 2014 | Astro Awani Posted: 25 Jun 2014 08:12 AM PDT ![]() Kelab sensasi JDT juara Liga Super 2014 The content may have been removed, or is temporarily unavailable. KUALA LUMPUR: Kelab bolasepak sensasi Johor Darul Takzim (JDT) muncul sebagai juara Liga Super 2014 apabila berjaya menewaskan pasukan Sarawak dengan gol 1-0 di Stadium Negeri di Kuching, Sarawak malam tadi. Pasukan JDT berjaya mengatasi pasukan Selangor dengan kelebihan dua mata. Sementara itu, pasukan Selangor hanya seri 2-2 sewaktu menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam. ![]() | ||
Juara Liga Super: 90 minit terakhir, <b>Selangor</b> atau JDT? | Selangorkini Posted: 24 Jun 2014 12:00 AM PDT SHAH ALAM 24 JUN: Pasukan bola sepak Selangor, Red Giants ditagih supaya hanya fokus sepenuhnya untuk menang dalam perlawanan terakhir Liga Super bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam, Rabu ini. Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, berkata biar apa pun yang berlaku selepas perlawanan Rabu ini, Selangor sudah mencapai kejayaan menakjubkan kerana pasukan itu tidak dibarisi pemain-pemain bintang.
Meskipun misi mengutip tiga mata penuh ke atas PKNS FC dianggap mudah memandangkan lawan sudah pun sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas kekalahan 2-1 kepada Pahang di Kuantan, Durakovic enggan para pemain Selangor mengambil mudah. "Segalanya masih belum berakhir sehingga perlawanan terakhir. Bola itu bulat dan kami tetap perlu mengharungi 90 minit terakhir ini. "Apa pun kami akan beri yang terbaik untuk bertemu PKNS FC, Rabu ini dan lihat saja apa pula keputusan perlawanan antara Sarawak dan JDT," kata Mehmet dipetik dari laman portal Persatuan Bola Sepak Selangor. EZY ![]() |
You are subscribed to email updates from bola sepak Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment